Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Apa cer...
Khamis
Nostalgia beb!..
Selasa
Ingat mengingati
Isnin
Tatap wajah tersayang waktu tidur
Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....
Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....
Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan
kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda....
Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA.....
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "
dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali
:: Email dari member 27-04-2009
Jumaat
Hargailah isteri anda...
Kepada penulis asal harap-harap benarkanlah saya memasukkanya di sini ya.
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih...
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.....
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"........
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
Outer Glow (gunakan photoshop)
- Mula-mula buat satu New Layout (Mengikut size yang kao nak) dengan background putih (asas)
- type perkataan yang berkenaan (guna font yang kao minat)
- Kemudian ke Layer - Restrize - Type (Background layer font akan menjadi transperacy)
- Copy type yang telah di Restrize (Highlight kan yang copy ni dan unaktifkan Type yang pertama)
- Pergi ke Select - Load selection - Ok
- Pilih Gradient Tools, pergi ke menu gradient (Biasanya kat bahagian atas) tukar pada warna gradient pilihan (Kalau nak buat yang lain pun boleh)
- Pergi ke perkatan yang telah di select tadi dan gerakan tanda "+" keatas atau kebawah mengikut kesesuaian
- Kemudian ke Layer - Layer Style -Blending Option (Pilihlah nak embos ke, outer bevel ke atau ikut suka hatilah..hehehehe) kalau dah siap buat Gradient dan Blending..tinggalkan sementara
- Pergi layer type yang yang pertama (aktifkan)
- Biasanya terletak dibawah Copy> Select - Load Selection -Ok
- Pergi ke Select (sekali lagi) -modify - Expand (pilih lebih kurang 4 atau 10 pixels) - Ok
- Pergi Ke Edit - Fill (Masukan warna putih, juga boleh di gradientkan dia)
- Pergi ke Layer - Layer Style - Oute Glow (Di Structure - Blend Mode tukar ke Normal, Opacity: 75% Noise: 0%; Element - Technique:Softer, Spread:0% Size: 35% atau lebih) - Ok
- Lihat hasilnya.
Rabu
Text di sekelilingi bulatan
Jigsaw & Pipe
Amalkan selalu
Shiatsu Self Massage
Isnin
Peringatan kepada yang ingin beringat
Sifoo [dot] com << menarik untuk dilawati
Ni halaman web yang banyak membantu aku dalam bidang grafik dan tak silap aku laman web ni wujud sejak tahun 2000 lagi, cuma masa tu aku lum ada line Internet...maklum sahajalah komputer pun masih guna Mac LC kalau pergi CC (Cyber cafe) tak silap aku 1jam 8 hinggit (mahal ooo). So aku cuma dapat join pada 26hb Julai 2006, itu pun masa aku outstation ke KL, daftar pun kat CC Ampang...tak silap aku la. Aku mula aktif join dioarang punya post awal 2007 agaknya...sehingga sekarang le.
Jumaat
MagMyPic
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Layout blogger
Khamis
Dipetik dari Syair Ibrahim Badawi
Wahai pengubat penyakit siapa yang membuatmu sakit
Katakanlah kepada orang yang sihat yang mati tanpa sebab
Siapa yang mengejutkanmu dengan kematian hai orang sihat
Katakanlah kepada orang yang melihat
Yang berhati-hati dengan suatu lubang
Maka dia terjatuh ke dalamnya
Siapakah yang menjuruskanmu
Bertanyalah kepada orang buta
Yang melangkah dalam keramaian
Tanpa ada perbenturan (perlanggaran?), siapakah yang membimbingmu
Bertanyalah kepada janin
Yang Hidup di dunianya yang terpencil
Tanpa ada pengasuh, siapakah yang mengasuhmu
Tanyakanlah kepada bayi yang menangis dan teresak-esak
Ketika dilahirkan, siapakah yang membuatmu menangis
Tiba-tiba kau lihat ular yang menghembuskan bisanya
Tanyakanlah kepadanya, kenapa orang-orang menjauhi dirimu
Dan tanyakan kepadanya, Bagaimanakah kamu dapat hidup wahai ular
Sedangkan bisa ini memenuhi mulutmu
Bertanyalah kepada perut lebah
Bagaimana ia menitiskan madu dan tanyalah kepada madu
Siapakah yang membuatmu manis
Bahkan bertanyalah kepada susu yang jernih
Yang dulunya ia terletak antara darah dan kotoran
Siapakah yang menjernihkanmu"
Selasa
Peringatan untuk aku (Sambungan)
sedangkan orang yang munafik berada di dalam masjid ibarat burung dalam sangkar"
(Maksud Hadis)
Apabila bangun pagi maka ucapkanlah:
"Ya Allah, dengan kurniaMu kami menikmati suasana pagi dan petang,
dengan kurniaMu kami hidup dan mati dan kepadaMu tempat (kami) kembali"
(R. Ibnu Majah & Ibnu Suni)
"Apabila kamu mahu tidur, maka berwuduklah seperti wuduk untuk bersolat"
(Riwayat Muslim)
Impian Seorang Nelayan
Isnin
Peringatan untuk aku
untuk melakukan solat dua rakaat, keduanya akan dicatat sebagai orang yang
banyak berzikir kepada Allah." (R.Abu Dawud, Nassai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban & Haakim)
Membaca Al-Quran tanpa wuduk akan mendapat 10 pahala setiap huruf,
Membacanya dengan wuduk akan mendapat 50 pahala setiap huruf,
Membacanya di dalam sembahyang mendapat 100 pahala setiap huruf.
