Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Selasa

Watermark Dan Pattern





ASSALAMMUALAIKUM

Tutorial kali ni saya ingin tunjukkan bagaimana cara membuat pattern bagi memudahkan kita meletakkan watermark di dalam setiap hasil kerja kita yang hendak dipaparkan di laman web.

Proses Pembikinan Pattern

  1. Buka Photoshop, buat satu layout baru (Ctrl+N), setkan Width: 300 pixels, Height: 300 pixels, Resolution: 300 pixels/inch, Color Mode: RGB Color 8 bit, Background Contents: Transparent.
  2. Hasilnya
  3. Tulis atau Masukkan text, gambar, logo atau apa-apa aje yang akan dijadikan watermark.
  4. Pergi ke Menu > Edit > Define Pattern...
  5. Masukkan nama yang anda inginkan, Contoh Pattern1 atau apa-apa aje lah.
Siap sudah watermark dan sedia untuk dipergunakan dengan sewenang-wenangnya.


Peroses seterusnya, memasukkan watermark kedalam gambar.


  1. Buka gambar yang hendak anda masukkan watermark
  2. Duplicate gambar tersebut  Menu > Layer > Duplicate Layer : Hasil>> Background Copy
  3. Pergi ke Blending Option (fx) Pattern Overlay
  4. Pattern Ovelay > pattern > pattern (tukar ke pattern yang anda telah siapkan sebelum ini dan biasanya terdapat dibawah sekali. Adjust Opacitynya mengikut kesesuaian
  5. Anda boleh juga ubah Blend Mode dan Opacity di Layer, Siap dan boleh di Flattenkannya
::Selamat mencuba :)







2 teguran membina:

miss beyond berkata...

lama dah tak ke sini.. hehe ada tutorial.. bagus2.. boleh cuba ni...

Mohzam berkata...

Selamat datang kembali miss beyond,
sila lah cuba :)

::saya sekadar ingin berkongsi ilmu :)

Catat Ulasan