Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Rabu

Jalan2 D' Langkawi


1hb November 2010, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, maka berangkatlah kami sekeluarga ke Langkawi dengan menaiki Pesawat Firefly dari senai - subang, subang - langkawi. Setiap penerbangan mengambil masa 1jam hingga 1jam 10 minit.
          Cuaca cerah di Senai dan Subang tapi mendung di Langkawi. Sesampainya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), kami disambut dengan tawaran sewaan kereta dan pakej perlancongan di Terminal balai ketibaan LTAL. Kami terus menuju ke kaunter yang terdapat di tengah2 kerana brother yang berada di kaunter tersebut memanggil aku dulu.
       Aku di tawarkan kereta Sentra dengan kadar RM180 untuk anggaran masa 48jam, Isteri tak setuju, dia nak kereta yang lebih kecil, so brother tu pun cadangkan aku guna Viva..cuma RM140, kereta baru dia kata. Aku set aje, isteri ke kaunter sebelah untuk tempah trip Island Hopping dengan kadar RM120 untuk 4 orang.
           Kami tunggu kereta lebih kurang 20 minit, bila dapat kereta..woww!! memang kereta baru, sit lum bukak plastik lagi, tengok ODO meter baru 56km...masih ada bau kedai lagi, minyak full.
Alhamdulillah...so perjalanan pun bermula.

Aktiviti Hari Pertama:
  • Ke hotel (TM Resort) < rehat kejap
  • Tempat lawatan pertama: Cabel car di Gunung Matchincang, naik ikut Oriental Village, malangnya hujan renyai-renyai, jadi Cabel car tak boleh di gunakan..kami ronda2 di Oriental Village aje.
  • Seterusnya ke Gallery Perdana ikut jalan Teluk Yu dan Air Hangat.
  • Kemudian ke Pekan Kuah borong Coklat di HJ ISMAIL GROUP, rupanya banyak kedai Hj Ismail ni.
  • Solat Jammak Takhir di Masjid Al-Hana
  • Lepas tu makan malam dan balik hotel < Hujan mula turun dengan lebatnya. Dapat berita Kedah, Perlis dan Terengganu kena banjir.
Hari Kedua:
  • Alhamdulillah cuaca hari ni cerah sedikit, dapat le pergi Island Hopping. Naik bot kat belakang hotel aje. Mula2 ke Pulau Dayang Bunting kemudian kena redah hutan untuk ke Tasik Dayang Bunting (disini kena hati-hati, selain dari jalan yang licin...kena jaga barang yang dibawa agar tidak di ragut oleh Monyet). Selepas mandi kat Tasik, kita orang dibawa ke Pulau Singa untuk lihat Helang makan. Last sekali kami dibawa ke Pulau Beras Basah untuk mandi manda dipantai. Lebih kurang 4 jam masa yang diperuntukkan untuk Island Hopping ni.
  • Balik dari Island Hopping, rehat kat hotel. Lepas solat kami keluar menghala ke Oriental Village semula untuk menaiki Cabel car...tapi masih tak dapat naik sebab cuaca kat puncak berkabus, kami batalkan rancangan untuk naik Cabel car ni dan teruskan agenda kami.
  • Lepas makan tengah hari kami menghala ke Beras Terbakar melalui jalan Pantai Kok dan Kuala Teriang. Di sini kami beli T-Shirt dan Kain Batik aje.
  • Lepas Beras Terbakar kami ke Makam Mahsuri, banyak dah berubah tempat ni.
  • Kami teruskan perjalan ke Ulu Melaka untuk cari Ubat Gamat...kami ke Nusantara Maju. Isteri beli Ubat Gamat seperti yang dipesan oleh Abah.
  • Kami patah balik ke Pekan Kuah sebab Nabil nak tengok Dataran Helang. Hujan mula renyai-renyai tapi kami redah aje ke Patung Helang Besar tu untuk ambil gambar.
  • Sebelum balik hotel singgah kejap kat Kedai Hj Ismail yang lain pulak untuk borong coklat lagi.
  • Malam kami ke Proto Malai tapi tak turun sebab macam tak best aje...bot pun dah kurang, agaknya diaorang pindahkan ke Burau Bay.
  • Kami ronda-ronda di Jalan Pantai Cenang, kat sini dah ada banyak kedai baru, pelancong asing pun ramai kat sini.
Hari Ketiga:
  • Hari untuk balik, so tak de yang istimewanya.
  • Flight Langkawi ke Subang pukul 1.05 ptg sampai dalam pukul 2.10 ptg manakala Flight Subang ke Senai pukul 6.10 ptg ini bermakna kami kena duduk kat subang tu lebih kurang 3jam setengah..aduiiii.
  • Buntu kejap kat Subang... Aku tanya kat info center, diaorang kata tempat penginapan sementara dah tutup tak ada lagi..argggg so masing2 lepak aje kat kerusi yang disediakan...anak sulong pulak pergi meronda sorang-sorang dalam terminal ni.
~Tamat sudah~ 

