Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua
Memaparkan catatan dengan label Serabut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Serabut. Papar semua catatan

Isnin

Taking the Exam: Adwords Fundamentals

Minggu lepas stress sekejap sebab kena amik exam Google Adwords Fundamentals, nasib baik aku tak "emotionally unstable" terus, hahaha.
Kalau ikutkan tugasan hakiki aku, aku tak perlu amik exam ni sebab dia lebih khusus buat budak-budak sales dan seangkatan dengannya (yang berurusan dengan pelanggan), tapi memandangkan aku ni diaorang nampak banyak mengulo, tu yang kena buat jugak tu.

Q: Apa itu Google Adwords?
A: Pilih cara yang anda mahu menjangkau pelanggan anda. Menggunakan iklan carian berasaskan teks, iklan paparan grafik, iklan video YouTube atau iklan mudah alih dalam apl, anda mempunyai banyak cara untuk menjangkau pelanggan sasaran anda dengan AdWords.

lebih kurang macam tu lah jawapan dia...

Syarat untuk lulus Exam ni, kita mesti perolehi markah 80% keatas dan kalau nak dapatkan sijil Adwords dari Google maka kita perlu lulus Google Adwords Fundamentals berserta salah satu dari 5 exams yang lain, sama ada : Search Advanced, Display Advanced, Mobile Advertising, Video Advertising atau Shooping Advertising Exam. Kalau berminat, sila join Google Partners dulu...cubalah.
Aku baru lulus satu, keputusannya sekadar cukup-cukup makan je, hahaha
Adakah aku akan ambil exam yang lain?, hmmm rasanya tak kot hahaha



Ahad

Setiap hari Ahad


Dah macam Monday Blues tapi ni versi Sunday Blues :)

gambar atas ni aku dapatkan kat SINI

Rabu

Debaran...

Selamat datang 2018, kejap beno masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk hari yang ketiga.
Hmmmm...tapi beberapa minggu sebelum tahun baru, banyak benda yang bercelaru dalam pala hotak ni, terutama berkaitan dengan anak bongsu yang tah macam mana boleh pulak nak bersekolah tadika,
tak sangka dah lima tahun dah si Alisya ni.

Debaran bermula:

  1. Dua minggu sebelum buka sekolah, kita orang sebuk cari tadika yang sesuai buat sibongsu ni, konon-konon nak anto kat tadika swasta la, sekali dia bagi rate, mak ai...pengsan pat kali aku dibuatnya...Harga yuran pendaftaran dah sama dengan harga yuran pendaftaran abang dia di IPT...Hahaha gelak sakan wife...Last-last aku kena akur dengan cadangan wife, hantar je kat KEMAS ke, AL-UMMAH ke, PASTI ke...yang berhampiran...setel...
  2. Seminggu sebelum, pikir pulak soal pengangkutan ke sekolah dia, ok pergi tiada masalah sebab emak dia nak hantar cuma waktu balik nanti sapa yang nak amik, pukul 12 tu dia keluar, tentulah aku tak dapat amik, emak dia pulak mustahil dapat amik...sebuk tanya tokei bas sekolah yang aku kenal, nasib baik ada...setel
  3. Urusan pendaftaran selesai...penganggkutan selesai, kini risau dengan ragam si Alisya, sama ada dia boleh hadap setiuasi alam persekolahan ke tak...kalau ikut pengalaman aku, paling payah nak hadap di minggu pertama persekolahan lah. So aku amik cuti dua hari kalau bermasalah aku akan tambah cuti lagi...Hari pertama persekolahan 1.1.2018 pun bermula, Selepas balik dari hantar abang dia kesekolah, tengok si Alisya dah bersiap sedia dengan pakaian seragam sekolah, dengan muka yang ceria. Terasa sedikit kelegaan, aku ngan wife teman dia disekolah tadika, sebab itu janji kami kat dia. Mulalah alam baru bagi Alisya, tengok dia seperti kekok dan malu-malu, dua tiga orang rakan dia ada yang nangis, risau aku dibuatnya, takut berjangkit...1 jam 2 jam ok ketabahan dia masih tinggi, tiada reaksi negatif sehingga waktu balik...Alhamdulillah lega rasanya.
  4. 2.1.2018 Alisya masih bersemangat untuk kesekolah, kalini aku seorang yang hantar dan tunggu dia. Emak dia tak ikut sebab dah naik kerja...dari 8 pagi hingga 12 pagi, tengok tiada ragam yang membimbangkan...waktu balik pukul 12 tu aku perkenalkan dengan tokei bas yang akan bawa dia balik rumah...setel
  5. 3.1.2018 hari ni, aku giliran mak dia pulak hantar di kesekolah, aku dah start kerja, nampak gaya tak perlu amik cuti extra, telefon wife tanya khabar Alisya, wife kata dia OK je, emak dia kata nak balik pergi kerja pun dia balas dengan senyuman manis... Alhamdulillah.
Semoga semangat belajar Alisya berterusan, sebab dia ada bagi tahu kat kita orang, Doa dia masa kat sana dulu, dia nak jadi Doktor...hmmm InsShaAllah...

