Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua
Memaparkan catatan dengan label zuriat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zuriat. Papar semua catatan

Rabu

Debaran...

Selamat datang 2018, kejap beno masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk hari yang ketiga.
Hmmmm...tapi beberapa minggu sebelum tahun baru, banyak benda yang bercelaru dalam pala hotak ni, terutama berkaitan dengan anak bongsu yang tah macam mana boleh pulak nak bersekolah tadika,
tak sangka dah lima tahun dah si Alisya ni.

Debaran bermula:

  1. Dua minggu sebelum buka sekolah, kita orang sebuk cari tadika yang sesuai buat sibongsu ni, konon-konon nak anto kat tadika swasta la, sekali dia bagi rate, mak ai...pengsan pat kali aku dibuatnya...Harga yuran pendaftaran dah sama dengan harga yuran pendaftaran abang dia di IPT...Hahaha gelak sakan wife...Last-last aku kena akur dengan cadangan wife, hantar je kat KEMAS ke, AL-UMMAH ke, PASTI ke...yang berhampiran...setel...
  2. Seminggu sebelum, pikir pulak soal pengangkutan ke sekolah dia, ok pergi tiada masalah sebab emak dia nak hantar cuma waktu balik nanti sapa yang nak amik, pukul 12 tu dia keluar, tentulah aku tak dapat amik, emak dia pulak mustahil dapat amik...sebuk tanya tokei bas sekolah yang aku kenal, nasib baik ada...setel
  3. Urusan pendaftaran selesai...penganggkutan selesai, kini risau dengan ragam si Alisya, sama ada dia boleh hadap setiuasi alam persekolahan ke tak...kalau ikut pengalaman aku, paling payah nak hadap di minggu pertama persekolahan lah. So aku amik cuti dua hari kalau bermasalah aku akan tambah cuti lagi...Hari pertama persekolahan 1.1.2018 pun bermula, Selepas balik dari hantar abang dia kesekolah, tengok si Alisya dah bersiap sedia dengan pakaian seragam sekolah, dengan muka yang ceria. Terasa sedikit kelegaan, aku ngan wife teman dia disekolah tadika, sebab itu janji kami kat dia. Mulalah alam baru bagi Alisya, tengok dia seperti kekok dan malu-malu, dua tiga orang rakan dia ada yang nangis, risau aku dibuatnya, takut berjangkit...1 jam 2 jam ok ketabahan dia masih tinggi, tiada reaksi negatif sehingga waktu balik...Alhamdulillah lega rasanya.
  4. 2.1.2018 Alisya masih bersemangat untuk kesekolah, kalini aku seorang yang hantar dan tunggu dia. Emak dia tak ikut sebab dah naik kerja...dari 8 pagi hingga 12 pagi, tengok tiada ragam yang membimbangkan...waktu balik pukul 12 tu aku perkenalkan dengan tokei bas yang akan bawa dia balik rumah...setel
  5. 3.1.2018 hari ni, aku giliran mak dia pulak hantar di kesekolah, aku dah start kerja, nampak gaya tak perlu amik cuti extra, telefon wife tanya khabar Alisya, wife kata dia OK je, emak dia kata nak balik pergi kerja pun dia balas dengan senyuman manis... Alhamdulillah.
Semoga semangat belajar Alisya berterusan, sebab dia ada bagi tahu kat kita orang, Doa dia masa kat sana dulu, dia nak jadi Doktor...hmmm InsShaAllah...

Selasa

Menconteng guna Prisma App

Dah lama aku tak melukis, rasanya water colour aku pun dah keras kerana tak berusik,
rasanya dekat puluh tahun lah jugak...hmmm






Terasa puas pulak..Ahhhhhh...

Khamis

Level 1 Selesai

Khas buat anak ku Nabil Hakimi, 
Tahniah kerana telah berjaya melepasi Level 1 dengan cemerlang (Ayah bangga dan terharu), ingat anak ku, perjalanan mu masih jauh, masih ada lagi onak dan ranjau untuk di redah, bergunung cabaran perlu di daki., pelbagai rintangan perlu di tempuhi...Teguhkan keimanan, perbanyakkan kesabaran, ingat anak ku hanya pada ALLAH kita berserah, di waktu senang mahupun susah.
Teruskan kecemerlangan zahir dan batin.

