9.08 pagi; Mata masih lagi layu, badan terasa amat penat. Letih kerana dah lebih sebulan aku tidur seawal 1 pagi dan bangun sama ada secara rela atau terpaksa pada pukul 5.50 pagi setiap hari...ya setiap hari tak kira hari sabtu atau hari minggu..tugasan perlu dilaksanakan dengan jayanya..tugasan?..hehehehehahahaha..tugasan tak berfaedah..(main game fb le apa lagi)...
9.11 pagi; Sebelum aku telupa tujuan sebeno aku menconteng ari ni..(gosok mata jap)
9.12 pagi; Ok..sapa tu Agatha Christie (AC) dan apa yang menarik dengan Mak Cik ni?
9.11 pagi; Sebelum aku telupa tujuan sebeno aku menconteng ari ni..(gosok mata jap)
9.12 pagi; Ok..sapa tu Agatha Christie (AC) dan apa yang menarik dengan Mak Cik ni?
Agatha Christie adalah penulis novel kisah jenayah dan tercatat namanya di Guiness Book of World Records sebagai Penulis terbaik sepanjang zaman malah buku beliau dikatakan telah diterjemah hampir 103 bahasa didunia. Dilahirkan di Torquay, Devon, England pada 15 sept 1890 dan meninggal pada 12 Januari 1976 pada usia 86 tahun di Wallingford, Oxfordshire, England.
Sekiranya ingin tau lebih lanjut berkaitan Agatha Mary Clarissa Miller (Agatha Christe) atau nama penanya Mary Westmacott boleh le rujuk Wikipedia.
"Kenapa tiba-tiba nak bercerita pasal dia pulok?" Kata hati ku sambil merenung tajam di screen komputer. "Aku bukan nak cerita perihal penulisnya tapi berkaitan dengan buku dia ni lah?"..aku bergelut dalam minda sendiri. "Kira nak review le ni?".."Tak de la, aku bukan pandai kritik..saja je nak memenuhkan blog aku ni" Aku tersenyum sendiri..dalam hati aku tergelak sakan..(hehehehe tulis surat rasmi pun tak reti..hahahahaha)
Aku dah lama tak membaca novel yang berat (bukan kerana bukunya tebal ya). Plot yang bersimpang-siur, malah ada yang dalamnya mempunyai pelbagai cerita yang akan bercantum pada akhirnya. Tak mustahillah bila aku lihat anak aku tidak lagi membacanya.
- Aku : "Amir, tak baca buku tu lagi ke"
- Amir : "Tak lah ayah, berat sangat.."
- Aku : "Hmm betul tu, amir baca novel yang lain aje lah..kisah Imam Hanafi ke."
- Amir : "Aa, ayah nak baca buku tu (Buku Agatha Christie) bacalah, amir tak nak baca lagi"
Aku juga bukan pengemar Novel tapi sebaliknya aku peminat Cerpen, tak kira siapa penulisnya, pasti akan menarik minat aku untuk membacanya. Kenapa?..sebab novel ni biasa ceritanya panjang dan meleret, sukar untuk menghayati watak, cerpen senang sikit.
Tapi pada hari ni, aku menjadi minat membaca novel (yang pastinya bukan novel cintan-dari dulu aku tak minat). Ianya bermula bila anak aku membeli buku kisah Sahabat-sahabat Nabi dan Imam yang 4 (Hampir 10 buku) kemudian dia beli pulak buku detektif ni (ada 5 buku). Aku baru habis baca 2 buku detektif tulisan AC ni iaitu Pembunuhan ABC dan Pembunuhan selepas pengkebumian dan sekarang ni Pembunuhan Di Sungai Nil (baru sampai bab 18). Dalam setiap tulisannya amat kurang dia menceritakan watak hero (Hercule Poirot-penyiasat persendirian dan merupakan Hero dalam rangkaian cerita detektif tulisan AC ni) sebaliknya beliau lebih mneceritakan watak-watak yang akan terlibat dalam kes jenayah yang berlaku dalam setiap bukunya. Malah kita tak tahu siapa yang terlibat dalam satu-satu kes pembunuhan sehinggalah kita hampir abis membacanya (klimaks yang bagus bagi aku) dan beliau akan menceritakan melalui Watak Hercule Poirot bagaimana jenayah tersebut berlaku dan kenapa ianya perlu berlaku...kalau nak bandingkan cerita Sherlock Holmes atau Senichi Kudo (Detektif Conan), aku lebih suka cerita tulisan Agatha Christie ni.
::Rasa macam nak tulis lagi..tapi kerja menunggu perlu diabiskan sebab garismati (deathline) hampir sampai ni.
0 teguran membina:
Catat Ulasan