Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Jumaat

M.A.R.U.A.H


Err...

Khamis

KD: Kalender2012 #2


::Note keyboard: Bak kata orang, sehari sekeping wallpaper, lama-lama penuh hard disk memori :)

Rabu

KD: Kalender2012


Nota Keyboard: ....

Isnin

Selamat Pengantin Baru :)


Selamat Pengantin Baru buat Nurul Ain Mustapha dengan pasangannya Zuelizy Ismail,
semoga berbahagia hingga akhir hayat :)

Ikhlas dari kami sekeluarga.

Khamis

KD: Koi


Nota Keyboard: i'm bored

Isnin

Soaljawab



si A:‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
si B:"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

si A:"Baitullah tu apa?" ...
si B:"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

si A:"Allah ada dalam tu?"
si B:"Tak....."

si A:"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
si B:"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

si A:"Kamu sembah apa?"
si B:"Saya sembah Allah swt"

si A:"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
si B:"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

si A:"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
si B:"Ginilah...Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

si A:"Pernah... selalu.."
si B:"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

si A:"Tengok perlawanan bola la.."
si B:"Di mana?"

si A:"Dalam tv la..."
si B::"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..."

si A:"Memanglah tak ada... tapi itukan gambarnya ada"
si B:"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu"

si A:"So..?"
si B:"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

si A:"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
si B:"Peliknya.."

si A:"Sebab apa pulak pelik?"
si B:"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

si A:"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
si B:"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

si A:"Ya.. tak pelik.."
si B:"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Insyaallah :)
perkongsian dari: Facebook/Markaz Perjuangan Islam

Khamis

Contengan: Asas warna air 1




:: Suka-suka aje

Selasa

131211


Tak de cerita apa pun yang berkaitan dengan tajuk tu...
cuma doodle untuk ari ni :)

Isnin

Kritikal | Sedih


"Tiada tindakbalas...siapkan bilik pembedahan..."


 :( setelah hampir enam (6) tahun bersama...
.
.
.
...Tak terucap...maaf...

Khamis

Doodle?

Doodle? apa tu...ohhh kalau ikut permahaman aku, doodle ni macam contengan la kan...aku cari kat pak cik google jumpa ni (atau nak tahu lebih lanjut sila pergi ke en.wikipedia )
doodle is an unfocused drawing made while a person's attention is otherwise occupied. Doodles are simple drawings that can have concrete representational meaning or may just be abstract shapes. Stereotypical examples of doodling are found in school notebooks, often in the margins, drawn by students daydreaming or losing interest during class. Other common examples of doodling are produced during long telephoneconversations if a pen and paper are available.
Popular kinds of doodles include cartoon versions of teachers or companions in a school, famous TV or comic characters, invented fictional beings, landscapes, geometric shapes and patterns, textures, banners with legends, and animations made by drawing a scene sequence in various pages of a book or notebook.
Aku kalau dalam keadaan stress, mengantuk, tak de idea atau apa saja keadaan (ikut keadaan la beb) dan masa tu aku pegang pen/pencil dan buku conteng aku, maka akan terhasillah tah apa-apa gambo kat situ. so rasanya aku nak buat satu hari dalam seminggu untuk aku upkan segala contengan aku kat blog ni, jadi tak le bersawang-mawang blog aku kan...sebulan ada 4-5 minggu jadi 4-5 entry aku boleh selitkan...hmmm ok la tuuuu :)

Ini untuk 1st doodle aku masukkan :)

Selasa

KD: Selena


:: Tengah bosan-bosan dan tak de idea nak buat artwork, terbuat wallpaper pulak :P
Kalau suka sila ambil :)
Wallpaper serabut betul, tahapaapatah

Isnin

Pengorek api 2


Layan katon ni kejap :)

Khamis

Pengorek api (Fire Drill) :)




Baru lepas menapak turun dari tingkat 33, lutut dah rasa sakit, peluh mencurah-curah...penah wooo!!!