"Kebahagian yang sejati tidak pernah kelihatan oleh mata kerana kebahgian sejati
itu terletak pada jiwa" (Hukamak)
"Di samping kesulitan ada kelapangan" (Hukamak)
Panduan Hidup
dan menbangga-banggakan diri" (Surah An-Nisaa': Ayat 36)
"Dan Allah lebih mengetahui (daripada kamu) tentang musuh-musuhmu.
Dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (bagimu). Dan cukuplah Allah
menjadi Penolong (bagimu)" (Surah An Nisaa': Ayat 45)
"Barangsiapa yang wuduk dan menyempurnakan wuduknya
maka dosa-dosa akan keluar sehingga keluar dari bawah
kuku-kukunya" (Maksud al-Hadis Riwayat Muslim)
Khamis
Bonda
Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi
Trace Logo
Jawapan:
Bergantung pada jenis logo yang kita nak trace tersebut, sama ada rumit (mernagkumi banyak bentuk dan warna) atau simple (kurang bentuk dan 2-3 warna asas) atau logo bentuk tulisan.
Perkara yang perlu kita ketahui sebelum trace logo antaranya:
- Kita perlu tahu kegunaan setiap tool yang terdapat dalam Illustrator ni, antaranya Pathfinder (Shape Mode & Pathfinders),Drawing Tools (Pen Tools, Line Segment, Rectangel & Pencil), Type Tools, Slicing & Cutting dan Reshaping Tools.
- Perhatikan dan cuba fahami kandungan bentuk logo sama ada Bulat, Tiga segi, Bujur, 4 segi dan sebagainya.
- Kalau logo dalam bentuk "typeface" - kenal pasti font yang digunakan, sekiranya font tersebut tidak terdapat dalam simpanan kita, cuba dapatkan font yang hampir sama (create outline) dan baru kita cuba ubah suai mengikut kesesuai logo tersebut.
- Banyakkan latihan: buat sekurang-kurangnya 5 logo sehari.
::Selamat mencuba.
Selasa
Aduhai!!
Harap-harap ianya berguna dan memberi manafaat kepada orang lain
Khamis
MagMyPic
harap-harap angan-angan tu jadi kenyataan, tak macam bapak dia yang tah kemana tah hanyut dalam dunia grafik...."kalau kelapa hanyut menjadi pulau, dia hanyut... "
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Ini Aku
Cakar Ayam
-
▼
2009
(74)
-
▼
April
(23)
- Nostalgia beb!..
- Ingat mengingati
- Tatap wajah tersayang waktu tidur
- Hargailah isteri anda...
- Outer Glow (gunakan photoshop)
- Text di sekelilingi bulatan
- Jigsaw & Pipe
- Amalkan selalu
- Shiatsu Self Massage
- Peringatan kepada yang ingin beringat
- Sifoo [dot] com << menarik untuk dilawati
- MagMyPic
- Layout blogger
- Dipetik dari Syair Ibrahim Badawi
- Peringatan untuk aku (Sambungan)
- Impian Seorang Nelayan
- Peringatan untuk aku
- Panduan Hidup
- Bonda
- Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi
- Trace Logo
- Aduhai!!
- MagMyPic
-
▼
April
(23)
Contengan
- Contengle (68)
- Doodle (9)
- Jalan-jalan (6)
- Kertas Dinding (63)
- Khidmat Masyarakat (28)
- Serabut (164)
- Tenang (43)
- Timeline FB (2)
- Transport (5)
- Tutorial and tips (31)
- Urban Design (7)
- zuriat (15)