Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Isnin

Ketagihnya....

Aiitttt jangan salah faham pulok, aku bukan ketagih dadah atau benda-benda yang haram tu tapi
aku cuma ketagih main games dalam Facebook aje (rasanya dah 3 bulan dah ni). Dah macam-macam games aku cuba dalam FB ni tapi yang benar-benar memberi kesan (mencuri masa aku) cuma dua aje, iaitu Farmville (baru stage 29 dan keluasan kebun 20x20 aje..nak upgrade ke 22x22 belum cukup duit lagi)...satu lagi Mafia War yang ni aku lupa pulok aku dah level berapa (level 49 kot), sebab masa aku tulis n3 ni..aku kat opis so tak dapat nak link ke Facebook (kena block) cuma yang aku tahu aku dah boleh masuk CUBA (yang ni dah lama masuk)& BANGKOK (baru dapat passport seminggu yang lalu).
Farmville aku cuma ada lebihkurang 24 jiran aje manakala Mafia cuma 10 orang member.
Kalau mafia war aku suka mainkan anak-anak aku punya sebab dia orang punya cukup kuat susah nak kalah bila masuk kat "Fight".

Mafia War: Gengster Kampung Pasir...aku tak kuat..aku cuma Mastermind aje.. [Antara ahli yang kuat tapi masih level rendah:  Sarip Dol (Anak Bongsu), Mamamia 3 (Wife) & The Gold Man (Anak Sulung) juga beberapa member yang lain...hehehehe
Kalau nak tahu betul ke tak..cuba le serang Sarip Dol atau The Gold Man]
Main Farm Ville ni seronok..cuma penat betul..macam betul-betul berkebun tapi tanpa hasil..hahahahaharu betul. Ianya juga menaikkan semangat aku untuk berkebun di Alam sebenar (buat masa sekarang aku dan wife tengah cuba semai lada, sawi dan pokok bunga..tak taulah hidup dengan jayanya ke tak...semalam tengok dah tumbuh pucuk dah...hehehhehe)

Mafia War: aku punya target dapatkan duit dari properties, kalau kat New York aku dah ada 2 casino dan beberapa lagi bangunan. "Cuba" pulak aku dah ambil alih ladang tebu dan 2 lagi perniagaan cuma kat "Bangkok" aku lum dapat memiliki apa-apa lagi. serta membantu setiap member yang aktif main dengan menghantar "Gift" kat dia orang...nak join ke?
FarmVille: aku nak cuba main sampai level 70 (ini pun kalau aku tak bosanlah) dan cuba buat apa-apa corak yang menarik menggunakan alatan yang terdapat dalam FarmVille ni (lama lagi kot).
::ok sapa-sapa yang nak add aku sebagai jiran atau member...bolehlah bagi email address kat Comment bawah tu..serta tulis kat situ "Aku nak join Mafia dan FarmVille"..kalau guna email jomconteng pun boleh tapi nanti anak sulung aku yang kena accept hahahahaha...

2 teguran membina:

aku yang tak femes berkata...

ni mesti kerja dimase lapang.... hihihi

Mohzam berkata...

Aaa kalau tengah bz malas nak masuk...hahahaha

Catat Ulasan