Isnin

Cerita yang tertangguh :)

Assalammualaikum...
Lama dah tak bercerita kat blog, fb dan laman sosial yang lainnya...
alasan?...tak de alasan :)
Jadik, aku kumpulkan sebahagian cerita yang berlaku sepanjang aku tak update blog ni antaranya:

1) Ini sebenonya aku nak fokuskan kat kasut tu (baby crochet shoe) hasil sulaman Miss Shila Nget
Terima kasih Shila. Alisha pun suka belek kasut tu...bestttt!!


2) Desktop wallpaper untuk bulan Mei...hahaha lambat keluar


3) Miss Alisya berselfie...eerr


4) Dapat basikal baru (4 buah basikal) bagi kemudahan meronda pada waktu awal pagi (Skim Rondaan Sukerela).Terima kasih pada KRT Taman Kobena kerana meluluskan dan menyediakan peruntukkan untuk membeli basikal ni (tertunai salah satu kertas kerja yang aku kemukakansebelum ni. Alhamdulillah)


Hmmm...ok, rasanya kita sambung selepas iklan ni, jangan kemana-mana...
(berkurun le gamaknya nak sambung nanti...maaf sekali lagi)

Khamis

:)


~ Zara Alisha Safiya ~

Jumaat

Ahli Baru | Suka




Ahli Baru: Alhamdulillah


Alhamdulillah , yang ditunggu telah lahir...
Alhamdulillah, isteri dan anak selamat

Bila? Pukul Berapa? Di mana? Berat berapa?
Pada 16hb Okt 2013 pukul 8.10 malam selepas azan Isyak , 2.84kg :)
Lahir kat Hospital Sultanah Aminah aje, bilik no 7.

Nama? nama?
Zara Alisah Safiya Binti Mohd Zamri







::sebenonya terlampau banyak peristiwa, terlampao banyak cerita untuk dikhabarkan tapi..
khabaran ini lebih penting kot...



Khamis

Ahli Baru: Minggu ke 30 (barangan keperluan sebelum dan selepas bersalin)

Semalam genap wife memboyot untuk minggu yang ke 30, ha ini bermakna sudah masanya untuk menyediakan barang keperluan baby dan mama baby. Hmmm sebelum tu kena cek dulu jantina baby. Macam mana nak cek? tak kan nak guna scanner epson perfection V350 Photo pulak kan, mesti le guna scanner yang terdapat diklinik (scanner khas untuk scan baby dalam kandungan). 

Ok, sekali lagi kami ke klinik Biosucinas untuk scan baby, kali ni kami nak yang 4D...tak kira nak juga...tapikan kita ni kan hanya boleh merancang tapi segala-galanya atas ketentuan Allah, jadi untuk kali ini kami cuma dapat mengetahui dengan sahih yang baby dalam kandungan ni....BABY GIRL...hehehehehehe Alhamdulillah, baby pun dalam keadaan sihat kata doktor. cuma malangnya kami tak dapat nak lihat muka baby tu sebab baby tutup dengan tangan jadi sekali lagi kami cuma minta doktor print gambar 2D aje. Ok la tu.


Keperluan semasa peringkat awal proses kelahiran.

Kemungkinan besar anda akan memerlukan:
  • Selipar.
  • Stoking. 
  • Kain Batik.
  • Baju tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa kelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital (HSA ada sediakan, warna Pink). 
  • Minyak urut atau losyen
  • Pelembap bibir.
  • Snek dan minuman untuk anda semasa dalam peringkat kelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
  • Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
  • Telefon bimbit, Kamera digital atau kamkoder itu pun kalau dibenarkan pihak hospital
  • Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi. Ini untuk memberi inspirasi kepada anda supaya terus bertahan sehingga semuanya berakhir.
  • Kelengkapan Peribadi dan beberapa lagi benda. Asalkan bukan satu rumah yang anda bawa sudah :)

Untuk selepas bersalin

Semasa di hospital, anda mungkin memerlukan:
  • Sesalinan pakaian untuk pulang ke rumah. Ia akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih perlu memakai pakaian mengandung apabila pulang ke rumah.
  • Coli menyusu, sekurang-kurangnya dua atau tiga helai.
  • Pelapik payudara untuk apabila susu badan anda mula mengalir.
  • Tuala wanita selepas bersalin jika tidak disediakan secara percuma oleh pihak hospital.
  • Kelengkapan peribadi termasuk tuala, sikat, berus gigi dan ubat gigi.
  • Seluar dalam lama/murah/pakai buang. Asalkan bukan seluar dalam yang anda sayang kerana ia mungkin akan jadi kotor. Jika anda terpaksa menjalani pembedahan, pihak hospital mungkin menyediakan seluar dalam getah yang selesa dipakai menutupi parut pembedahan.
  • Telefon bimbit anda serta pengecasnya.

