Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Selasa

Lesen B2 (Motosikal 250cc kebawah)

Aku bukan tenaga pengajar di mana-mana Sekolah Memandu, aku cuma ingin berkongsi maklumat, cara pemanduan berhemah di jalanraya khas untuk penunggang motosikal.
Bagaimana bentuk pemanduan tersebut tu sebenarnya terletak pada akal & hati kita (penunggang motosikal). Apa yang kita pernah berlajar di sekolah-sekolah memandu tersebut amat perlu kita praktikkan di jalanraya bagi menjamin keselamatan kita dan pembonceng...jadi kat sini aku cuma nak refresh semula apa yang pernah kita belajar.
Tak lengkap tapi boleh dibuat panduan (kalau betul la..hehehehe)
Mula-mula yang ingin aku sentuh adalah etika berpakaian bagi penunggang motosikal,
Bila menunggang jangan lah hanya berselipar dan berseluar pendek sebabnya kalau jatuh tak ke melecet kawasan-kawasan yang tak dilindungi tu. Pakailah pakaian yang bersesuaian seperti bersepatu dan berseluar panjang (selamat lutut kita kalau jatuh ye tak). Topi keledar misti sentiasa di pakai bila menunggang hatta nak bergerak 100 meter dari tempat asal dan pakai biar kemas ikatan talinya.


Kita lihat gambarajah secara turutan dan lawan putaran jam.
Mulakan dengan bacaan "Bismillah..."
Pusingan angka 8, tujuannya membiasakan diri kita membuat belokan di jalanraya nanti.
  • Pergerakkan sentiasa bermula dari sebelah kiri
  • Tidak melanggar benteng
  • Buat 1 1/2 pusingan
  • Tidak terjatuh atau roda hadapan tidak terangkat.
Kemudian kita kena meniti di atas jambatan, masa yang diberikan 7 saat aje, so hati-hati jangan terlampau laju atau terlalu pelahan. Tujuan meniti ni adalah untuk memastikan kita ada keseimbangan dalam menunggang (aku pun adakalanya tak lepas hahahaha), pengiraan saat bermula dari kita naik jambatan sehingga kita turun jambatan di hujungnya (ada yang lebih 10 saat). Kita juga boleh mengira didalam hati dengan cara kira bermula dari 1001, 1002...dan seterusnya untuk memastikan kita dapat meniti diatas jambatan tersebut melebehi 7 saat.
  • Roda tidak terkeluar dari jambatan
  • Kaki tidak mencecah atau pijak jambatan
  • Tidak jatuh dari motosikal
  • Tidak kurang dari 7 saat
Menunggang di antara Kon; tujuannya membiasakan diri mengelak di kawasan yang sempit.
  • Tidak melanggar Kon
  • Tidak menyentuh atau melanggar benteng
  • Kaki tidak mencecah atau terpijak jalan
  • Tidak terjatuh atau tayar hadapan tidak terangkat
Brek Kecemasan; tujuannya mengajar kita sentiasa berwaspada bila berada di jalanraya.
Disini motosikal di sarankan bergerak dalam kelajuan 35-40km/jam sebelum membrek.
Cara bagi memastikan kita brek dengan betul ialah bila kita berada di garisan mula brek,
Turunkan pulasan minyak sertamerta dan jari-jemari (4 jari atas) bersedia di brek tangan (brek roda hadapan) manakala gunakan hujung sepatu (kawasan jari kaki) tekan brek roda belakang sekuat mungkin (jangan lepaskan) pastikan tayar belakang terseret sehingga hampir berhenti baru tarik brek tangan (brek roda hadapan) bagi memberhentikan motosikal tersebut secara total. Setelah berhenti sepenuhnya baru boleh turun kaki kiri dahulu bagi menampung motosikal supaya tak tumbang.
  • Tidak jatuh dari motor atau salah satu roda tidak terangkat
  • Membrek didalam kotak yang disediakan
  • Tidak melebihi garisan berhenti
  • Menggunakan brek kaki (brek roda belakang) dan brek tangan (brek roda hadapan)
Dan bahagian tidak ada dalam gambar rajah ialah menunggang di selekoh tajam, keluar simpang dan menunggang di jalan lurus << yang ni kena dapatkan informasi di sekolah memandu.

Ok, akhir sekali sebelum ujian menunggang di jalan raya, apa yang perlu kita ingat:
  • Menggunakan topi keledar dengan betul
  • Tidak menghidupkan enjin dalam gear
  • Menyalakan lampu hadapan dan belakang
  • Melihat ke belakang, kiri dan kanan sebelum bergerak
  • Beri keutamaan kepada kenderaan di Jalan Utama/Besar
  • Memberi isyarat dengan betul
  • Enjin tidak mati lebih 3 kali (dalam ujian le)
  • Menggunakan gear yang sesuai
  • Memandu di sebelah kiri jalan sahaja
  • Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemah
  • Kaki tidak mencecah jalan
  • Tidak melanggar benteng
  • Ingat isyarat tangan; Pelahankan kenderaan guna tangan kanan buat lambaian (bukan macam lambai makwe ye..caranya akan diajar oleh sekolah memandu) 3 kali lambaian; Beri laluan guna tangan kiri hulur secara melintang ke sisi
  • Tidak jatuhhhhh dari motor
  • Tidak terlibat dalam kemalangan
:: yang lain-lainnya boleh diperolehi bila masuk kelas memandu nanti....selamat maju jaya.
Jadilah pemandu yang berhemah; ingat orang tersayang. Berhati-hati dijalan raya;
Jalan raya bukan tempat berlumba.

14 teguran membina:

Tanpa Nama berkata...

very good...thanx....

Mohzam berkata...

U welcome

Tanpa Nama berkata...

aku pun nak test..

Tanpa Nama berkata...

KLAU LESEN B2 BLH BAWAK MOTO 250CC X..??

Mohzam berkata...

Boleh. Lesen B2 khas untuk 250cc kebawah..alang-alang bawak motor 250cc tu..lebih baik amik lesen B Full...lebih kurang aje test dia..cuma guna moto Virago 250cc aje nanti

Tanpa Nama berkata...

kalau nak gune kawasaki ninja 250rr bleh x gune lesen B2..

Mohzam berkata...

Boleh sangat :)

Tanpa Nama berkata...

saya nak tahu cara2 menggunakan gear motor 250cc..

Tanpa Nama berkata...

ye lh.....sya bru nk brjinak2 gan mtor 250cc ni...
gear 1 mcm nma?ke atas ke ke bawah?
dan gear seterusnya....

Mohzam berkata...

Tanpa Nama: maaf lambat reply untuk cara-cara penukaran gear 250cc boleh rujuk entry bulan feb 2013...maaf :D

Unknown berkata...

umur 16 tahun boleh amek lesen b2 bawah 250cc tak ?

Mohzam berkata...

Boleh, kelayakan umur untuk mendapatkan lesen B2 & B bermula dari 16 Tahun manakala untuk kereta 17 tahun

Unknown berkata...


muhd hidayat berkata...

assalam nak nak tanye,2017,B2 msh sameb ke minimum cc die?

Catat Ulasan