Kenapa lah ada Bapa yang sanggup tidak membenarkan anaknya bertudung?...
"Awek ni tidak ada kena-mengena dengan cerita dibawah ni"
"Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku..huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...." Pangggggggggggggggggggg....! Bapa aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis tersedu-sedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung tak dapat pakai jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk! "
Nota Keyboard: cerita ni bukan aku reka, aku dapat dari email..kata penghantar email " x kan nak kena sorang2 plakkkkkkkkk"
" Gambar diatas tu sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan cerita, kepada yang empunya diri dapatlah kiranya membenarkan saya menggunakan gambar anda..sekiranya tidak boleh sila tinggalkan komen dibawah dan saya sedia men"delete"kannya"
8 teguran membina:
ahaks... cite lawak
tapi aku ade citer benar, kisah suami tak nak bagi isteri pakai tudung....
erm takde la pelik sangat kot?
Hehehe..
Memang pun ada suami yang tak bagi isteri dia pakai tudung..malah suruh pakai baju seksi lagi...
::Kesian si suami..larat ke dia menanggung seksa di akhirat kelak?.
iskk...bangga tu geng2 dok puji minik cun n cekci... suke bro!
hahaha..so funny... :) errkk..aku suka...
sebab aku pun dha pkai tudung..and kalo nak tau..mak aku lah paling bersemngat biler aku ckp..aku nak pkai tudung...
yer...dier borong tudung kat kedai aku rasa...hehehe
haha..awal2 baca bile terbaca pelempang melekat kat pipi si pencerita ni!! hati aku dah panas dah...kisah benar ke ni??
alih2...lelaki!! cehh!! skali aku pun terkena daa..haha
Cik Kala:..sampai kembang hidung lagi...
Agent: Bagus-bagus-bagus teruskan..aku suka
Joy:Hahahahahahaha sama le kita
hahaha..klakor wei citer ni..punya la bengang msa mula2 baca citer ni..alih2 org laki daa...
:)
Catat Ulasan