Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Rabu

Doa untuk kesejahteraan


DOA UNTUK KESELAMATAN DAN KESENTOSAAN DARIPADA SEGALA PENYAKIT
Doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali pada setiap pagi dan petang


(Klik pada doa tersebut untuk bacaan yang lebih jelas)

Maksudnya:

Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib, dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai Tuhan kami! jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta’un dan bala bencana, dengan ihsan-Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. sesungguhnya-Mu ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian bagi-Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.




Nota keyboard:
Doa ini telah dipanjangkan oleh
Dato' Hj. Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus.

0 teguran membina:

Catat Ulasan