Aku mengalami masalah kuasa pecutan dalam penggunaan Photoshop CS2, sehinggakan hampir-hampir monitor pecah berderai. Masalah tersebut aku alami hampir 7 bulan selepas aku upgrade RAM dari 1 GB ke 2 GB. Dah pelbagai forum aku masuk untuk mencari penyelesaiannya tersebut namun tiada solution aku temui. Akhirnya pada hari ini 25hb Ogos, setelah menunaikan solat zohor, terdetik dalam hati untuk bertanyakan semula dengan Pakcik Google, permasalahan yang aku hadapi tu dan hasilnya membawakan aku ke halaman web www.vitaleffect.com atas tajuk Photoshop Tips: CS2-slow performance problem tulisan: Robert Renman.
Apa yang beliau hadapai sama dengan aku..dan penyelesaiannya (aku cuba terjemahkannya mengikut permahaman aku yek)
- Tutup Photoshop seandainya sudah sedia dibuka
- Cari "~Bigger Tiles" plug-in file, biasanya file ni terletak di :\Adobe\Adobe Photoshop CS2\Plug-Ins\Adobe Photoshop Only\Extensions\Bigger Tiles
- Buang (~) dari nama file tersebut (Rename file semula)
- Buka semula photoshop dan hasilnya photoshop kembali seperti dahulu, laju beb.
Kalau yang atas ni kurang berjaya maka boleh guna cara bawah ni:
Ada satu lagi solution untuk masalah ni: caranya buang Photoshop preferences file. Nak tahu kat mana benda ni?..mula-mula kao orang kena enable hidden folders (sebab biasanya dia hidden) dulu kemudian pergi ke Local Disk C "Documents and Settings/user/application data/adobe/photoshop/9.0(Kalau guna CS2)/Adobe Photoshop CS2 Settings/Adobe Photoshop CS2 Prefs". Masukkan kedalam Recycle Bin "Adobe Photoshop CS2 Prefs" tersebut dan buka semula Photoshop dan lihat bagaimana ianya berfungsi semula.
**Untuk Perhatian: Preferences files akan replace yang baru semula setiapkali anda buangkannya. Oleh itu jangan khuatir untuk buangkannya kedalam tong sampah...
0 teguran membina:
Catat Ulasan