Kena pindah...




* Ringkas aje ruang pejabat baru ni, suruh pindah tapi bajet kurang hahahahaha

Khamis

Dengar je...











Tengah khusyuk dengar Bajet 2017 Johor.

Selasa

Hari selasa hari selesa untuk tido di meja


Asal masuk hari selasa pasti tak de idea...
Cuba esok pulak lah macam ni...Hari rabuuuuuuuu


Rabu

tanpa kata...


...

Ahad

Salam Ramadhan

د ڤڠهوجوڠ شعبان يڠ موليا اين، دڠن رندە ديري ساي مموهون معاف اتس کلمهن، ککوراڠن، کسيلڤن دان ککيلفان انتارا کيت، د هارڤ الله ممڤرمودهکن عبادة ڤواسا کيت تاهون اين دان منداڤت ڤهالا سرتا رحمة سڤرتيمان يڠ دجنجيکن اوليه الله...أمينن... اينس ش الله.
سلامت مڽمبوت  رمضان   المبارک

Rasa bersalah?


Pernah rasa bersalah dalam hati? YA/TIDAK
Aku...YA dan selalu...sebab apa?
banyak perkara...tak tergamak aku nak catatkan satu-persatu dalam blog ni, terlampau banyak, kadang-kadang sehingga menyesakkan salur pernafasan aku, jantung tak sakit tapi tetap aku ragut kolar baju aku, tertunduk pilu, hati sayu, pernah ketikanya aku menagis tersedu-sedu tak tahu apa yang aku sedukan...(tarik nafas sekejab....)

شوّال (Syawal)  hampir sahaja berlalu pergi, oleh itu pada kesempatan ini, Aku mohon jutaan kemaafan kepada pembaca Blog ini seandainya ada pertanyaan/persoalan yang dikeutarakan tidak dapat aku jawap sama ada disengajakan atau kerana aku tidak tahu untuk menjawap persoalan tersebut...maaf sekali lagi...

Berbalik kepada tajuk diatas...
Alamak, aku dah lupa apa yang aku nak tulis...aduhhh...

Pengsan kejab...

Khamis

KD: Remember MH370 | MH17 | GAZA



Kertas dinding Ogos ( diambil dari TM :D )



Rabu

Jom join and win at brazil.com

Korang nak melancung secara percuma ke Machau atau rio atau london?
Kalau nak... jom join contest kat sini---- brazil.com-world-cup-2014

Aku dah join, kumpulan mata setakat ni cuma:


Sikit tu, sebab aku lambat join, tapi harapan masih mengunung selagi world cup ni lum abis dan peraduan ni masih barjalan lagi, so apa lagi jom join...suka-suka aje, manalah tau boleh menang...
aku cuma nak gajet aje, aku tak nak melancung hehehehe. Mana lah tahu boleh dapat hadiah salah satu yang ni.
Jadi le....




Selasa

MH370


............

Ahad

Nak Duit?

Sapa-sapa nak duit?,
jom join ni:
TheWeeklyPay.com

kalau kao orang tanya aku...
aku pernah dapat ke duit dari laman web tu...
Tentulah belum pernah...ni yang aku nak cuba ni...
tapi kao orang kena klik kat link tu dululah...

:)

Sunday Rock vs Monday Blues

Alahai...tak sangka pulak mulai masuk tahun baru ni aku kena kerja hari Ahad....
pasrah...

Selasa

Detik | 2014

Taman Molek, 31hb Disember 2013, Jam menunjukkan pukul 5:07 PM, diluar hujan masih turun renyai-renyai...Di radio, DJ berceloteh berkaitan pelbagai rancangan menjelang hadirnya tahun baru 2014 yang tinggal beberapa jam sahaja lagi.
2014, ahhhh cepatnya masa berlalu, ke aku yang lambat mengorak langkah meyusuri tahun 2013.
Aduiii...kenapa tiada lagi rasa ghairah untuk aku sambut Tahun Baru kali ni, tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Adakah kerana usia aku yang semangkin menigkat tua atau aku yang semangkin pelupa.
Ohhh esok akan bermulanya sesi sekolah 2014, 1hb Januari 2014 dan akan bermula sesi sekolah pada hari Ahad sepertimana sewaktu aku muda remaja dahulu...nostalgia hmmm

::Ahhh biarkan kenangan itu berlalu...

