Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Jumaat

Kalaulah boleh Alt+F10...


Berserabut!!!..otak macam nak jam dah ni, semua artwork yang aku buat hari ni serba tak menjadi, semua tak betul, buruk beno, tema tak kena dengan produk yang client buat..arghhhhhhhh!!

Hati: "ala kao pun buka pro sangat bro!" - (hati aku memujuk.) 
Aku: "Itu aku tau, memang pun...tapi apasal hari ni hilang segala idea"
Hati: "Kao tak baca Bismillah..ke masa buka komputer tadi?"
Aku: "hmmmmm mungkin jugak"

Aduhhhh..kalau lah boleh eRecovery macam Vista kan best..bila otak blank aje, atau gelong semacam, atau diserang virus atau crash kat mana-mana dan rasa dah tak boleh diselamatkan lagi maka tekan aje Alt+F10.. reboot memory macam asal, macam masa baru keluar factory.
barulah dapat idea yang fresh...Tapi masalah jugak..nak kena updated pulak memory yang pernah diload sebelum nikan, Ya lah bila dah buat eRecovery maka akan hilanglah segala updated yang kita buat selepas tu dan dia jadi macam asal..betul tak?..tapikan..tapi.. (banyak pulak "tapi" dia). tapi ("tapi" lagi) sebenonya aku bukan nak cerita pasal aku tak ada idea hari ni tapi, asalnya aku nak cerita berkenaan laptop aku yang aku buat eRecovery ari tu.
Ok..apa ceritanya.....hmmmmm kita sambung lepas sembahyang Jumaat nanti..hahahahahahaha..

Nota Keyboard: rasanya tak bersambung kot....

4 teguran membina:

NURUL berkata...

kalau otak manusia bole di reboot, saya pun nak reboot bile stuck, hang, corrupt bile putus chenta... bole delete terus segala memori yang tak best tuh.

Arzul berkata...

best nya mcm tu....maka hidup tu mcm adobe photoshop la..lukis pastu padam, xpuas hati, buat page baru..haha

Arzul berkata...

awat x buang header bawah tu...aku tukar lagu, hang pun minat lagu ni ker..haha

Mohzam berkata...

Nurul: hehehehe betul tu...boleh bina hidup baru..
Joy: apa saja lagu yang kao masukkan kat header blog kao tu..akan berkumandang kat blog ini..hahahahahahahahaha...aku tak nak buang kecuali kao suruh buang..tapi lagu Band She & Him tu mimang best...runut muzik apa yg kao letak kat blog kao tu..semacam aje bunyi dia

Catat Ulasan