Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Jumaat

Print Screen / screenshot - iPhone

Khamis, 11.05 malam. kedengaran deringan Handphone dari dalam rumah, suara seperti Adam Sandler berkata-kata. "Ma, sapa punya HP yang berbunyi tu, tak bermoral betul guna ringtone macam tu" Aku bersunggut dari luar rumah."Tu kan HP ayah, ringtone handphone sendiri pun tak kenal ke?" Isteri aku menjawap dengan suara manja."Ohh ya ke, hehehe sorry" Aku cuba cover malu dan bergegas masuk rumah.

Aku          : Assalalmualaikum, Halooo
Member  : Waalaikummusalam Bro!
Aku          : Ya, ada apa-apa boleh saya bantu?
Member  : Bro, macam mana kao boleh buat screenshot hanphone kao tu eak?
Aku          : Screenshot handphone? (Aku blur sekejap)
Member  : La, macam yang kat blog kao tu lah, entry semalam...
Aku          : Ohh tu ke? hahahaha
Member  : Apa hal nak ketawa pulak, kao sihat ke tak ni?
Aku          : Sihat...sihat...
Aku lagi   : Ginilah esok aku buat entry baru pasal screenshot ipone pulak, kao baca kat situ le
Member  : Bagi tau terus kat aku sekarang tak boleh ke?
Aku          : Boleh tapi aku malas nak terangkan satu-satu, rumit prosessnya tu bro hehehe
Member  : Yelah yelah, ok Asslammualaikum dan selamat malam
Aku          : Waalaikummusalam.
*Teet*

Susah beno ke?, mana ada, tak susah mana pun, mudah aje...
Caranya cuba lihat gambarajah kat bawah ni, sekali tengok dah faham punya.

Kalau nak buat screenshot atau print screen guna iphone, tidak perlu menggunakan apa-apa application atau software sebab iphone dah sediakan cara mudah membuat print screen ni, caranya:
  1. Mula-mula tekan "Power/Sleep Button" (jangan lepas)
  2. Kemudian tekan "Home Button" dan lepaskan serentak dengan "Power Button" tadi.
  3. Screen akan bertukar putih dalam 0.5 saat dan bunyi "Klick" kedengaran seperti mengambil gambar.
  4. Semak di image folder (Photo Folder) - gambar screen terdapat didalamnya
  5. Siap
Anda juga boleh mengambil gambar screen anda dengan cara sebaliknya iaitu tekan "Home Button", tunggu dan picit "Power Button" lepas kedua-duanya...setel

**hehehe kalau aku terus tunjukkan caranya kan lebih afdal dari aku bercerita tah apa-apa ni kan....kan...

6 teguran membina:

N.A berkata...

rasanya semua smart phone guna cara ni kalau nak buat screen shot... kecuali tablet, ada lain sikit...

Mohzam berkata...

Aa, itu hari saya ada tanya member yang guna android phone...dia kata kena tekan dan tahan "Power Button" dan "Volume-Down Button" serentak, tak perlu 3rd party software/application.

::duna semangkin canggih dan mudah hmmm

Zhi berkata...

kekekkekekke. ..( itu je nak komen )

Mohzam berkata...

"Robot dah semangkin canggih sekarang" aku bermonolog sendirian :)

N.A berkata...

oo...tapi saya pakai HTC.. kalau nak print screen tekan power + home lebih kurang macam tutorial ni jugak...

Mohzam berkata...

Terima Kasih atas info tersebut Mrs Zuel, agaknya semua smart phone sekarang ni macam tu caranya untuk print screen kot.

Catat Ulasan