Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Khamis

Tip keselamatan tempat kerja bila bercuti panjang


Dalam suasana riang gembira pada hari-hari bercuti sebegini, janganlah kita lupa akan keselamatan pejabat/tempat kerja yang kita tinggalkan itu. Kita perlu melaksanakan sesuatu untuk memastikan pejabat/tempat kerja kita juga sentiasa terjamin keselamatannya dengan mengambil langkah-langkah keselamatan pencegahan awal yang perlu.


Berikut adalah langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh setiap pekerja bagi memastikan keselamatan pejabat/tempat kerja dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT/TEMPAT KERJA UNTUK BALIK BERCUTI PANJANG:

  • Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.
  • Pastikan tiada  barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak  petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam pejabat.
  • Matikan punca elektrik yang disambungkan kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.
  • Matikan punca elektrik bagi alat hawa dingin yang tidak diperlukan.
  • Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.
  • Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.
  • Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.
  • Pastikan kenderaan syarikat tidak diletakkan di tempat yang dilarang / menghalang laluan kecemasan.
  • Pastikan kenderaan syarikat diletakkan di dalam kawasan yang ditetapkan. Semua pintu &  tingkap pada kenderaan dikunci.
  • Pastikan barang / peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam tempat yang selamat.
  • Pastikan barangan berharga seperti laptop, “pettycash” dan sebagainya disimpan di dalam kabinet/peti besi/bilik kebal yang berkunci.
  •  “Penyelia Pejabat” hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaannya supaya mengambil langkah-langkah keselamatan awal ini untuk mencegah daripada berlakunya bencana yang tidak diingini yang akan merugikan harta benda syarikat dan anggota sendiri.
  • “Penyelia Pejabat” dan “Penghulu Bangunan” hendaklah mempunyai senarai anggota premis/bangunan masing-masing alamat rumah/nombor telefon untuk tujuan perhubungan apabila diperlukan. (Jika boleh) satu salinan diberikan kepada Unit Keselamatan (Polis, Bomba, Security Bangunan dsb)
  • Jawatankuasa Premis/Bangunan (OSH Committee) berperanan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja masing-masing.
  • Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walalupun di dalam bonet kereta melalui alat pengesan bateri.
::Nota Keyboard: aku sekadar ingin berkongsi aje...dapat memo ni dari Group Corporate Communications tempat kerja aku..(beberapa ayat telah diubah suai)

Selasa

silent for a while


(kedua-dua gambo ni bukan aku yang buat)




s i l e n t   f o r   a   w h i l e





Jumaat

Warning Malware!


Baru-baru ni aku buka aku punya Blog, tiba2 keluar Warning seperti diatas. (tanpa ada extra gambo tu ya) Aku termenung kejap tengok Warning tu, baca apa yang tertera...Ohh rupa-rupanya aku ada link kat website yang telah secara tak sengaja link ke website yang menjadi Host Malware ni.
So aku klik kat "Safe Browsing diagnostic page" yang warna biru tu untuk mengetahui cerita seterusnya. 


Aku baca sampai abis, Alhamdulillah, Blog yang aku masuk tu bukan hosted malicious, so apa tindakkan aku seterusnya...Hmmmm...
  1. Mula-mula aku keluarkan Blog yang terkena Malware tu dari senarai Link yang aku ada.
  2. Kemudaian aku gunakan AV yang ada kat komputer ni untuk scan komputer kalau-kalau ada yang telah terlepas masuk
  3. Aku cuba berhubung dengan pemilik Blog tu, tapi aku tak de contact number, jadi aku gunakan jalan lain yang mana secara kebetulan dia ada masuk 1 forum dan aku jugak salah seorang ahlinya, melalui forum tulah aku letak msg..harap-harap dia terbaca...(eheheh lah apasal aku tak PM dia aje yek melalui forum tu < serius ni aku baru teringat ni..hahaha)
  4. Akhir sekali aku tido :lol:
sebenonya langkah yang pertama tu aje dah cukup dah, sebab dalam diagnostic tu dah tertulis yang website aku lawati tu bukan host malware ni.

