Peristiwa berlaku pada cuti CNY tempoh hari, perlakuan yang tidak dirancang... sudah hampir 5 tahun aku tak menderma darah...kad jemputan selalu jugak aku terima, tapi oleh kerana lokasi dan masa tidak sesuai tu yang menyebabkan aku tak turut serta menderma tu :)
Lokasi: Depan Body Shop, Angsana. Waktu: Lebih kurang pukul 4 petang.
Ketika pengambilan darah
Selepas
Sedikit sedutan perbualan aku dengan Doktor yang bertugas, ketika beliau sedang menganalisa jenis darah aku.
- Aku : Nampaknya ramai juga orang berdarah jenis B dan O ni ya (sambil memerhatikan senarai penderma darah dan jenis darah mereka)
- Doktor: Aaa...Darah jenis ni yang kita perlukan sekarang ni, terutama Darah jenis O
- Aku: Ooo kenapa Darah O?
- Doktor: Darah O, boleh digunakan oleh semua orang :), dibandingkan dengan Jenis AB, B dan A..lagi pun sekarang ni pihak Hospital tengah kekurangan jenis Darah O ni, macam darah Encik.
- Aku: (Opp..Baru aku teringat yang aku berdarah O positif) Hmmm
- Doktor: Ok, Encik boleh ke bahgian sana untuk mulakan pengambilan darah (sambil tunjukkan ke katil yang telah sedia ada)
15 minit berlalu, 1 pain darah aku telah berpindah milik...semoga darah tu dapat membantu orang yang memerlukannya InsyaAllah.
:: Kepada rakan-rakan yang mampu menderma darah, silakanlah...tak sakit pun, malah bila dah 2 bulan kita boleh menderma semula :)
0 teguran membina:
Catat Ulasan