Sekarang ni sebuk member cerita kisah Train to Busan...diaorang kata best, kisah zombie serang korea...aku lum tengok lagi cerita tu, samada di pawagam yang berhampiran mahu pun di dalam kaca monitor komputer :) Jadi tak boleh le aku buat review mahu pun sinopsis cerita dia.
Apa yang aku nak cerita kat sini, lebih kepada kisah harga tiket KTM sekarang ni, pada mereka yang biasa naik kereta api dah tahulah kan harga tiket dari JB ke KL, manakala yang baru nak naik atau dah lama tak naik jangan pulak dimaki hamun tukang jual tiket pulak.
Untuk pengetahuan semua, penumpang dari JB tidak terus ke KL Sentral sebaliknya akan transit di Gemas, dari Gemas naik ETS ke KL Sentral.
Untuk pengetahuan semua, penumpang dari JB tidak terus ke KL Sentral sebaliknya akan transit di Gemas, dari Gemas naik ETS ke KL Sentral.
Tambang:
JB Sentral/Kempas Baru ke Gemas: RM 21.00
Gemas ke KL Sentral : RM 31.00
Ini bermakna keseluruhan harga tambang JB - KL: RM 52.00,
masa yang diambil dalam 7jam hingga 9jam.
masa yang diambil dalam 7jam hingga 9jam.
Berbaloi tak?, jadi kalau ada tugasan segera di KL aku sarankan naik Bas aje lah, harga pun cuma RM 35.00 dan masa yang diambil dalam 4jam hingga 5 jam je, nak lagi cepat naik Kapalterbang turun kat KLIA 2 harga kalau bernasib baik kena dengan tarikh cuma RM39 (harga airasia pada 21 Sept 2016) dari KLIA 2 minta member amik hahahaha
Walaubagaimana pun, sekali sekala naik Train seronok juga, nak-nak sekarang ni punya train, best woo...KTMB dah upgrade semua kemudahan dia, ETS pun best...
0 teguran membina:
Catat Ulasan