Pada rakan2 yang lain yang ada Link dengan Blog brother tu harap keluarkan sementara waktu dari senarai Link yang selalu dilawati sehingga Blog tersebut selamat di kunjungi supaya rakan2 yang lain dapat melungsuri Blog anda tanpa ada keluar warning...dan kepada pemilik Blog tu, nanti aku PM melalui forum :)



Isnin

Sukasuka (KD)




Nota Keyboard: .......

Maal Hijrah 1432 (KD)




Semalam wife minta buatkan kertas dinding sempena Maal Hijrah untuk komputer dia, so aku buatlah seberapa yang aku tahu, walaupun tak menarik aku tetap nak kongsi jugak kat sini. sapa2 yang berkenan tu ambillah. ianya seperti biasa percuma aje.

::Nota keyboard: untuk dapatkan hasil yang lebih smooth, sila klick kat gambo tu..nanti akan keluar tab yang baru dan kemudian baru save as :)

Jangan lupa doa akhir tahun dan awal tahun ari ni...

Jumaat

Jeritan Batin Ku



Lagu ni aku tujukan buat "Borang Kemuskilan" yang dijanjikan akan diemail pada aku masa meeting dengan kesatuan hari selasa lepas sebab aku perlukan Borang ni untuk mengadu akan salah laku yang dibuat oleh Acting Boss yang Over acting...tak tahannnn

Jeritan Batin Ku 


Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang outlook
Ku pandang yahoo
Di kau tiada...



1
Risau
Batinku menangis risau
Makin ku tunggu
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa perangai tak boleh blah
Tak sanggup menahan marah
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku


( ulang 1 )

Nota keyboard: lirik telah diubah suai dan sila nyanyi style Azlan dan Typewrite :)

Pencil and Eraser


Aku ada terima email dari rakan Taman2Syurga, ceritanya menarik...so aku nak berkongsi dengan sesiapa yang membaca blog aku ni, terutama pembaca tegar...anak aku le :) , aku tak nak transletkan cerita ni ke BM sebab aku terima email ni pun dalam BI...Layannnnnn dan renung2kan lah wahai anak-anak :) 
  


Pencil  : I'm sorry.... 
Eraser : For what? You didn't do anything wrong. 
Pencil  : I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, 
               you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of 
               yourself. You get smaller and smaller each time. 
Eraser : That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. 
               I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, 
               I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. 
               So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :) 




I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad. 

This is for all parents out there..... 


Nota Keyboard: siapa jua yang telah menulis cerita ini, aku ucapkan jutaan terima kasih.

Rabu

CPU dah Ok :)




Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu menunggu, akhirnya sihat jugak komputer ni....dapatlah aku teruskan agenda aku yang telah tertangguh sekian lama. Job masuk dah berlambak, kenalah aku berkerja keras menyiapkannya.
Ok, apa yang menariknya dengan komputer yang telah dibaik pulih ni.

  1. HD Memory dah upgrade dari 80GB ke 230GB + External HD 1TB
  2. Ram dari 2GB ke 4GB
  3. Upgrade Graphic Card ke ATI Radeon
  4. Software dari CS2 ke CS4
Hmm...apa lagi yek...Ohh ya, aku rasa macam dapat komputer baru aje walaupun sah2 tak baru. 

nota keyboard: rasa pening pulak nak siapkan kerja yang telah tertangguh lama ni, errr apasal lain macam aje CS4 ni.

