Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Khamis

Nostalgia beb!..


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Terkenang masa zaman sekolah dulu..ni bukan nak promote muka yek tapi ni gambo masa sekolah tahun 70an dulu ni..hahahahahaha

Selasa

Ingat mengingati

Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Bahawa sesungguhnya jampi-jampi (yang bukan menggunakan nama Allah atau doa-doa yang mulia yang diterima oleh Nabi) dan memakai azimat (tangkal) adalah syirik"

"Ketinggian iman itu ialah:
Sabar kerana hukum Allah dan rela dengan takdir Allah" (Abu Darda')

:: Sabar dalam melepaskan sesuatu yang disukai lebih berat daripada sabar menahan sesuatu yang dibenci.
:: Orang yang membenci orang lain turut dibenci orang lain
:: Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat dengan TAQWA

"Orang yang berilmu itu selalu menang kerana membiasakan diri apabila dicaci disambut dengan senyuman" (Zahid)

Isnin

Tatap wajah tersayang waktu tidur



Melihat orang yang  kita sayang pada saat dia tidur.....

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda  menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau  belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang  tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. 

Perhatikanlah ayah anda saat  beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah  itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai  menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. 
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan 
kita,  anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita  kenyang dan pendidikan kita lancar.


Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda....
Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar  demi kita. Orang inilah yang tiap hari 
menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-  mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah  ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita  cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak,  Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah  energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang  terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika  mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang  itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.


Secara ajaib  Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah  jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi  wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.


Tanpa kata,  tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan  penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang  bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita. 

Resapilah  kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap  wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu  seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

 dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali


:: Email dari member 27-04-2009

Jumaat

Hargailah isteri anda...

Kepada para suami dan "yang ingin menjadi suami orang"
Pada pagi tadi aku ada terima Email dari rakan sekerja yang aku rasa amat menarik untuk aku kongsikannya disini....

Kepada penulis asal harap-harap benarkanlah saya memasukkanya di sini ya.

Isi kandungannya lebih kurang macam ni lah:

Mulianya seorang isteri disisi Allah... 
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri 
ini pada keluarga, suami dan anak-anak 
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri 
mereka 
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. 
Biarlah buruk mana isteri anda, 
sayangilah mereka...... 

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja 
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. 
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.... 
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang 
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari 
  
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... 
  
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak.... 

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah 
  
Tapi bila dah habis cuti tu.. 
. layanlah suami..."offer" lah pada suami 
  
Nabi bersabda: 
berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee, 
  
Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!! 
  
Kata nak pahala lebih... 
  

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..... 
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..... 

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung 
Allah sentiasa mengampunkan dosanya, 
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, 
jadi kenapa perlu takut nak beranak? 


Marilah kita pegang kepada tali Allah. 
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. 
Untuk orang 
bukan Islam,  dia tak dapat masuk Syurga tapi 
Allah beri kelonggaran seksa kubur. 
  
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami 
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala 
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan 
  
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia 

terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. 
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid 
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. 


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian 
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, 
jadi dia pun memberi pahalanya kepada 
suami untuk lepas masuk syurga. 
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan 
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. 

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung 
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan 
di luar rumah, 
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik 
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. 

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat 
Allah agar tidak derhaka denganNya. 


Ses 
ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. 
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak 
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir 
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan 
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. 


Woman was made from the rib of man, 
She was not created from his head to top him, 
Nor from his feet to be stepped upon, 
She was made from his side to be close to him, 
From beneath his arm to be protected by him, 
Near his heart to be loved by him. 

 
"Wahai Tuhan... 
ku tak layak ke syurgamu ... 
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... 
kamilah hamba yang mengharap belas darimu .... 

"Ya Allah... 
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. 
ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami, 
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah 
meninggal dunia"........ 



Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. 
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini 
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. 
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" 


Marilah kita ucapkan kalimah ini: 

"Laa ilaaha illallah!" x 10 


Outer Glow (gunakan photoshop)


  1. Mula-mula buat satu New Layout (Mengikut size yang kao nak) dengan background putih (asas)
  2. type perkataan yang berkenaan (guna font yang kao minat)
  3. Kemudian ke Layer - Restrize - Type (Background layer font akan menjadi transperacy)
  4. Copy type yang telah di Restrize (Highlight kan yang copy ni dan unaktifkan Type yang pertama)
  5. Pergi ke Select - Load selection - Ok
  6. Pilih Gradient Tools, pergi ke menu gradient (Biasanya kat bahagian atas) tukar pada warna gradient pilihan (Kalau nak buat yang lain pun boleh)
  7. Pergi ke perkatan yang telah di select tadi dan gerakan tanda "+" keatas atau kebawah mengikut kesesuaian
  8. Kemudian ke Layer - Layer Style -Blending Option (Pilihlah nak embos ke, outer bevel ke atau ikut suka hatilah..hehehehe) kalau dah siap buat Gradient dan Blending..tinggalkan sementara
  9. Pergi layer type yang yang pertama (aktifkan)
  10. Biasanya terletak dibawah Copy> Select - Load Selection -Ok
  11. Pergi ke Select (sekali lagi) -modify - Expand (pilih lebih kurang 4 atau 10 pixels) - Ok
  12. Pergi Ke Edit - Fill (Masukan warna putih, juga boleh di gradientkan dia)
  13. Pergi ke Layer - Layer Style - Oute Glow (Di Structure - Blend Mode tukar ke Normal, Opacity: 75% Noise: 0%; Element - Technique:Softer, Spread:0% Size: 35% atau lebih) - Ok
  14. Lihat hasilnya.

Rabu

Text di sekelilingi bulatan



Free image hosting at imagecave.com
Sila Klick Thumbnail ini untuk melihatnya lebih jelas.
Ada pelbagai cara untuk membuat text seperti 
logo di atas; cara yang aku rasa agak mudah 
adalah seperti yang telah aku buat
dalam gambarajah di atas. cubalah

Jigsaw & Pipe

Free image hosting at imagecave.com
Cara mudah membuat jigsaw puzzle dan pipe menggunakan illustrator..
untuk mendapat gambaran lebih jelas sila klik thumbnail tersebut
::selamat mencuba
Perhatian semua tutorial didalam blog ini khas untuk beginner sahaja, 
yang dah advance tu tolong jangan gelakkan saya ya.

Amalkan selalu

Jangan minum terus menerus seperti binatang-binatang minum.
Minumlah dua teguk, dan tiga teguk.
Dan bacalah Bismillah..apabila kamu minum dan bacalah Alhamdullilah apabila selesai meminumnya. (Maksud Hadis)

Lebihkan sabar dari marah (Hukamak)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sebelum minta izin dan memberi salam kepada orang-orang yang di dalamnya"
(Maksud Al-Quran Nur: Ayat 27)
Tambahan catatan: Kalau masuk rumah atau office tu pun perlu ucap salam dan bacalah Bismillah..InsyaAllah kita akan sentiasa selamat...

Shiatsu Self Massage

Bila tengah duduk relek tu...boleh le cuba urutan Shiatsu ni..kalau tak nampak apa yang dia tulis..bolehlah hubungi saya melalui Email: jomconteng@gmail.com ..nanti saya akan forwardkan kandungan yang lebih jelas dalam bentuk format .pdf file

Isnin

Peringatan kepada yang ingin beringat

Apabila anak Adam membaca (surah) Sajadah lalu sujud, syaitan menangis sambil berkata,
" Alangkah celakanya anak Adam memperolehi syurga dan aku memperolehi neraka".
(R. Ahmad, Muslim & Ibnu Majah)

:: Catatan tambahan; disesetengah Masjid ada membuat gabungan solat subuh berserta sujud Sajadah ni... terutama pada waktu solat subuh pagi Jumaat.