Jumaat

Ohhh macam tak percaya

Di pejabat, rasa mengantuk dan bosan sebab tak de tugasan yang perlu disiapkan,
terubat pada petangnya, bila balik disambut dengan senyuman manis Alisha


Ahhhhh...hehehehe manisnya senyuman puteriku ini...hilang rasa penat...
kemudian ditambah dengan hadiah yang amat berharga dari anak sulung...
Maaf, ayah rasa seperti tidak percaya walaupun slip yang dihulur jelas dan nyata tertera...
Aduiii masih lagi Ayah mu ini menyemak dihalaman web rasmi KPM...


Tahniah Amirin, anda telah berjaya melepasi Level 2 dengan cemerlang, teruskan usaha pada Level 3 pada tahun 2015 nanti, dan level-level seterusnya, teruskan momentum, jangan lalai walau sepincing pun...

Ayah bangga dengan anda :)

Selasa

Jom baca "Manga"

Bagi merehatkan minda, biasanya aku akan membaca Manga On line...ini pun atas sebab aku dah tak dibenarkan lagi beli "Manga" (errr bukan Majalah Mangga ye)...atau lebih mudah macam cerita Dr. Slump atau Dragon Ball tu, maknanya komik keluaran jepun le ni.

Ni antara tempat terdapatnya komik jepun secara online yang sedang aku ikuti perkembangan ceritanya:
http://www.mangahere.com/directory/ 

Dan antara cerita yang amat menarik untuk dibaca:

  1. Silver Spoon
  2. 21st Century Boys
  3. Zetman
  4. Uchuu Kyoudai
  5. Eyeshield 21
....waktu untuk lelap sebentar....

Isnin

Khidmat Masyarakat Membawa Berkat

Dalam bulan Jun lepas aku ada buat program Gotong Royong Taman tempat aku tinggal ni, sambutannya tak berapa memuaskan bagi aku  tapi rata-rata penduduk kata dia orang berpuas hati, so aku terima dengan rasa kurang pasti sehinggalah sewaktu meeting penduduk tempoh hari, pengerusi memperakui akan apa yang penduduk kata kan...so aku rehda :)

La ni member minta aku buat kertas kerja Program Memancing pulak, so aku buat le apa yang termampu, dalam masa tak sampai seminggu ni...mintak-mintak kali ni berjaya jugak...walaupun aku dah hampir 17 tahun tak memancing...



kalau main game pancing boleh le aku.....

Selasa

Hilang Akal

Hilang Akal 1:
Aku jarang baca surat kabo, kalau baca pun ruangan kartun dalam the Star, 
itu pun sebab opis beli surat kabo tu. 
Pagi tadi masa dalam bas, aku ternampak surat kabo Harian Metro, 
bergelimpangan kat atas rak bas,tarikh 30 Sept, semalam le tu, 
kira dah basi le cerita dalam surat kabo tu kan
 tapi ternampak pulak tajuk "HEMPAS ANAK" ni, terperanjat sakan aku dibuatnya, 
lebih-lebih lagi hempas anak hanya sebab henti muat turun game dalam tablet dan off game online...
hilang akal ke bapak budak ni hingga sanggup memukul anak sendiri yang baru berumur 6 tahun, 
menyirap darah macam air sirap aku dibuatnya...
Aku pun game maniac tapi aku tak akan sanggup pukul anak isteri kerana game...

أستغفر الله





Hilang Akal 2:

Konon-konon nak buat gambo 3D, macam yang biasa dilihat kat internet,
tapi rasanya tak menjadi pulak...saja aje menconteng ketika sedang pening
Kira hilang akal ke hapa ni...hmmm banyak lagi yang perlu di perbaiki ni.


Jumaat

S | A | B | A | R


Letih rasanya ni, pagi tadi elok aje tugasan dibuat, semua berjalan dengan lancar, upload gambo dalam internet pun smooth aje...la ni bila balik dari semayang jumaat boleh pulak tak boleh upload, saiz beso sangat kata dia, padahal aku buat dah ikut standard apa?...arghhhhh
Pagi tadi boleh, masuk petang dah tak boleh pulok?, cam ne ni
.
.
.
.
Balik lah...
.
.
.
.
4 artwork aje dapat buat ari ni...hmmmmm
Abaikan je....