Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Isnin

Kuih Buah Rotan


Buah Rotan


Kuih Buah Rotan

Dia  : Pernah tengok dan makan buah rotan? 
Aku : Pernah tengok tapi aku tak pernah makan
Dia  : Boleh makan ke Buah Rotan, rupa dia macam mana?
Aku : Buah Rotan boleh makan, rasanya agak masam tapi kalau nak sedap rendam dulu dalam air gula, rupa dia macam buah salak atau buah asam paya cuma saiz dia lebih kecil.
Dia  : Ya ke?
Aku : Betul la...aku kan orang kampung, aku tau la :)
Dia  : Kuih buah rotan pulak macam mana?
Aku : Kalau kao nak tau kao kena beli lah dengan aku...nak? rasanya sedap, manis dan ranggup..
Dia  : Kao buat ke?
Aku : Aaa..napa tak caya?
Dia  : Tak de la, muskil aje...berapa kao jual
Aku : ikut saiz bungkusan...yang kecil RM1 berat >50gm, yang beso RM3.50 berat >160gm...nak tak?
Dia  : Nak, kao bawak esok boleh?
Aku : Ok...

::Hehehe :)

4 teguran membina:

Zhi berkata...

salam ...
so , itu buah rotan.. ? saye x penah tau walaupun saye org kampung jugak ..hehe .. =)

ive learned something new ..thank u ..

Mohzam berkata...

Sama-sama :)

aku yang tak femes berkata...

buah rotan ni mase kecik2 mohzam wat main lastik2 ehh...ehehe

kuih buah rotan sedap tapi kalau tak pandai wat mau keras berdengkang...sakit gigi kalau makan...

Mohzam berkata...

Ain: buah rotan antara peluru yang paling berkesan meninggalkan rasa sakit mangsa selain dari terung pipit :) (batu/ball bering di larang keras penggunaannya ketika main combat-combat...bahaya).
Betul tu Ain, kuih buah rotan ni kalau silap sukatan bahannya boleh menjadi keras seperti batu dan boleh digunakan sebagai peluru tapi kalau menjadi dan rangup, boleh mengenyangkan perut dan menjadi teman ketika menonton tv :)

Catat Ulasan