CPU k3 part 2

Paham-paham..aku paham yang aku punya komputer tengah dibaik pulih...sabo ya aku sabo, tapi masalahnya dah masuk lebih 10 hari ni, aku dok goyang kaki aje...kaki pun dah naik kebas, sekali-sekala tu dapat le "pinjam" komputer member tapi aku bukannya boleh dapat buat apa-apa pun sebab yang ada software grafik cuma aku punya komputer tu...aduiii!!!.

lagi kalau guna member punya ni, tak dapat le aku lungsuri laman sesawang yang aku suka (bukan laman sesawang yang tak berakhlak tu ya), dan yang paling  aku tak suka aku kena hadkan penggunaan komputer tu....aduiii!! kali ke 2.



Lama dulu kalau komputer down aku boleh buat secara manual sebab dulu aku cuma visualizer aje...tapi la ni segala-galanya aku kena buat dalam komputer sehingga siap untuk print...hmmm



Aku betul-betul penat bila aku tak buat apa-apa kat opis ni. Harap-harap cepat le sembuh wahai komputer....

Pukul 11.23 minit pagi dapat panggilan dari IT Department. (ayat telah di sensaikan hehehehe)

Aku  : Helloo Nama Syarikat
IT      : Hello Bro, aku baru terima kau punya komputer hari isnin itu ari (22hb Nov lah tu)
           Rasanya korier service cuti kot.
Aku  : Aa ya ke ok tak pe bro, macam mana teruk ke?
IT      : Aku kena reformatt la drive c ni.
Aku  : Ooo ok, thank bro...
IT      : Welcome.

isnin, selasa, rabu....khamis, rasa jumaat boleh dapat :)

Selasa

CPU kong king kong


12hb November 2010, komputer telah di upgrade, graphic card ganti Ati Radeon, HD tambah +- 150GB so drive C dan D yang lama dicombinekan jadi 80GB, RAM tambah 2GB lagi jadi 4GB...hati dah berbunga, bayangkan kelajuan yang bakal dirasai. Dalam keseronokan install dan unisntall software dan restart...

~alamak, terkedu sekejap~

Problem timbul..screen jadi blue sebiru muka aku...haru biru betul. Boleh pulak "unmounted_boot_volumed" keluar..Argggghh! tension-mension di buatnya.

Malas nak pikir lagi, call HQ, bagi tahu IT Department, dia orang suruh buat, aku tak nak sebab ada benda lain yang diaorang kena install..aku tak de benda tu, so dengan berat hati CPU dipack, korier service dipanggil, tepat kul 3.20ptg...belayarlah CPU ku yang tersayang...aduiii!!!..nasib baik minggu ni banyak cuti so biarkan aje lah CPU tu direhat dan rawat di HQ...moga2 ianya sembuh seperti sedia kala.

:: Bisu dan rindu :(
Selamat Menyambut Hari Raya Korban - Eid Ul-Adha

Isnin

PayBox

PayBox

Kao orang pernah dengar tak PayBox ni...
aku dah sebulan dah layan benda ni...saja aje
bukan keluar duit pun...kalau nak join, aku sarankan create akaun email baru
dan daftar kat atas tu, so kao orang tak rugi apa2 pun kalau dia cuma scamkan
dan aku juga sarankan kao orang baca dia punya syarat2 tu betul2..

Layannnnn..

Khamis

Habis! (KD)




:: Dah nasib, apa boleh buat...(-ve thingking)

Rabu

Jalan2 D' Langkawi


1hb November 2010, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, maka berangkatlah kami sekeluarga ke Langkawi dengan menaiki Pesawat Firefly dari senai - subang, subang - langkawi. Setiap penerbangan mengambil masa 1jam hingga 1jam 10 minit.
          Cuaca cerah di Senai dan Subang tapi mendung di Langkawi. Sesampainya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), kami disambut dengan tawaran sewaan kereta dan pakej perlancongan di Terminal balai ketibaan LTAL. Kami terus menuju ke kaunter yang terdapat di tengah2 kerana brother yang berada di kaunter tersebut memanggil aku dulu.
       Aku di tawarkan kereta Sentra dengan kadar RM180 untuk anggaran masa 48jam, Isteri tak setuju, dia nak kereta yang lebih kecil, so brother tu pun cadangkan aku guna Viva..cuma RM140, kereta baru dia kata. Aku set aje, isteri ke kaunter sebelah untuk tempah trip Island Hopping dengan kadar RM120 untuk 4 orang.
           Kami tunggu kereta lebih kurang 20 minit, bila dapat kereta..woww!! memang kereta baru, sit lum bukak plastik lagi, tengok ODO meter baru 56km...masih ada bau kedai lagi, minyak full.
Alhamdulillah...so perjalanan pun bermula.

