Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Jumaat

Katun tah apa-apa

Tadi masa aku cari file lama kat drawer, terjumpa pulak hasil katun yang pernah aku buat tapi yang photostat punya, tak silap aku katun tu aku buat tahun 90an...ya la dulu aku ada juga cita-cita nak jadi kartonis hehehe...

Layanzzzz






Sori la sebab tak berseni langsung  :o.lol: :o.lol:  

Rabu

Jom Senyum


Pagi-pagi ni, aku dapat aura positif...bila member bagi tahu dia dah dapat lirik lagu senyum ni...besttt!!! so jom layanzzzz senyummm


 Senyum senyum senyum
Senyum senyum


Verse 


Kacak luar

Kacak dalam

Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit



Chorus 


Senyum

Tak perlu kata apa-apa

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa



Akhirnya sempurna tiga album pertama 

Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka

Kalau habis abjad aku rap dengan angka

Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina



Oh Inca Medina orang secantik nama 

Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa

Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana

Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini



Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini 

Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit

Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



Ulang Verse 

Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan 

Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan

Tapi aku punya satu senyuman yang menawan



Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan 

Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan

Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan

Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian



Tu boleh pun senyum cantiknya gigi 

Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji

Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini



Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini 

Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Isnin

Mari menderma darah :)


Peristiwa berlaku pada cuti CNY tempoh hari, perlakuan yang tidak dirancang... sudah hampir 5 tahun aku tak menderma darah...kad jemputan selalu jugak aku terima, tapi oleh kerana lokasi dan masa tidak sesuai tu yang menyebabkan aku tak turut serta menderma tu :)

Lokasi: Depan Body Shop, Angsana. Waktu: Lebih kurang pukul 4 petang.


Ketika pengambilan darah 



Selepas

Sedikit sedutan perbualan aku dengan Doktor yang bertugas, ketika beliau sedang menganalisa jenis darah aku.

  • Aku : Nampaknya ramai juga orang berdarah jenis B dan O ni ya (sambil memerhatikan senarai penderma darah dan jenis darah mereka)
  • Doktor: Aaa...Darah jenis ni yang kita perlukan sekarang ni, terutama Darah jenis O
  • Aku: Ooo kenapa Darah O?
  • Doktor: Darah O, boleh digunakan oleh semua orang :), dibandingkan dengan Jenis AB, B dan A..lagi pun sekarang ni pihak Hospital tengah kekurangan jenis Darah O ni, macam darah Encik.
  • Aku: (Opp..Baru aku teringat yang aku berdarah O positif) Hmmm 
  • Doktor: Ok, Encik boleh ke bahgian sana untuk mulakan pengambilan darah (sambil tunjukkan ke katil yang telah sedia ada)
15 minit berlalu, 1 pain darah aku telah berpindah milik...semoga darah tu dapat membantu orang yang memerlukannya InsyaAllah.


:: Kepada rakan-rakan yang mampu menderma darah, silakanlah...tak sakit pun, malah bila dah 2 bulan kita boleh menderma semula :)

Selasa

Watermark Dan Pattern





ASSALAMMUALAIKUM

Tutorial kali ni saya ingin tunjukkan bagaimana cara membuat pattern bagi memudahkan kita meletakkan watermark di dalam setiap hasil kerja kita yang hendak dipaparkan di laman web.

Proses Pembikinan Pattern

  1. Buka Photoshop, buat satu layout baru (Ctrl+N), setkan Width: 300 pixels, Height: 300 pixels, Resolution: 300 pixels/inch, Color Mode: RGB Color 8 bit, Background Contents: Transparent.
  2. Hasilnya
  3. Tulis atau Masukkan text, gambar, logo atau apa-apa aje yang akan dijadikan watermark.
  4. Pergi ke Menu > Edit > Define Pattern...
  5. Masukkan nama yang anda inginkan, Contoh Pattern1 atau apa-apa aje lah.
Siap sudah watermark dan sedia untuk dipergunakan dengan sewenang-wenangnya.


Peroses seterusnya, memasukkan watermark kedalam gambar.


  1. Buka gambar yang hendak anda masukkan watermark
  2. Duplicate gambar tersebut  Menu > Layer > Duplicate Layer : Hasil>> Background Copy
  3. Pergi ke Blending Option (fx) Pattern Overlay
  4. Pattern Ovelay > pattern > pattern (tukar ke pattern yang anda telah siapkan sebelum ini dan biasanya terdapat dibawah sekali. Adjust Opacitynya mengikut kesesuaian
  5. Anda boleh juga ubah Blend Mode dan Opacity di Layer, Siap dan boleh di Flattenkannya
::Selamat mencuba :)