Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Khamis

Pengorek api (Fire Drill) :)




Baru lepas menapak turun dari tingkat 33, lutut dah rasa sakit, peluh mencurah-curah...penah wooo!!!


Ok, ni ada sedikit tip waktu kecemasan di tempat kerja :)

Tatacara Pengosongan bangunan di waktu kebakaran/kecemasan

Para pekerja, jika anda melihat kebakaran:
  1. Aktifkan penggera api
  2. Jerit Api! Api! Api!
  3. Beritahu ahli ERT yang berhampiran
  4. Tinggalkan tempat kerja dan menuju ke tempat perhimpunan


Para pekerja, jika anda mendengar bunyi penggera api:
  1. Berhenti membuat kerja dan tutup peralatan electronic yang berdekatan dan jangan tutup suis lampu
  2. Bergerak ke pintu kecemasan yang berdekatan untuk mengosongkan bangunan (berjalan pantas dan jangan berlari)
  3. Patuhi arahan ahli ERT semasa keluar
  4. Berhimpun di tempat perhimpunan
  5. Pastikan dokumen diri sentiasa bersama anda, tidak dibenarkan membawa barang-barang persendirian yang berat atau masuk semula untuk mengambilnya


Para pekerja selepas meninggalkan bangunan:
  1. Laporkan kedatangan anda kepada ketua semasa di tempat perhimpunan
  2. Berbaris dengan teratur di tempat perhimpunan
  3. Bertenang dan tunggu arahan daripada ketua

::Nota Keyboard: Penat sudah :(

0 teguran membina:

Catat Ulasan