Dalam suasana riang gembira pada hari-hari bercuti sebegini, janganlah kita lupa akan keselamatan pejabat/tempat kerja yang kita tinggalkan itu. Kita perlu melaksanakan sesuatu untuk memastikan pejabat/tempat kerja kita juga sentiasa terjamin keselamatannya dengan mengambil langkah-langkah keselamatan pencegahan awal yang perlu.
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh setiap pekerja bagi memastikan keselamatan pejabat/tempat kerja dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT/TEMPAT KERJA UNTUK BALIK BERCUTI PANJANG:
- Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.
- Pastikan tiada barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam pejabat.
- Matikan punca elektrik yang disambungkan kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.
- Matikan punca elektrik bagi alat hawa dingin yang tidak diperlukan.
- Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.
- Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.
- Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.
- Pastikan kenderaan syarikat tidak diletakkan di tempat yang dilarang / menghalang laluan kecemasan.
- Pastikan kenderaan syarikat diletakkan di dalam kawasan yang ditetapkan. Semua pintu & tingkap pada kenderaan dikunci.
- Pastikan barang / peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam tempat yang selamat.
- Pastikan barangan berharga seperti laptop, “pettycash” dan sebagainya disimpan di dalam kabinet/peti besi/bilik kebal yang berkunci.
- “Penyelia Pejabat” hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaannya supaya mengambil langkah-langkah keselamatan awal ini untuk mencegah daripada berlakunya bencana yang tidak diingini yang akan merugikan harta benda syarikat dan anggota sendiri.
- “Penyelia Pejabat” dan “Penghulu Bangunan” hendaklah mempunyai senarai anggota premis/bangunan masing-masing alamat rumah/nombor telefon untuk tujuan perhubungan apabila diperlukan. (Jika boleh) satu salinan diberikan kepada Unit Keselamatan (Polis, Bomba, Security Bangunan dsb)
- Jawatankuasa Premis/Bangunan (OSH Committee) berperanan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja masing-masing.
- Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walalupun di dalam bonet kereta melalui alat pengesan bateri.
::Nota Keyboard: aku sekadar ingin berkongsi aje...dapat memo ni dari Group Corporate Communications tempat kerja aku..(beberapa ayat telah diubah suai)
0 teguran membina:
Catat Ulasan