Aku : Bil, nanti bila beso nak jadi apa?
Nabil : Entahlah ayah...Pilot ke...Angaksawan pun boleh
Aku : Oo Ok lah tu...Pilot kapal penumpang ke askar
Nabil : Mestilah askar, boleh bawak Jet perjuang, boleh tembak-tembak
Aku : Hmmm
Selasa 12/3/2013 pukul 10:25pm, baru balik dari masjid selepas tolong set up bilik meeting.
(Meeting Khairat pada 13hb3 selepas isyak)
Amir : Ayah! nabil cari tadi...
Aku : Kenapa? Nabil mana?
Amir : Tu dah tido, tadi dia kata, dia sesak napas...semput.
Dengan segera, cek suhu badan Nabil guna kaedah sentuhan, sentuh di sebalik telinga...ok tak panas, cek pulak tapak kaki, juga tak panas, dekatkan telinga kat dada...dengo macam bunyi orang bersiul...sah
Ajak isteri pergi sama, isteri tak larat sebab dia pun selsema, "Meh la cek sekali" pujuk aku, "Tak pe lah, tadi dah makan ubat" Isteri bagi alasan. Ok aku faham (Isteri tak bagi cerita kat sini, lum sampai masa kata dia) :)
Pergi Klinik Penawar, BBU, kebetulan tiada pesakit lain yang menunggu...tak sampai 1 minit doktor panggil,
prosedur yang sama dibuat oleh doktor, cuma kali ini dia guna jangkasuhu yang lekat kat dahi, tak panas...kemudian cek kat tekak, tak de luka, ini bermakna tak demam kata dia, baru dia cek kat dada guna stethoscope, "hmmm kena guna Nebulizer" dia seperti berbisik."Encik boleh bawa anak encik ke bilik sebelah, untuk sedut ubat". "Ok" jawab aku rengkas.Lebih kurang 15 minit selesai, kopak RM88.90.
Dalam kereta aku tanya : "Nabil ada minum air batu ke?" " Ada, masa kat sekolah" "Oo patut pun, ingat nabil pesan ayah, nak minum air batu tu boleh tapi setakat jamah aje bukan dalam jumlah yang banyak, sama jugak dengan makan oren dan tembikai, jamah aje tau" "Emhmm" jawab nabil acuh tak acuh sambil angguk kepala.
Nabil semoga cepat sembuh.
2 teguran membina:
anak ade asthma sejak kecik? get well soon nabil~~
*masa sekolah cita2 nak jadi cekgu, tapi cita2 sekarang nak jadi housewife...huhuhu
Aa lah Ain, seingat saya masa umur dia 6 tahun baru kita orang perasan dia ada asthma tu pun lepas tengok dia balik dari sekolah tadika dalam keadaan tercungap2.
*Housewife pun kira cikgu jugak secara tak formal
Catat Ulasan