Untuk bayi anda

Si manja akan memerlukan:
  • Sebuah kerusi kereta bayi.
  • Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital biasanya menyediakan gaun bayi untuk dipakai semasa di hospital.
  • Selimut bayi.
  • Lampin.
  • Sepasang stoking atau sarung kaki bayi.
  • Topi.
  • Kain muslin empat persegi.
  • Bedung dan barut


Sebaik sahaja anda selesai mengemas beg hospital, ingatkan diri anda tentang 
tanda-tanda awal kelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu hendak bersalin! 



ps: dah borong barang-barang baby warna pink dah, adoii warna lain tak boleh ke? tak awal sangat ke? macam ada yang tak masuk dalam senarai aje ni?




Isnin

Ahli Baru: 23 minggu 3 hari


Mak ai diam tak diam isteri telah berada dalam fasa kedua mengandung.
Terdapat 3 fasa - 
Fasa pertama: Minggu pertama hingga ke 12, 
Fasa Kedua: Minggu ke13 hingga ke 28 dan 
Fasa Ketiga: Minggu ke 29 hingga bayi lahir iaitu Minggu ke 40

Ketika ini isteri dalam minggu ke 23, 
Semalam, tanpa dirancang kami telah ke Klinik Biosucinas di UDA 
untuk scan baby dalam kandugan, scan 4D katanya...hmmm...
ok ni aku baru tau, selama ni yang aku tahu hasil scan dalam 2D aje (Hitam-Putih)
Malangnya doktor kata, kalau nak tengok hasil lebih menarik kena tunggu kandungan masuk 7 bulan.
Ok tak pa, nak tengok kat monitor aje :)

Hasil imejan 4D lebih kurang macam gambar bawah ni.


Seronok juga tengok kat monitor gambar anak dalam kandungan :)


Dalam usia janin masuk minggu ke 23 ini.
Proses pembangunan paru-paru janin mula bertambah.
  • Paru-paru bayi akan membangunkan surfactant (bahan yang akan membantu untuk mengembangkan paru-paru selepas kelahiran)
  • Kuku sepenuhnya terbentuk dan tulang di bahagian tengah telinga mula mengeras
Apakah kesan pada ibu mengandung?:
KEJANG KAKI

  • Ibu mengandung mungkin akan mengalami kejang kaki (simpul biawak) di waktu malam, terutama jika terdapat kekurangan kalsium dalam badan. cara mengurangkan kesakitan betis kaki. luruskan kaki pelahan-lahan, tegakkan tapak kaki dan tarik jari-jemari kaki, kalau tak sampai disebabkan perut yang membesar, cuba dapatkan pertolongan suami kalau suami tak nak tolong - hempuk suami dengan bantal, Urut dibahgian betis yang sakit.
  • Waktu usia janin 23 minggu ini juga, kita boleh lihat pegerakkan perut kerana bayi tengah buat senaman akrobatik di dalam.

*** berita yang amat mengembirakan kami - InsyaAllah kami akan memperolehi baby gegirl***




Rabu

Ahli Baru: Doa


“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Read more: http://my-adam.blogspot.com/2013/04/doa-untuk-bayi-dalam-kandungan.html#ixzz2TKPnOibx



Selasa

Ahli Baru: Telah tercetak

Ok bersabar, berdoa dan bertawakkal

Khamis

Ahli Baru: Reaksi


Ahli Baru

Nak cerita ke tak nak, nak cerita ke tak nak, nak cerita ke tanak...

Ha da mula menaip ni kira nak cerita la yek.
Ok, kisahnya berlaku pada 23hb Feb 2013 hari ahad pukul 10.05 malam.
hmmm...(berhenti menaip 15 minit)...

Setelah berfikir sebentar tadi, rasanya tak perlulah aku bercerita secara terperinci.
Secara ringkasnya...
In Shaa Allah dalam bulan 11 akan hadir penghuni baru dalam keluarga kami.

Pengesahan telah dibuat menggunakan 3 jenis pregnancy test yang biasa terdapat di farmasi,
(3 kali test?) << ni kes macam tak caya aje lah ni...


