As Salam,
Nampak macam anehkan tajuk kat atas tu, tapi bagi mereka yang tahu pasti dah dapat agak pun apa yang aku nak ceritakan kat sini. Hmm...apa lagi cerita yang sensasi pada hujung tahun ni le selain dari cuti-cuti malaysia dan mendirikan masjid, kalau bukan majlis untuk anak-anak lelaki.
"Apa kaitannya dengan batang pisang pulak, Ayah?" Tanya anak aku tiba-tiba. (Cheh bila masa pulak budak ni duduk kat sebelah aku ni),
"Batang pisang tu merupakan salah satu alat yang digunapakai masa zaman atuk-atuk kita dulu kalau nak berkhatan ni" Aku jawab dengan penuh yakin (macam la aku ni tahu segalanya)
"Macam mana tu?" Tanya anak aku lagi (Hah jawab...soalan cepumas ni)
"Hmm...gini batang pisang ni digunakan untuk budak-budak lelaki duduk atasnya bagi memudahkan Tok Mudim menjalankan kerja dia, selain tu batang pisang ni jugak digunakan untuk mencucuk alat-alat berkhatan beliau dan bla...bla...bla" Aku berceloteh panjang lebar (Tah betul ke tak aku tak tahu sebab aku tak pernah tengok pun, cuma dengo orang-orang tua bercerita aje.)
"Ohhh..." Ringkas aje jawapan dia. rasa dia dah faham le tuuu.
Zaman aku budak-budak pulak peralatan yang digunakan untuk proses memotong tu antaranya Skapel, Tweezer, gunting, bandage untuk pembalut dan ada le beberapa alat lagi yang aku tak kenal.
Zaman anak sulung aku pulak, dah guna Smartklamp, masa ni aku rasa dah macam canggih sangat teknologi yang diaorang gunakan untuk proses berkhatan, sebab dah tak perlu balut dengan bandage lagi dah tapi digantikan dengan klamp le pulak, lagi satu 5 hari aje dah kering...proses penyembuhan dah kurang azab dah.
La ni masa anak bongsu aku berkhatan (Sabtu lepas 24 November), dah lagi canggih proses berkhatan ni rupanya. diaorang guna sejenis alat yang dikenali sebagai Elektrocautery (yang kitaorang sangka laser tu). Tujuannya untuk menggurangkan pendarahan ketika proses berkhatan dan kanak-kanak yang berkhatan akan cepat sembuh (kerana tiada pembalutan diperlukan selepas berkhatan)
Khas buat Nabil, ayah cukup berbangga dengan anda sebab keberanian yang Nabil tunjukkan sepanjang hari-hari sebelum berkhatan, ketika majlis berlangsung, semasa proses berkhatan dan sehingga hari ini. Nabil tidak pernah bersungut. Terima Kasih Nabil :)
Apalah aku melalut ni...Ok...
Sebenarnya aku nak cerita apa yang berlaku keatas anak aku ni yang buat aku bangga sangat,
Pertama: beliau sempat bermain game FIFA (iphone) semasa proses berkhatan keatasnya dijalankan dan dengan bangganya dia cakap..."Ayah, dah 3 gol ayah" Selamba aje muka dia. "Err Nabil tak sakit ke?"Aku bertanya ragu-ragu. "Tak :)" jawab Nabil sambil tersenyum (Aku tahu anak aku ni cuba mengawal rasa takutnya...bagus lah :I
Kedua: Percaya atau tidak Nabil berkhatan dua kali dalam masa tak sampai 1 jam dengan dua orang Doktor sebabnya Doktor pertama yang mengkhatankan Nabil tidak potong keseluruhan kulit lebihan dengan alasan kulit lebihan tu tebal, kerana rasa kurang yakin penjelasan Doktor tu, aku pun tanya lah kalau dalam masa nak mencuci dengan ubat kuning (rasanya iodin) tu ada masalah atau selepas sembuh ianya kulup balik macam mana?...Dia jawab: "Encik boleh rujuk kepada Doktor tu" dia tunjuk pada seorang lagi doktor, Aku tanya "boleh bagi nombor talipon?", dia kata boleh nanti dia bagi, hmm...ok (walaupun rasa macam tak aje), selepas selesai menjahit, dia benarkan kami pulang, tapi tak sampai 15 minit ada member menyusul ke rumah minta aku bawa Nabil ketempat berkhatan semula sebab Doktor yang kedua nak tengok...hasilnya Nabil kena khatan semula sebab kulit masih ada lebihan dan pasti akan kulup semula katanya. Doktor yang pertama kena panggil dan ditunjukkan paras mana yang sepatutnya dia potong.
Ok...masa ni muka aku dah tak terukir senyum lagi tapi Nabil kelihatan tenang dan hanya menyebut perkatan "Allahu Akbar" berkali-kali kerana menahan sakit...(bayangkan kawasan yang dah luka di injit...adoiiii)...maaf Nabil, kerana ayah tak bertegas dengan Doktor yang pertama tu walau ayah dah terasa sangsi kerjanya tidak sempurna.(moral of the story: Pastikan anda berada disisi anak anda ketika dia berkhatan dan juga pastikan yang Doktor tu adalah pakar dalam kerjayanya).
Walaubagaimana pun, cara berkhatan ketika ini, terutama yang menggunakan "laser" tersebut adalah yang paling kurang sakit dan yang paling cepat sembuh InsyaAllah (3-5 hari luka sudah kering dan anak anda dah boleh pakai seluar) cuma pastikan anda mengawal jenis pemakanannya (berpantang...bukan pantang nampak ya).
::kes macam anak aku ni rasanya 1:1000 so tak perlu dirisaukan lah ya :), asalkan anak kita selamat, Alhamdulillah.
6 teguran membina:
Cool la nabil ni ...
Bagus ! .. =)
Alahmdulillah, memang cool tapi kelemahannya takut lipas :) Adoii...
ingatkan citer bersalin je yang ade kes doktor bengong ni... cian nabil yer...
oh..nabil boleh join saya...saya setiausaha persatuan penakut lipas....nanti bagi detail ye dik...
Ohh Mrs Zuel rupanya setiausaha PPL, ok nanti saya minta nabil masuk persatuan tu hahaha :)
anak saya pun nak kena khatan 2x sbb potong x sempurna dan jahitan macam kelim karipap. kesian dia...suami kata utk masa depannya bila dah kahwin nanti. x dpt bayang dia kena kesakitan dua kali. semoga akhir yg baik2 utk anak saya :(
TN 19-12: Semoga anak Puan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.
Catat Ulasan