Apabila kamu merasa mengantuk ketika ingin solat, maka hendaklah ia tidur dahulu sehingga hilang mengantuknya, jika dikerjakannya juga, boleh jadi bukan keampunan yang dipinta, tetapi sebaliknya.
(R. Malik, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi & Ibnu Majah)

Apabila kamu bangun dari tidur lalu berwuduk, maka hendaklah ia memasukkan air ke hidung tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan semalaman berada di lubang hidungnya.
(R. Bukhairi, Muslim & Nasaai)

Sifoo [dot] com << menarik untuk dilawati

Sumber Grafik & Multimedia Malaysia
Ni halaman web yang banyak membantu aku dalam bidang grafik dan tak silap aku laman web ni wujud sejak tahun 2000 lagi, cuma masa tu aku lum ada line Internet...maklum sahajalah komputer pun masih guna Mac LC kalau pergi CC (Cyber cafe) tak silap aku 1jam 8 hinggit (mahal ooo).  So aku cuma dapat join pada 26hb Julai 2006, itu pun masa aku outstation ke KL, daftar pun kat CC Ampang...tak silap aku la. Aku mula aktif join dioarang punya post awal 2007 agaknya...sehingga sekarang le.

:: so tak rugi lah join diaorang ni..sebab banyak info boleh kita dapat...tak percaya? klick dan join le diaorang...tak rugi apa pun..bukan kena bayar fee, dapat benda free ada le.

Jumaat

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

:: Ni anak aku yang sulung..dia suka kenderaan beroda tapi tak suka motor lah pulak..

Layout blogger

Akhirnya, aku berpuashati dengan layout baru yang aku amik dari http://free-blogger-template-layout.blogspot.com <Banyak ciri-cirinya yang aku berkenan. File dia pun mudah dan tiada masalah bila upload kat blogger ni. Aku ingat untuk wife aku pun aku nak gunakan layout yang sama...so sapa-sapa yang nak change layout tu, boleh lah masuk web tu dan download (iklan percuma ni).

::selamat maju jaya.

Khamis

Dipetik dari Syair Ibrahim Badawi

" Katakanlah kepada sang doktor yang terserang penyakit
Wahai pengubat penyakit siapa yang membuatmu sakit
Katakanlah kepada orang yang sihat yang mati tanpa sebab
Siapa yang mengejutkanmu dengan kematian hai orang sihat
Katakanlah kepada orang yang melihat
Yang berhati-hati dengan suatu lubang
Maka dia terjatuh ke dalamnya
Siapakah yang menjuruskanmu
Bertanyalah kepada orang buta
Yang melangkah dalam keramaian
Tanpa ada perbenturan (perlanggaran?), siapakah yang membimbingmu
Bertanyalah kepada janin
Yang Hidup di dunianya yang terpencil
Tanpa ada pengasuh, siapakah yang mengasuhmu
Tanyakanlah kepada bayi yang menangis dan teresak-esak
Ketika dilahirkan, siapakah yang membuatmu menangis
Tiba-tiba kau lihat ular yang menghembuskan bisanya
Tanyakanlah kepadanya, kenapa orang-orang menjauhi dirimu
Dan tanyakan kepadanya, Bagaimanakah kamu dapat hidup wahai ular
Sedangkan bisa ini memenuhi mulutmu
Bertanyalah kepada perut lebah
Bagaimana ia menitiskan madu dan tanyalah kepada madu
Siapakah yang membuatmu manis
Bahkan bertanyalah kepada susu yang jernih
Yang dulunya ia terletak antara darah dan kotoran
Siapakah yang menjernihkanmu"

Selasa

Peringatan untuk aku (Sambungan)

"Orang yang beriman berada dalam masjid ibarat ikan di dalam air,
sedangkan orang yang munafik berada di dalam masjid ibarat burung dalam sangkar"
(Maksud Hadis)

Apabila bangun pagi maka ucapkanlah:
"Ya Allah, dengan kurniaMu kami menikmati suasana pagi dan petang,
dengan kurniaMu kami hidup dan mati dan kepadaMu tempat (kami) kembali"
(R. Ibnu Majah & Ibnu Suni)