Lat seminggu aku bawa wife jumpa doktor.
Doktor scan, 

Doktor: Puan, kalau ikut gambaran pada monitor ni, puan telah hamil 5 minggu.
Wife: (tak terkata)
Aku: (diam membisu)
Doktor: Ok, cuba puan lihat pada bahagian sini (doktor menunjukkan satu ruang kosong yang kecil). Ruang kecil seperti lubang ni sebenarnya adalah kandungan bayi puan tapi belum mempunyai bentuk lagi, dan ukuran saiznya menunjukkan kandungan telah berusia 5 minggu bla, bla, bla. (doktor terangkan secara panjang lebar)

Alhamdulillah,
(In Shaa Allah, cerita ini akan ada sambunganya nanti, In Shaa Allah)






Rabu

cita-cita?

                             Aku   : Bil, nanti bila beso nak jadi apa?
                             Nabil : Entahlah ayah...Pilot ke...Angaksawan pun boleh
                             Aku   : Oo Ok lah tu...Pilot kapal penumpang ke askar
                             Nabil : Mestilah askar, boleh bawak Jet perjuang, boleh tembak-tembak
                             Aku   : Hmmm


Selasa 12/3/2013 pukul 10:25pm, baru balik dari masjid selepas tolong set up bilik meeting.
(Meeting Khairat pada 13hb3 selepas isyak)

                          Amir : Ayah! nabil cari tadi...
                          Aku  : Kenapa? Nabil mana?
                          Amir : Tu dah tido, tadi dia kata, dia sesak napas...semput.

Dengan segera, cek suhu badan Nabil guna kaedah sentuhan, sentuh di sebalik telinga...ok tak panas, cek pulak tapak kaki, juga tak panas, dekatkan telinga kat dada...dengo macam bunyi orang bersiul...sah
Ajak isteri pergi sama, isteri tak larat sebab dia pun selsema, "Meh la cek sekali" pujuk aku, "Tak pe lah, tadi dah makan ubat" Isteri bagi alasan. Ok aku faham (Isteri tak bagi cerita kat sini, lum sampai masa kata dia) :)

 Pergi Klinik Penawar, BBU, kebetulan tiada pesakit lain yang menunggu...tak sampai 1 minit doktor panggil,
prosedur yang sama dibuat oleh doktor, cuma kali ini dia guna jangkasuhu yang lekat kat dahi, tak panas...kemudian cek kat tekak, tak de luka, ini bermakna tak demam kata dia, baru dia cek kat dada guna stethoscope, "hmmm kena guna Nebulizer" dia seperti berbisik."Encik boleh bawa anak encik ke bilik sebelah, untuk sedut ubat". "Ok" jawab aku rengkas.Lebih kurang 15 minit selesai, kopak RM88.90.
Dalam kereta aku tanya : "Nabil ada minum air batu ke?" " Ada, masa kat sekolah" "Oo patut pun, ingat nabil pesan ayah, nak minum air batu tu boleh tapi setakat jamah aje bukan dalam jumlah yang banyak, sama jugak dengan makan oren dan tembikai, jamah aje tau" "Emhmm" jawab nabil acuh tak acuh sambil angguk kepala. 

Nabil semoga cepat sembuh.

                              


Jumaat

Batang pisang | Gunting | Klamp | Laser

As Salam, 
Nampak macam anehkan tajuk kat atas tu, tapi bagi mereka yang tahu pasti dah dapat agak pun apa yang aku nak ceritakan kat sini. Hmm...apa lagi cerita yang sensasi pada hujung tahun ni le selain dari cuti-cuti malaysia dan mendirikan masjid, kalau bukan majlis untuk anak-anak lelaki.

"Apa kaitannya dengan batang pisang pulak, Ayah?" Tanya anak aku tiba-tiba. (Cheh bila masa pulak budak ni duduk kat sebelah aku ni),
"Batang pisang tu merupakan salah satu alat yang digunapakai masa zaman atuk-atuk kita dulu kalau nak berkhatan ni" Aku jawab dengan penuh yakin (macam la aku ni tahu segalanya)
"Macam mana tu?" Tanya anak aku lagi (Hah jawab...soalan cepumas ni)
"Hmm...gini batang pisang ni digunakan untuk budak-budak lelaki duduk atasnya bagi memudahkan Tok Mudim menjalankan kerja dia, selain tu batang pisang ni jugak digunakan untuk mencucuk alat-alat berkhatan beliau dan bla...bla...bla" Aku berceloteh panjang lebar (Tah betul ke tak aku tak tahu sebab aku tak pernah tengok pun, cuma dengo orang-orang tua bercerita aje.)
"Ohhh..." Ringkas aje jawapan dia. rasa dia dah faham le tuuu.