Ok, ni ada sedikit tip waktu kecemasan di tempat kerja :)

Tatacara Pengosongan bangunan di waktu kebakaran/kecemasan

Para pekerja, jika anda melihat kebakaran:
  1. Aktifkan penggera api
  2. Jerit Api! Api! Api!
  3. Beritahu ahli ERT yang berhampiran
  4. Tinggalkan tempat kerja dan menuju ke tempat perhimpunan


Para pekerja, jika anda mendengar bunyi penggera api:
  1. Berhenti membuat kerja dan tutup peralatan electronic yang berdekatan dan jangan tutup suis lampu
  2. Bergerak ke pintu kecemasan yang berdekatan untuk mengosongkan bangunan (berjalan pantas dan jangan berlari)
  3. Patuhi arahan ahli ERT semasa keluar
  4. Berhimpun di tempat perhimpunan
  5. Pastikan dokumen diri sentiasa bersama anda, tidak dibenarkan membawa barang-barang persendirian yang berat atau masuk semula untuk mengambilnya


Para pekerja selepas meninggalkan bangunan:
  1. Laporkan kedatangan anda kepada ketua semasa di tempat perhimpunan
  2. Berbaris dengan teratur di tempat perhimpunan
  3. Bertenang dan tunggu arahan daripada ketua

::Nota Keyboard: Penat sudah :(

Jumaat

Salam Maal Hijrah

MUHARAM


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Doa akhir tahun: 
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.  

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:  
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."  
Berikut adalah Doa Akhir Tahun: 


Maksudnya: Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan Mengampunkan dosanya setahun." 


Doa awal tahun:
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.  

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: 
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."  



Maksudnya: Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,  Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan." 

Amalan-amalan sunat: 
  
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X 
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X 
  5.  Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):  
  6. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
  7. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
  8. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
  9. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
  10. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
  11. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
  12. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
  13. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
  14. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
  15. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
  16. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X. 
  17. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini. 
  18. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
  19. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 






Khamis

Meh ikat leher :P

Dalam seumur hidup aku, aku pakai tali leher ni tah cuma bebrapa kali aje dan aku rasa aku cuma ada 2 helai tali leher, tu pun tali leher majikan tempat aku beri, dia orang suruh pakai tapi aku tak pernah pakai sebab aku punya kerja bukan memerlukan aku guna benda tu pun (tak selesa beb).

Dialog di bebrapa bulan yang lalu:
Anak: Ayah ajo ikat tali leher boleh?
Aku: Boleh, meh sini ayah tunjukkan...Ok, mula-mula letak kedudukan hujung yang kecil lebih pendek dari yang beso, kemudian bla.bla.bla.bla..(selang beberapa pusingan ikatan) Ok Siap...dapat tangkap?
Anak: Ok, tak pe, ayah jangan tanggalkan abis, nanti senang saya nak pakai, tak payah nak ikat-ikat lagi :)
Aku: Errrr... (bertuah punya anak)



:: Tetiba aje teringat kisah ikat tali leher le pulak :)

Apa kata kaorang? :)

Ini sekadar pendapat aku aje, kao orang jangan percaya le pulak :)


Jumaat

KD: Think



Hmmm apa ke benda yang aku fikirkan ni...

Khamis

KD: Hujan


Mood hari ni: Hujan

Rabu

KD: Salam Maal Hijrah



:: Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua :)

Isnin

Kuih Buah Rotan


Buah Rotan


Kuih Buah Rotan

Dia  : Pernah tengok dan makan buah rotan? 
Aku : Pernah tengok tapi aku tak pernah makan
Dia  : Boleh makan ke Buah Rotan, rupa dia macam mana?
Aku : Buah Rotan boleh makan, rasanya agak masam tapi kalau nak sedap rendam dulu dalam air gula, rupa dia macam buah salak atau buah asam paya cuma saiz dia lebih kecil.
Dia  : Ya ke?
Aku : Betul la...aku kan orang kampung, aku tau la :)
Dia  : Kuih buah rotan pulak macam mana?
Aku : Kalau kao nak tau kao kena beli lah dengan aku...nak? rasanya sedap, manis dan ranggup..
Dia  : Kao buat ke?
Aku : Aaa..napa tak caya?
Dia  : Tak de la, muskil aje...berapa kao jual
Aku : ikut saiz bungkusan...yang kecil RM1 berat >50gm, yang beso RM3.50 berat >160gm...nak tak?
Dia  : Nak, kao bawak esok boleh?
Aku : Ok...

