Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Isnin

Peringatan kepada yang ingin beringat

Apabila anak Adam membaca (surah) Sajadah lalu sujud, syaitan menangis sambil berkata,
" Alangkah celakanya anak Adam memperolehi syurga dan aku memperolehi neraka".
(R. Ahmad, Muslim & Ibnu Majah)

:: Catatan tambahan; disesetengah Masjid ada membuat gabungan solat subuh berserta sujud Sajadah ni... terutama pada waktu solat subuh pagi Jumaat.

Apabila kamu merasa mengantuk ketika ingin solat, maka hendaklah ia tidur dahulu sehingga hilang mengantuknya, jika dikerjakannya juga, boleh jadi bukan keampunan yang dipinta, tetapi sebaliknya.
(R. Malik, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi & Ibnu Majah)

Apabila kamu bangun dari tidur lalu berwuduk, maka hendaklah ia memasukkan air ke hidung tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan semalaman berada di lubang hidungnya.
(R. Bukhairi, Muslim & Nasaai)

0 teguran membina:

Catat Ulasan