Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua
Memaparkan catatan dengan label Transport. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Transport. Papar semua catatan

Rabu

Cerita setiap hari rabu


gambar atas ni aku dapatkan kat SINI

Beberapa bulan yang lalu, setiap hari rabu dah macam mimpi ngeri, sentiasa nak update pasal minyak, tapi la ni aku dah malas dah sebab dah menjadi routine aku setiap hari Jumaat mesti kena isi minyak penuh kat kereta, tak kira la minyak naik ke turun ke terpaksa isi minyak jugak kan...cukup le sampai seminggu.
Aaahhhhhh

Isnin

Cerita yang tertangguh :)

Assalammualaikum...
Lama dah tak bercerita kat blog, fb dan laman sosial yang lainnya...
alasan?...tak de alasan :)
Jadik, aku kumpulkan sebahagian cerita yang berlaku sepanjang aku tak update blog ni antaranya:

1) Ini sebenonya aku nak fokuskan kat kasut tu (baby crochet shoe) hasil sulaman Miss Shila Nget
Terima kasih Shila. Alisha pun suka belek kasut tu...bestttt!!


2) Desktop wallpaper untuk bulan Mei...hahaha lambat keluar


3) Miss Alisya berselfie...eerr


4) Dapat basikal baru (4 buah basikal) bagi kemudahan meronda pada waktu awal pagi (Skim Rondaan Sukerela).Terima kasih pada KRT Taman Kobena kerana meluluskan dan menyediakan peruntukkan untuk membeli basikal ni (tertunai salah satu kertas kerja yang aku kemukakansebelum ni. Alhamdulillah)


Hmmm...ok, rasanya kita sambung selepas iklan ni, jangan kemana-mana...
(berkurun le gamaknya nak sambung nanti...maaf sekali lagi)

Rabu

Basikal Lipat

Aku pada setiap malam sabtu dan ahad (atau lebih tepat lagi awal pagi), akan bertugas dalam Skim Rondaan  Sukarela (SRS) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) tempat aku tinggal ni...jadi kebiasaannya kami meronda sejauh 3km (+- 1.87batu) keliling taman. Bila ronda ramai-ramai ni tak le terasa jauh, dengan suasana di awal pagi yang sunyi dan sejuk, hilang penat dan stress.
Satu hari tu salah seorang ahli SRS bagi cadangan kat kitaorang.

Si A: Apa kata kita ronda lepas ni guna basikal, nak tak?
Si B: Ok jugak tu, boleh kita merempit...hehehe
Si C: Merempit guna basikal apa class, pakai moto le baru boleh "Remp It"
Si A: Nak mam**s kena rembat ngan orang kampung, baik-baik kita nak berjasa terus jadi bala
Si C: Hahahaha 

Ok, lupakan kisah diatas kejap, apa yang aku nak cerita sebenonya kat n3 ni ialah berkaitan dengan basikal lipat, tak silap aku dulu popular basikal lipat ni, cuma sekarang ni macam dah tak nampak orang guna lagi. So aku cuba le google, sekali tengok... wow...macam-macam ada yang terbaru.
Layannn (ni antara yang aku minat aje)

Sila rujuk website diaorang ni kalau nak tahu butiran lanjut :)










Mando Footloose : Basikal ni yang aku paling minat


Tentang harga, maaf aku tak tahu...ha jawapan yang pocoyo...
Nak sambung tido...



Tukar gear motorsikal

Assalammualaikum,
Beberapa hari yang lalu aku baru terbaca komen di entry "Lesen B2..."(rujuk sini).
Ada 2 pengunjung yang tanya berkenaan penggunaan gear motor  250cc...ok, mula-mula sekali aku mintak maaf sebab lambat reply dan aku rasa lebih baik aku buat entry baru berkaitan dengannya tetapi sekali lagi aku minta maaf kalau apa yang aku tulis ni tidak sama cara penggunaannya dengan apa yang anda dapati di motor 250cc milik anda.

rujuk gambarajah dibawah:


Untuk penukaran gear motosikal ni, anda perlu ikut 4 langkah asas (kalau tak ikut pun boleh).
  1. Turunkan pemulas minyak (throttle)
  2. Tarik klas (Clutch)
  3. Tukar gear yang bersesuai dengan keadaan kelajuan motor anda ketika itu
  4. Lepaskan klas secara pelahan berserta pulas minyak sedikit-sedikit
Benda ni kalau dah biasa dah tak terasa pun. Penukaran gear perlu dibuat berpandukan RPM (kelajuan enjen). Sekiranya enjen terasa berat (terutama ketika menaiki bukit atau memotong kenderaan), tukar ke gear rendah, begitu jugak sebaliknya kalau enjen seperti menjerit mintak tolong maka anda perlu tukar ke gear lebih tinggi.


Gambarajah ni  biasa yang terdapat di moto kapchai, kalau motor ala-ala superbike selalunya jenis songket aje.

ini antara motor yang aku suka :D

::Selamat memandu secara berhemah, pandu cermat jiwa selamat...jangan lupa pakai helmet dengan ikatan kemas dan pakaian yang sesuai ketika menunggang motor. INGAT! sedetik cuai badan terbarai

Isnin

Bahaya Benzene?




JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…



" jika anda sayangkan keluarga & rakan-rakan anda ,Jangan malu-malu mau share,copy paste kerana info ini milik kita semua Yusran Yusup. 
Untuk info-info lebih lanjut sila lawati blog: www.yusranyusup.blogspot.com