::Hehehe :)

Jumaat

KD: Ucapan 11.11.11


Ucapan aku buat kamu semua:
01010011 01100001 01101100 01100001 01101101 00100000 01101000 01100001 01110010 01101001 00100000 01101010 01110101 01101101 01100001 01100001 01110100 00100000 00110001 00110001 00101110 00110001 00110001 00101110 00110001 00110001 00100000 01101000 01100001 01110010 01101001 00100000 01111001 01100001 01101110 01100111 00100000 01100010 01100101 01110010 01101011 01100001 01101000 00101100 00100000 01110100 01100101 01110010 01101001 01101101 01100001 00100000 01101011 01100001 01110011 01101001 01101000 00100000 01101011 01100101 01110010 01100001 01101110 01100001 00100000 01110011 01110101 01100100 01101001 00100000 01101100 01110101 01101110 01100111 01110011 01110101 01110010 01101001 00100000 01100010 01101100 01101111 01100111 00100000 01100001 01101011 01110101 00100000 01111001 01100001 01101110 01100111 00100000 01110100 01100001 01101000 00100000 01100001 01110000 01100001 00101101 01100001 01110000 01100001 00100000 01101001 01101110 01101001 00101110 00100000 01110011 01100101 01101101 01101111 01100111 01100001 00100000 01100001 01101110 01100100 01100001 00100000 01100100 01101001 01100011 01110101 01100011 01110101 01110010 01101001 00100000 01110010 01100001 01101000 01101101 01100001 01110100 00100000 01101001 01101100 01100001 01101000 01101001 00101100 00100000 01100010 01100101 01110010 01100010 01100001 01101000 01100111 01101001 01100001 00100000 01100100 01110101 01101110 01101001 01100001 00100000 01100001 01101011 01101000 01101001 01110010 01100001 01110100 00101100 00100000 01100100 01100001 01101110 00100000 01101000 01101001 01100100 01110101 01110000 00100000 01110011 01100101 01101110 01110100 01101001 01100001 01110011 01100001 00100000 01100100 01101001 01100010 01100101 01110010 01101011 01100001 01110100 01101001 00101100 00100000 01001001 01101110 01110011 01111001 01100001 01100001 01101100 01101100 01100001 01101000 00100000 00111010 00101001

::Kalau nak tahu, kena le convert ke text :)
Jangan lupa, kalau minat dengan Kertas dinding kat sini, dipersilakan ambil dan guna, jangan segan-segan

Khamis

KD: Aidil Adha 2011 dah lepas


Sepagi di Aidil Adha :)

Isnin

System Upgrade




Cerita lama, saje upload semula...refresh :)
UPGRADE FROM BOYFRIEND TO HUSBAND 

 Dear IT Support, 
 
 Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow 
 down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and 
 jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0. 
 
 In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such 
 as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable 
 programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0. 
 
 And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply 
 crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, 
 but to no avail. 
 
 What can I do? 
 
 Signed, 
 Desperate Housewife 
 
> Reply: 
 Dear Desperate Housewife, 
 
 First keep in mind: 
 Boy friend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an 
 operating system. 
 
 Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download 
 Tears 6.2 to install Guilt 3.0. 
 
 If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the 
 applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5. 
 
 But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 
 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. 
 
 Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav 
 files. 
 
 Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another 
 Boyfriend program. These are not supported applications and will crash 
 Husband 1.0. 
 
 In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited 
 memory and cannot learn new applications quickly. 
 
 You might consider additional software to improve memory and performance. 
 I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9. 
 
 Good Luck, 
 IT Support 
 

Jumaat

KD: Aidil Adha 2011



Ahad : 10 Zulhijjah 1432 hijrah 
Majlis Korban di Masjid Al-Makmur, Taman Kobena, Johor Bahru
Alhamdulillah, tahun ni 19 ekor lembu dapat dikorbankan.. InsyaALLAH.
Semoga majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna seperti tahun-tahun lepas.
INSYAALAH...

Khamis

Petua buat Ibu Bapa mendidik anak


"Anak- anak ibarat kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"

.....Peringatan untuk aku jugak.....

  1. Jangan pukul anak dari lutut keatas
  2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
  3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
  4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
  9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) 
  12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. 
  14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka... geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif  itu salah..."

Rabu

KD: Aidil Adha



Selamat menyambut Aidil Adha :)

Isnin

Ubah lagi :)


Assalammualaikum, ha nampak... aku ubah sekali lagi antaramuka blog aku ni...dah bertambah serabut aku tengok...tapi aku kena suka sebab antaramuka sebelum ni dia punya ruangan komen sekejap ada sekejap tak, tension aku dibuatnya.
So apa pendapat kao orang, ok tak?
Ok kan?...ala ok lah, please...

Khamis

How rich are you?


"Gambar ni sebagai hiasan aje :)"

PERSPECTIVE

Pass this on to friends and acquaintances and help them refresh their
perspective and appreciation.
"Life is too short and friends are too few." 


