Pernah dengo perihal doktor online tak?...Pernah?...Wah bagus lah, sebab aku saja aje letak tajuk tu hehehe.Ok, alkisahnya malam tadi masa aku cuba lungsuri blog aku guna google chrome, masalah timbul,
tak sampai sesaat keluar warning! "Danger: Malware Ahead!". Dah sudah, apa kehal telah berlaku kat blog ni...so aku cuba selidiki apa masage yang hendak disampaikan oleh En. Google ni...
Ohh!!! rupanya terdapat "content from www.freeimagehosting.net, a known malware distributor...bla-bla-bla" hmmm,
::: gambar macam ni yang muncul semalam.
Hari ni 18hb Dis, pukul 3:14pm, baru aku teringat nak masuk blog ni, kat opis aku guna Safari, eh eh boleh masuk pulak...aku masih curiga, so aku cuba google laman web freehosting yang bermasalah tu, ini hasilnya:
Ha...kalau ikut apa yang tertera kat situ, ia mengatakan website tersebut masih mengandungi malware/virus, tapi apa sal blog aku ni boleh dilungsuri pulak hari ni? ke aku guna safari hari ini bukan google chrome seperti malam tadi?...Alhamdulillah, dapat idea untuk cek guna Malware Scan Online. Atas bantuan En. Google dapat le aku buat temujanji dengan beberapa doktor online ni.
Mula-mula aku guna: Sucuri Site Check: http://sucuri.net/
Kerana rasa kurang pasti, aku guna yang ni pulak: http://scanurl.net/
Biasalah kan (err biasa ke?), aku ni jenis tamak haloba kiasu tak cukup satu?!
Aku cuba yang lain pulak: http://onlinelinkscan.com/ .
Ok rehat dah abis, sambung kerja :)
0 teguran membina:
Catat Ulasan