"Apabila kamu mahu tidur, maka berwuduklah seperti wuduk untuk bersolat"
(Riwayat Muslim)

Impian Seorang Nelayan

Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"
Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan

:: M. Nasir

Isnin

Peringatan untuk aku

"Apabila orang laki-laki bangun di malam hari dan membangunkan keluarganya
untuk melakukan solat dua rakaat, keduanya akan dicatat sebagai orang yang
banyak berzikir kepada Allah." (R.Abu Dawud, Nassai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban & Haakim)

Membaca Al-Quran tanpa wuduk akan mendapat 10 pahala setiap huruf,
Membacanya dengan wuduk akan mendapat 50 pahala setiap huruf,
Membacanya di dalam sembahyang mendapat 100 pahala setiap huruf.

"Kebahagian yang sejati tidak pernah kelihatan oleh mata kerana kebahgian sejati
itu terletak pada jiwa" (Hukamak)

"Di samping kesulitan ada kelapangan" (Hukamak)

Panduan Hidup

"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong
dan menbangga-banggakan diri" (Surah An-Nisaa': Ayat 36)

"Dan Allah lebih mengetahui (daripada kamu) tentang musuh-musuhmu.
Dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (bagimu). Dan cukuplah Allah
menjadi Penolong (bagimu)" (Surah An Nisaa': Ayat 45)

"Barangsiapa yang wuduk dan menyempurnakan wuduknya
maka dosa-dosa akan keluar sehingga keluar dari bawah
kuku-kukunya" (Maksud al-Hadis Riwayat Muslim)

Khamis

Bonda


Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
bonda

:M.Nasir

Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi


Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan
oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi
oh di bulan Februari
Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu

Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba
Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi
Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari


::Allycats
(Maaf ye kalau lirik tak lengkap dan ianya tiada kena-mengena dengan hidup aku)

Trace Logo

Soalan: Macam mana nak trace logo dengan cepat menggunakan illustrator?.
Jawapan:
Bergantung pada jenis logo yang kita nak trace tersebut, sama ada rumit (mernagkumi banyak bentuk dan warna) atau simple (kurang bentuk dan 2-3 warna asas) atau logo bentuk tulisan.
Perkara yang perlu kita ketahui sebelum trace logo antaranya:
  1. Kita perlu tahu kegunaan setiap tool yang terdapat dalam Illustrator ni, antaranya Pathfinder (Shape Mode & Pathfinders),Drawing Tools (Pen Tools, Line Segment, Rectangel & Pencil), Type Tools, Slicing & Cutting dan Reshaping Tools.
  2. Perhatikan dan cuba fahami kandungan bentuk logo sama ada Bulat, Tiga segi, Bujur, 4 segi dan sebagainya.
  3. Kalau logo dalam bentuk "typeface" - kenal pasti font yang digunakan, sekiranya font tersebut tidak terdapat dalam simpanan kita, cuba dapatkan font yang hampir sama (create outline) dan baru kita cuba ubah suai mengikut kesesuai logo tersebut.
  4. Banyakkan latihan: buat sekurang-kurangnya 5 logo sehari.

::Selamat mencuba.

Selasa

Aduhai!!

Gini le jadinya kalau orang yang tak tahu nak berblog, Orang lain berblog dia pun nak jugak, dah hampir sebulan aku buat benda ni...tapi tak jadi-jadi..dah macam-macam aku cuba tukar dia punya layout..semua aku tak berkenan. Last aku guna layout ni aje...so far aku nampak ok ajek cuma agak lambat dia upload.

Harap-harap ianya berguna dan memberi manafaat kepada orang lain

Khamis

MagMyPic

Hahaha ni merupakan angan-angan aku le untuk dua anak bujang aku ni,
harap-harap angan-angan tu jadi kenyataan, tak macam bapak dia yang tah kemana tah hanyut dalam dunia grafik...."kalau kelapa hanyut menjadi pulau, dia hanyut... "


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com