One day, the father of a very wealthy family took his son on a trip to
the country with the express purpose of showing him how poor people
live. They spent a couple of days and nights on the farm of what would be
considered a very poor family.
On their return from their trip, the father asked his son, 
Father : "How was the trip?"
Son     : "It was great, Dad."
Father : "Did you see how poor people live?"
Son     : "Oh yeah," 
Father : "So, tell me, what you learned from the trip?"



The son answered:
"I saw that we have one dog and they had four.
We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have
a creek that has no end.
We have imported lanterns in our garden and they have the stars at night.
Our patio reaches to the front yard and they have the whole horizon.
We have a small piece of land to live on and they have fields that go beyond our sight.
We have servants who serve us, but they serve others.
We buy our food, but they grow theirs.
We have walls around our property to protect us, they have friends to protect them."


...The boy's father was speechless.


Then his son added, 
"Thanks Dad for showing me how poor we are."


Isn't perspective a wonderful thing? Makes you wonder what would happen if we all gave thanks for everything we have, instead of worrying about what we don't have..
Appreciate every single thing you have, especially your family and friends!

Selasa

Why?


Q: Why do men's clothes have buttons on the right while women's clothes have buttons on the left? 
A: When buttons were invented, they were very expensive and worn primarily by the rich. Since most people are right-handed, it is easier to push buttons on the right through holes on the left. Because wealthy women were dressed by maids, dressmakers put the buttons on the maid's right! And that's where women's buttons have remained since. 

Q: Why do ships and aircraft use 'mayday' as their call for help? 
A: This comes from the French word m'aidez -meaning 'help me' -- and is pronounced, approximately, 'mayday.' 

Q: Why are zero scores in tennis called 'love'? 
A: In France , where tennis became popular, round zero on the scoreboard looked like an egg and was called 'l'oeuf,' which is French for 'egg.' When tennis was introduced in the US , Americans (mis)pronounced it 'love.' 

Q. Why do X's at the end of a letter signify kisses? 
A: In the Middle Ages, when many people were unable to read or write, documents were often signed using an X. Kissing the X represented an oath to fulfill obligations specified in the document. The X and the kiss eventually became synonymous. 

Q: Why is shifting responsibility to someone else called 'passing the buck'? 
A: In card games, it was once customary to pass an item, called a buck, from player to player to indicate whose turn it was to deal. If a player did not wish to assume the responsibility of dealing,he would 'pass the buck' to the next player. 

Q: Why do people clink their glasses before drinking a toast? 
A: It used to be common for someone to try to kill an enemy by offering him a poisoned drink. To prove to a guest that a drink was safe, it became customary for a guest to pour a small amount of his drink into the glass of the host. Both men would drink it simultaneously. When a guest trusted his host, he would only touch or clink the host's glass with his own. 

Q: Why are people in the public eye said to be 'in the limelight'? 
A:Invented in 1825,limelight was used in lighthouses and theatres by burning a cylinder of lime which produced a brilliant light. In the theatre,a performer 'in the limelight' was the centre of attention. 

Q: Why is someone who is feeling great 'on cloud nine'? 
A: Types of clouds are numbered according to the altitudes they attain, with nine being the highest cloud If someone is said to be on cloud nine, that person is floating well above worldly cares. 

Q: In golf, where did the term 'Caddie' come from? 
A. When Mary Queen of Scots went to France as a young girl,Louis, King of France , learned that she loved the Scots game 'golf.' So he had the first course outside of Scotland built for her enjoyment. To make sure she was properly chaperoned (and guarded) while she played, Louis hired cadets from a military school to accompany her. Mary liked this a lot and when returned to Scotland (not a very good idea in the long run), she took the practice with her. In French, the word cadet is pronounced 'ca-day' and the Scots changed it into 'caddie. 



Street Painting (Kurt Wenner)

Aku kagum dengan hasil lukisan Kurt Wenner,
Siapa ni Kurt Wenner ni?
Kurt Wenner is an artist with an international following. He is best known for his invention of 3D pavement art. Wenner was inspired by anamorphic perspective, but had to invent an entirely new geometry in order to create his stunning 3D pavement art images.
Untuk mengetahui lebih lanjut hasil seni beliau sila ke laman web ni:  http://www.kurtwenner.com.
Di bawah ni pula aku masukkan antara lukisan jalanan (street painting) yang beliau telah buat.
Layanzzzz untuk menyegarkan minda dan menghasilkan idea :)