Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Sabtu

Ilham Pujangga-Ismail Haron

Ilham dari pujangga 
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah 
Biar cercaan sekali datang menimpa 
Sudahlah memang adat di dunia 
Bersuaralah kamu pada perkara berguna 
Itu rahsia orang bijaksana

Ia anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya 
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya 
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan 
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga 
Untuk bangsa dan negara 
Ini zaman kemajuan 
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia 
Seperti anda sayangkan diri anda 
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang 
Pandang yang ramai kepada yang satu

Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu 
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara 
berjasalah kamu kepada keharmonian negara

Kau katakan pada aku sekarang jua 
apakah pendapat kau atas kewajiban mudi dan muda...

Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...

Dan bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajibanku

Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.

Sungguhkanlah hati mu 
Pertahankan ibu pertiwi 
Jauhkanlah diri mu 
Dari perkara yang menrugikan diri

Maaf mudi dan muda 
Ku susun jari sepuluh 
Aku bukanlah hai seorang pujangga 
Hanya sekadar penyanyi biasa




:: Lagu yang aku minat sejak aku kecil lagi sampai le sekarang ni, hayati liriknya yang penuh dengan makna. Aku bukan nak bercerita pasal politik kat sini, cuma aku nak mengingatkan generasi muda sekarang ni yang kelihatan terlampau taksub inginkan perubahan, kononnya nak rasa corak pemerintahan yang baru, walau sepenggal...hmmm sedih betul...Pernah tak terfikir walau seketika, selama mereka hidup di bumi bertuah ni, mereka tak makan... tak mendapat pendidikan... hidup dalam ketakutan kerana negara tak aman?.
Jangan sampai menang sorak negara tergadai,,,sudah terhantuk baru terngadah...waktu tu rasanya dah terlewat...fikir-fikirkanlah.
Belajar sampai Universiti tapi tiada jati diri, tiada rasa sayang pada pertiwi....Astaghfirullahalazim

0 teguran membina:

Catat Ulasan