Aktiviti Hari Pertama:
  • Ke hotel (TM Resort) < rehat kejap
  • Tempat lawatan pertama: Cabel car di Gunung Matchincang, naik ikut Oriental Village, malangnya hujan renyai-renyai, jadi Cabel car tak boleh di gunakan..kami ronda2 di Oriental Village aje.
  • Seterusnya ke Gallery Perdana ikut jalan Teluk Yu dan Air Hangat.
  • Kemudian ke Pekan Kuah borong Coklat di HJ ISMAIL GROUP, rupanya banyak kedai Hj Ismail ni.
  • Solat Jammak Takhir di Masjid Al-Hana
  • Lepas tu makan malam dan balik hotel < Hujan mula turun dengan lebatnya. Dapat berita Kedah, Perlis dan Terengganu kena banjir.
Hari Kedua:
  • Alhamdulillah cuaca hari ni cerah sedikit, dapat le pergi Island Hopping. Naik bot kat belakang hotel aje. Mula2 ke Pulau Dayang Bunting kemudian kena redah hutan untuk ke Tasik Dayang Bunting (disini kena hati-hati, selain dari jalan yang licin...kena jaga barang yang dibawa agar tidak di ragut oleh Monyet). Selepas mandi kat Tasik, kita orang dibawa ke Pulau Singa untuk lihat Helang makan. Last sekali kami dibawa ke Pulau Beras Basah untuk mandi manda dipantai. Lebih kurang 4 jam masa yang diperuntukkan untuk Island Hopping ni.
  • Balik dari Island Hopping, rehat kat hotel. Lepas solat kami keluar menghala ke Oriental Village semula untuk menaiki Cabel car...tapi masih tak dapat naik sebab cuaca kat puncak berkabus, kami batalkan rancangan untuk naik Cabel car ni dan teruskan agenda kami.
  • Lepas makan tengah hari kami menghala ke Beras Terbakar melalui jalan Pantai Kok dan Kuala Teriang. Di sini kami beli T-Shirt dan Kain Batik aje.
  • Lepas Beras Terbakar kami ke Makam Mahsuri, banyak dah berubah tempat ni.
  • Kami teruskan perjalan ke Ulu Melaka untuk cari Ubat Gamat...kami ke Nusantara Maju. Isteri beli Ubat Gamat seperti yang dipesan oleh Abah.
  • Kami patah balik ke Pekan Kuah sebab Nabil nak tengok Dataran Helang. Hujan mula renyai-renyai tapi kami redah aje ke Patung Helang Besar tu untuk ambil gambar.
  • Sebelum balik hotel singgah kejap kat Kedai Hj Ismail yang lain pulak untuk borong coklat lagi.
  • Malam kami ke Proto Malai tapi tak turun sebab macam tak best aje...bot pun dah kurang, agaknya diaorang pindahkan ke Burau Bay.
  • Kami ronda-ronda di Jalan Pantai Cenang, kat sini dah ada banyak kedai baru, pelancong asing pun ramai kat sini.
Hari Ketiga:
  • Hari untuk balik, so tak de yang istimewanya.
  • Flight Langkawi ke Subang pukul 1.05 ptg sampai dalam pukul 2.10 ptg manakala Flight Subang ke Senai pukul 6.10 ptg ini bermakna kami kena duduk kat subang tu lebih kurang 3jam setengah..aduiiii.
  • Buntu kejap kat Subang... Aku tanya kat info center, diaorang kata tempat penginapan sementara dah tutup tak ada lagi..argggg so masing2 lepak aje kat kerusi yang disediakan...anak sulong pulak pergi meronda sorang-sorang dalam terminal ni.
~Tamat sudah~ 

tengah kumpul duit semula untuk ke Langkawi lagi sebab banyak lagi tempat yang menarik tak pergi - 3hari 2malam tak cukup hehehe  :)