Zaman aku budak-budak pulak peralatan yang digunakan untuk proses memotong tu antaranya Skapel, Tweezer,  gunting, bandage untuk pembalut dan ada le beberapa alat lagi yang aku tak kenal. 

Zaman anak sulung aku pulak, dah guna Smartklamp, masa ni aku rasa dah macam canggih sangat teknologi yang diaorang gunakan untuk proses berkhatan, sebab dah tak perlu balut dengan bandage lagi dah tapi digantikan dengan klamp le pulak, lagi satu 5 hari aje dah kering...proses penyembuhan dah kurang azab dah.


La ni masa anak bongsu aku berkhatan (Sabtu lepas 24 November), dah lagi canggih proses berkhatan ni rupanya. diaorang guna sejenis alat yang dikenali sebagai Elektrocautery (yang kitaorang sangka laser tu). Tujuannya untuk menggurangkan pendarahan ketika proses berkhatan dan kanak-kanak yang berkhatan akan cepat sembuh (kerana tiada pembalutan diperlukan selepas berkhatan)




Khas buat Nabil, ayah cukup berbangga dengan anda sebab keberanian yang Nabil tunjukkan sepanjang hari-hari sebelum berkhatan, ketika majlis berlangsung, semasa proses berkhatan dan sehingga hari ini. Nabil tidak pernah bersungut. Terima Kasih Nabil :)
Apalah aku melalut ni...Ok...
Sebenarnya aku nak cerita apa yang berlaku keatas anak aku ni yang buat aku bangga sangat, 
Pertama: beliau sempat bermain game FIFA (iphone) semasa proses berkhatan keatasnya dijalankan dan dengan bangganya dia cakap..."Ayah, dah 3 gol ayah" Selamba aje muka dia. "Err Nabil tak sakit ke?"Aku bertanya ragu-ragu. "Tak :)" jawab Nabil sambil tersenyum (Aku tahu anak aku ni cuba mengawal rasa takutnya...bagus lah :I
Kedua: Percaya atau tidak Nabil berkhatan dua kali dalam masa tak sampai 1 jam dengan dua orang Doktor sebabnya Doktor pertama yang mengkhatankan Nabil tidak potong keseluruhan kulit lebihan dengan alasan kulit lebihan tu tebal, kerana rasa kurang yakin penjelasan Doktor tu, aku pun tanya lah kalau dalam masa nak mencuci dengan ubat kuning (rasanya iodin) tu ada masalah atau selepas sembuh ianya kulup balik macam mana?...Dia jawab: "Encik boleh rujuk kepada Doktor tu" dia tunjuk pada seorang lagi doktor, Aku tanya "boleh bagi nombor talipon?", dia kata boleh nanti dia bagi, hmm...ok (walaupun rasa macam tak aje), selepas selesai menjahit, dia benarkan kami pulang, tapi tak sampai 15 minit ada member menyusul ke rumah minta aku bawa Nabil ketempat berkhatan semula sebab Doktor yang kedua nak tengok...hasilnya Nabil kena khatan semula sebab kulit masih ada lebihan dan pasti akan kulup semula katanya. Doktor yang pertama kena panggil dan ditunjukkan paras mana yang sepatutnya dia potong.
    
  Ok...masa ni muka aku dah tak terukir senyum lagi tapi Nabil kelihatan tenang dan hanya menyebut perkatan "Allahu Akbar" berkali-kali kerana menahan sakit...(bayangkan kawasan yang dah luka di injit...adoiiii)...maaf Nabil, kerana ayah tak bertegas dengan Doktor yang pertama tu walau ayah dah terasa sangsi kerjanya tidak sempurna.(moral of the story: Pastikan anda berada disisi anak anda ketika dia berkhatan dan juga pastikan yang Doktor tu adalah pakar dalam kerjayanya).

  Walaubagaimana pun, cara berkhatan ketika ini, terutama yang menggunakan "laser" tersebut adalah yang paling kurang sakit dan yang paling cepat sembuh InsyaAllah (3-5 hari luka sudah kering dan anak anda dah boleh pakai seluar) cuma pastikan anda mengawal jenis pemakanannya (berpantang...bukan pantang nampak ya).

::kes macam anak aku ni rasanya 1:1000 so tak perlu dirisaukan lah ya :), asalkan anak kita selamat, Alhamdulillah.