Jawapan:
Bergantung pada jenis logo yang kita nak trace tersebut, sama ada rumit (mernagkumi banyak bentuk dan warna) atau simple (kurang bentuk dan 2-3 warna asas) atau logo bentuk tulisan.
Perkara yang perlu kita ketahui sebelum trace logo antaranya:
- Kita perlu tahu kegunaan setiap tool yang terdapat dalam Illustrator ni, antaranya Pathfinder (Shape Mode & Pathfinders),Drawing Tools (Pen Tools, Line Segment, Rectangel & Pencil), Type Tools, Slicing & Cutting dan Reshaping Tools.
- Perhatikan dan cuba fahami kandungan bentuk logo sama ada Bulat, Tiga segi, Bujur, 4 segi dan sebagainya.
- Kalau logo dalam bentuk "typeface" - kenal pasti font yang digunakan, sekiranya font tersebut tidak terdapat dalam simpanan kita, cuba dapatkan font yang hampir sama (create outline) dan baru kita cuba ubah suai mengikut kesesuai logo tersebut.
- Banyakkan latihan: buat sekurang-kurangnya 5 logo sehari.
::Selamat mencuba.
0 teguran membina:
Catat Ulasan