tengah kumpul duit semula untuk ke Langkawi lagi sebab banyak lagi tempat yang menarik tak pergi - 3hari 2malam tak cukup hehehe  :)

::Nota keyboard: Untuk kereta sewa dan Island Hopping, aku gunakan khidmat syarikat ni - Rakan Kota Leisure Sdn. Bhd. No.16, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. 


9 teguran membina:

june@agent_sesat berkata...

jadi tak naik cable car? pergi waterworld?
langkawi macam tpt wajib utk kiter org sefamily..sampai dah tak tahu nak pergi maner dah..
akhir thn ni pergi lagi...

Mohzam berkata...

:( tak dapat naik cable car la june...cuaca tak mengizinkan..musim hujan dan kabus. Waterworld tak pergi pun walau dah dekat sangat dengan tempat penginapan sebab diluar agenda :) (dipersetujui oleh seisi keluarga).
Ingat kalau pergi lagi ke Langkawi..nak pergi snorkeling pulak kat Pulau Payar :)
::Bestkan bercuti di Langkawi...macam2 ada.

sahromnasrudin berkata...

salam ziarah..seronoknya...ada pi pulau dayang bunting tak???

Mohzam berkata...

Salam Sah...ada, kami ada ke Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting <<termasuk dalam trip Island Hopping :)

Trip Island Hopping melibatkan 3 pulau
1. Pulau Dayang Bunting < Boleh mandi di Tasik Dayang Bunting.
2. Pulau Singa Besar < melihat helang makan (bukan di pulau ya, tapi di sekitar perairannya)
3. Pulau Beras Basah < boleh mandi laut, watersports activities dan lain2 lagi.
Anggaran trip 3-4jam

aku yang tak femes berkata...

ok bookmark untuk... err animun?

Mohzam berkata...

Ain: bila nak animun tu :)
nak ikut.

agent_sesat berkata...

aku pun nak ikut gak~~ hehehe

eeeh ain sebelum kiter gi animun samer..jom kiter pi berbagpacking... :p

cornholioyunn berkata...

Salam Bro, nak bertanya ni. Saya akan ke Langkawi pada 3 Nov ini melalui airport juga dan tengah mencari kereta sewa. Saya terkejut tengok bro ditawarkan RM180 sebuah sentra selama 48 jam sebab saya tgk dam internet harga itu cuma untuk 24 jam sahaja dan nasib baik saya tak booking dan bayar deposit lagi. Pada pendapat bro adakah lebih baik saya sampai airport baru cari kereta?Saya akan datang dalam 9 orang jadi agaknye kereta ata mpv apa ya?dan memang di airport tu orang tawar menawar ya?

Mohzam berkata...

Salam Nursan93, Nursan nak ke langkawi pada 3 Dis ni ke? atau 3 Nov 2011. kalau Dis ni bermakna dah masuk cuti sekolah maka harga akan ikut Peak Season. Pada pendapat saya adalah lebih baik Nursan cari kereta bila sampai Airport nanti sebab Nursan boleh cari harga yang terbaik (tawar menawar memang ada). Kalau datang 9 orang saya syorkan sewa Pregio Van (12 seat) atau Inova kerana lebih jimat dibandingkan sewa 2 kereta...selamat bercuti Nursan93.

::terima kasih mengunjungi bolg saya :)

Catat Ulasan