::Nota keyboard: Untuk kereta sewa dan Island Hopping, aku gunakan khidmat syarikat ni - Rakan Kota Leisure Sdn. Bhd. No.16, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. 


Isnin

Nak tau tak? :P



Memandangkan lupa bawa gambo maka tak dapat le aku nak bercerita perihal cuti aku bersama keluarga tempoh hari. InsyaAllah, akan aku masukkan pada n3 akan datang tapi sebelum tu kenalah layan benda ni dulu.

Aku adalah follower setia blog "AKU YANG TAK FEMES" 
1st TAG yang aku terima dan aku sedia jawab datangnya dari Cik Ain :)

Write 5 interesting facts about the person who give u this award..
1. Pencinta kucing
2. Pencerita yang berbakat
3. Pereka Graphic yang mahir
4. Pekerja yang rajin
5. Penasihat yang boleh diterima pendapatnya.

Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby.. (tiada fakta yang menarik ya...)
1. Sedari kecik aku suka menconteng (tapi lukisan tetap tak best)
2. Gamer...layan segala jenis game tapi paling suka strategy game
3. Bowlers class C (<150 jatuhan pin..selalu tewas di tangan isteri )
4. Sudah beristeri dan mempunyai 2 anak lelaki
5. Mempunyai hati seperti air batu (sejuk, keras dan mudah cair)
6. Pendiam..err agaknya
7. Suka baca cerpen, novel (kecuali novel cintan tak suka baca) dan bahan bacaan umum
8. Mudah panik
9. Sedia menjalankan tugas dengan jayanya :) << ni cikgu aku tulis kat report card masa form 6 dulu-dulu
10. Tak pandai mengarang cerita

Pick your most 10 deserving recipients and describe them..
1. Err semua dah dapat kot :P

Jumaat

Dialog pagi


Maaf..bulan ni tak de KD baru sebab aku punya Drive C tengah nazak so photoshop pun jadi sangkut-sangkut, oleh kerana itulah aku gagal menjalankan tugasan yang aku dah setkan untuk blog ni (macam bagus aje aku ni hehehe...padahal hancus gila artwork).

Dailog kul 9 pagi.

Lynn: Abang Zamri, happy aje ari ni?
Aku: (senyum sampai ke telinga)...mesti le...
Lynn: Ada berita baik ke?
Aku: Tak de lah...next week saya bercuti semingguuuu
Lynn: Fuyooo...patut pun happy..
Aku senyum lagi sampai ke belakang tengkuk pulak (errr...)

Dailog  kul 11 pagi.
Dapat call dari HQ KL

Aku: Helloo, *******ges selamat pagi 
         (jawapan yang aku selalu gunakan bila jawap telefon di ofis)
HQ: Helloo, Abang zamri Gems boleh bukak tak?
Aku: Boleh, semalam dah settel, dah ok dah..
HQ: Ooh OK..b
Aku: HQ (bukan nama sebeno) tunggu..
HQ: Aa ya?
Aku: Bila nak hanto aku punya extra RAM, H/Disk ngan Graphic Card aku?
HQ: Oo yang tu nanti aku confirmkan dengan *******, next week kot.
Aku: Oo OK, bye
HQ: Bye.

...dan aku pun terus dengan tugasan harian aku, memblogwalking dan menconteng apa2 yang seadanya...

