Di satu malam yang hening selepas solat isyak, untuk pertama kalinya dalam sejarah Pak Mentua minta aku buatkan satu banner untuk anak sulung beliau yang baru bersara dari tugasan sebagai tukang gigi di Hospital Kerajaan. Garis panduan yang dia bagi cukup mudah aku faham:
Pak Mentua: Zamri, awak boleh buatkan satu banner untuk Long tak?
Aku: Banner?...banner apa Bah?
Pak Mentua: Banner untuk sesiapa nak buat gigi palsu boleh tempah pada Long
Aku: Oh, Ok boleh...saiz berapa dan apa nak isi dalamnya
Pak Mentua: Saiz kecik je, awak buatlah saiz yang boleh diletak kat pagar rumah, macam....yang ahlong selalu sangkut kat signboard tu, isi dalam dia awak tulis "Tukang Gigi", gambar orang senyum nampak gigi, nama long dan nombor handphone dia...
Aku: Hmmm ok...(sambil tangan conteng-conteng kat sehelai kertas kajang)...esok saya buat kat opis, nanti saya print satu untuk abah tengok..
Esoknya, sebelum aku print artwork yang dah siap...aku whatsapp dulu kat wife, tanya pendapat beliau. Seperti biasa akan ada pembetulan dan pertukaran, mujur bukan major amendment, cuma minor amendment. Sekali lagi aku whatsapp dia terus setuju, kemudian aku whatsapp kat Abang Long aku pulak, response dari dia positive dan suruh print 2 copy...ok dah boleh print mock-up dan tunjuk kat Pak Mentua...setuju...settle...Anto kat printer
* Bukan senang dapat kepercayaan Pak Mentua ni...