Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Khamis

Tak terkata...



Aku kena tulis jugak disini walaupun terdapat penentangan dalam sanubari,
kalau aku tak tulis takut ianya menjadi barah dalam jiwa ini.
Plot ceritanya:

  1. 10 bulan kami satu office bersabar dengan kerenah B... yang tah apa2
  2. Perangai tak professional memang jelas ketara, satu office porak-peranda dibuatnya.
  3. Kesabaran kami sampai kemuncak, bila melihat rakan mula berganjak...
  4. Emosi kian membara, sepucuk surat mula direka
  5. Tujuan memohon pertolongan pada HR & CEO pula
  6. Malang mula menimpa, apa yang diharapkan tidak menjadi nyata
  7. Mereka tidak mahu menerima walaupun apa yang dicerita benar belaka
  8. Kini kami pasrah bila kami mula dipersalah
  9. Tekad kami, berikan VSS agar kami pergi dengan sedikit bekal
  10. Bila difikir semula memang walau kerja berbelas tahun, selagi kerja makan gaji pasti ianya tidak kekal
Doakan kami, semoga pintu rezeki kami sentiasa ada diluar cubical ini.

2 teguran membina:

Tanpa Nama berkata...

errkk apa yang berlaku sebenarnya? salah seorang cuba menjadi batu api....

mungkin dia ader back up yang kuat..

btw..insyaAllah pintu rezeki sentiasa terbuka di mana sahaja... :)

Mohzam berkata...

InsyaALLAH june,
Inilah bahana kalau dapat Boss yang tah apa-apa duduk kat Branch, kami ni kat branch so Boss besar tak tau apa kejadian sebenar tapi bila kita ceritakan perkara benar dia pulak tak mau terima...tak pe lah, InsyaALLAH kalau masih ada rezeki di Company ni rasanya malas nak chow sbb dah tua beno ni :)

Catat Ulasan