Selasa

KD diri sendiri :)

OK kertas dinding kali ni lebih kepada syok sendiri (yang sebelum-sebelum ni pun syok sendiri jugak :P ), sebab aku letak gambo aku zaman dulu yang telah diubah suai (gambo askar tu tak ada kena mengena dengan aku masa silam hehehe...)


::Nota keyboard: apapatah

Stress?

Ok..aku stress...
Sebab apa stress?
Mana aku tahu...kalau aku tahu, pasti le aku tak stress..adoii!!





Bila kita stress, tubuh badan kita akan bertindak balas secara semula jadi...
aku tak nak terangkan secara details sebab aku tengah stress ni, so sila rujuk gambarajah dari www.washingtonpost.com ni..


Nota keyboard: stress betul baca blog ni hehehehahaha :D

1123200 saat


18720 minit bersamaan dengan 1123200 saat, 1 juta lebih tu...mak ai lama beno ni, otak semangkin hari bertambah kusut,  kepala dah bertambah berat, perut jangan cerita la :)
Artwork yang perlu aku siapkan dan berlambak di atas meja ni aku dah tak usik lagi dah. Idea dah merayau ke mana pun aku  tak peduli. Setiap detik setiap saat terasa lambat berlalu. Adui!!...

Sabo ya sabo masanya akan tiba jugak, jangan dihantuk kepala tu nanti sakit dan berdarah.

1123200 saat bukannya lama sangat...


Jumaat

Bunga Raya (KD)

Lupa pulak aku...yang bunga raya dah 50 tahun menjadi bunga kebangsaan kita...jadi sempena menyambut Jubli Emas bunga kebangsaan ni, aku buat le Kertas Dinding ni tapi tanpa adanya perkataan Jubli Emas bla-bla-bla-tu
(sbb aku cari dalam laman web, tak de pulok logo tu). Harap ada yang sudi menggunakannya untuk lekat di monitor sepanjang bulan september ni :)





::Nota keyboard: sudi-sudikan ya :)

Khamis

Apabila Isteriku Tertawa



Sohaimi Mior Hassan

Apabila Isteriku Tertawa 

Aku sering dilanda kerinduan
Pada keamanan pada kedamaian
Namun semua gelora
Hilang entah di mana
Apabila isteriku tertawa

Aku risau memikirkan harga rumah
Makin melambung tinggi
Langsung tiada batasnya
Namun segala risau
Terus hilang ke mana saja
Apabila isteriku tertawa

Ketawanya pendek sahaja
Bagaikan sengaja direka
Namun penuh bermakna
Lantas mengubat segala duka

Aku sering memohon pada Dia
Agar aku dan isteri sentiasa bersama
Kerna semua derita hilang entah ke mana
Apabila isteriku tertawa

:: Nota keyboard...  :)

Rabu

Eid Ul-Adha (KD)

Kertas dinding simple bulan zulhijjah.





:: Salam Idul Adha ~ selamat menunaikan ibadah haji dan korban.

Jumaat

Emosi sepanjang minggu

"kacang aje ni..." (sorry...gambo ni tak de kena mengena dengan cerita ni)

Tengah dok termenung mencari idea nak buat artwork, teringat pulak emosi aku sepanjang minggu ni...rasanya minggu-minggu sebelumnya pun sama :)

"Emosi yang macam mana tu?"  soalan si Minda penuh toleransi dan berbudi perkerti
"Macam-macam" jawab si Hati selamba pot
"Cuba kao senaraikan, nak jugak aku study apa permasalahannya" kata si Minda lagi sambil membelek-belek tetikus yang tak menyala dari tadi.
"Hmmm..." si Hati mengerutkan dahi tanda berfikir

-diam dan sunyi- 

(30 minit 21 saat 9 setengah detik berlalu)

...tiba-tiba...

"Aa!...aku taipkan ya"  Jerit si Hati dengan lantang membuat suggestion (atau Sugjerim dalam bahasa Albanian), raut wajah penuh ceria tanda cadangannya pasti berjaya.

si Minda terkejut kera, nyaris-nyaris hilang akal dibuatnya. (Fuhhh! nasib baik kena sipi sebelah kiri.) si Minda perhatikan si Hati menaip laju di papan kekunci juga dikenali dengan nama bordo chiave dalam bahasa italiano :) 

Traptatpketaptapkedebaptap... (Bunyi papan kekunci ditenyeh)
...put! (yang ni bunyi angin terlepas) "Opp..maaf" si Hati menekup hidungnya beria-ia walaupun angin tu datangnya dari dia.

Kelihatan senarai emosi yang dimaksudkan oleh si Hati tercatat di dada monitor

" Emosi aku dalam seminggu mengikut hari:
  1. Isnin > aku selalu naik angin (monday blues)
  2. Selasa > biasanya rasa selesa sebab dah marah orang semalam :)
  3. Rabu > ni yang aku berbulu ni (boleh pulak diaorang kenakan aku balik)
  4. Khamis > kadang-kadang menangis kerana diaorang balon teruk-teruk kat aku
  5. Jumaat > hari ni aku kena pakai "Smart" sebab nak ke masjid sembahyang jumaat
  6. Sabtu > hahahaha boleh balik pukul satu petang tengok wayang
  7. Ahad > waktu untuk rehat
Setel.."

" Itu aje?" tanya si Minda sangsi
"Ya la..harikan cuma ada 7 aje" si Hati melimparkan senyuman bangga dangan disertakan kerlingan manja
"cis...buang karen aje, baik aku sambung tido" si Minda melabuhkan diri diatas meja semula

::nota keyborad: ntahapaapatah

Kalendar 2011/2 (KD)




:: Nota keyboard: yang ni pulak layannn..hmm..jenis macam ni dipanggil apa ye

Khamis

Kalendar 2011 (KD)


Pejam celik pejam celik...dah nak ke penghujung 2010, raya pose pun dah berada di hujung jeram...maka dengan rasa rendah diri aku membuat kertas dinding baru dalam bentuk kalendar 2011 ni khas buat kao orang yang SUDI melekatkannya di monitor kao orang :)




:: nota keyboard: aku cuma main lekat-lekat gambo aje ye dan ianya percuma.

Selasa

UPSR 2010


Hari ni bermulanya Ujian Penilaian Sekolah Rendah untuk tahun 2010, ini bermakna anak aku yang sulung akan menduduki Peperikasaan Umum yang pertama dalam sejarah hidup dia...kalau dulu masa aku muda belia, masa budak hingusan lagi..aku tak de pun rasa berdebar ke, panik ke atau risau tak tentu pasal bila nak masuk peperiksaan ni...tapi sekarang bila anak aku nak ambil periksa, aku pulak yang mengelabah tak tentu pasal. Agaknya macam ni le perasaan mak bapak aku dulu :).
Sedikit info berkenaan UPSR ni yang aku dapat dari Miss Wiki:

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah atau UPSR adalah program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar 
di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah. 
Ia diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.
Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa 
Inggeris dan Bahasa Malaysia.
 
Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). 
Pada 20 Jun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh menterinya, 
Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) 

dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat d
emikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga 

tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya. 

PMR dan UPSR mungkin dijadikan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, 
dan bukannya sebagai peperiksaan awam.


SubjekBahasa Dalam PeperiksaanKertas 1Kertas 2
Bahasa MelayuBahasa Melayu (Malaysia)ObjektifPenulisan
Bahasa InggerisBahasa Inggeris (English UK)ObjektifWriting
ScienceBahasa Inggeris dan Bahasa MelayuObjektifSubjektif
MathematicsBahasa Inggeris dan Bahasa MelayuObjektifSubjektif
:: Nota keyboard, khas untuk amir, ayah dan mama mendoakan akan kejayaan amir dalam UPSR
tahun ni. InsyaAllah...