Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Rabu

Tukar gear motorsikal

Assalammualaikum,
Beberapa hari yang lalu aku baru terbaca komen di entry "Lesen B2..."(rujuk sini).
Ada 2 pengunjung yang tanya berkenaan penggunaan gear motor  250cc...ok, mula-mula sekali aku mintak maaf sebab lambat reply dan aku rasa lebih baik aku buat entry baru berkaitan dengannya tetapi sekali lagi aku minta maaf kalau apa yang aku tulis ni tidak sama cara penggunaannya dengan apa yang anda dapati di motor 250cc milik anda.

rujuk gambarajah dibawah:


Untuk penukaran gear motosikal ni, anda perlu ikut 4 langkah asas (kalau tak ikut pun boleh).
  1. Turunkan pemulas minyak (throttle)
  2. Tarik klas (Clutch)
  3. Tukar gear yang bersesuai dengan keadaan kelajuan motor anda ketika itu
  4. Lepaskan klas secara pelahan berserta pulas minyak sedikit-sedikit
Benda ni kalau dah biasa dah tak terasa pun. Penukaran gear perlu dibuat berpandukan RPM (kelajuan enjen). Sekiranya enjen terasa berat (terutama ketika menaiki bukit atau memotong kenderaan), tukar ke gear rendah, begitu jugak sebaliknya kalau enjen seperti menjerit mintak tolong maka anda perlu tukar ke gear lebih tinggi.


Gambarajah ni  biasa yang terdapat di moto kapchai, kalau motor ala-ala superbike selalunya jenis songket aje.

ini antara motor yang aku suka :D

::Selamat memandu secara berhemah, pandu cermat jiwa selamat...jangan lupa pakai helmet dengan ikatan kemas dan pakaian yang sesuai ketika menunggang motor. INGAT! sedetik cuai badan terbarai

245 teguran membina:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   1 – 200 daripada 245   Terbaru›   Baru»
Tanpa Nama berkata...

Kalau yamaha 125zr same cmni jgak ke tukar gear nye ?

Mohzam berkata...

Yamaha 125zr, moto yang mempunyai 6 gear, aku lum pernah cuba, tapi kalau tengok ciri-cirinya aku yakin cara penukaran gear sama aje dengan moto ber"gear" 5 seperti di atas.

Tanpa Nama berkata...

X fhm sngt yg Kat bhgian gmbr tu...masuk Gear 1 songket kan? Smpi gear 5? Nk trn gear ke bawah kn? Smpi free gear? Kn?

Mohzam berkata...

Gear pertama kena tarik klas dan tekan kebawah nanti bila nak masuk gear kedua dan seterusnya baru songket keatas. kalau nak free gear dari gear pertama cuma songket sikit aje keatas.
lebih kurang macam ni susunannya:

6th gear (if applicable)
5th gear
4th gear
3rd gear
2nd gear
NEUTRAL
1st gear

Untuk mula-mula nak jalan motor ke tekan gear kebawah (masuk gear 1) kemudian baru songket untuk dapat gear 2 dan seterusnya, kalau nak tukar gear 5 ke 4 kena tekan kebawah...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Lost Link berkata...

Macamana pulak dari gear tinggi(2,3,4,5,6) turun ke gear neutral?

Mohzam berkata...

Lost Link: kalau guna gear songket: caranya tekan sahaja kebawah sehingga gear 2, lepas tu dengan pelahan tekan kebawah lagi sikit, pastikan klac sentiasa di tarik dan kalau ada aras tanda di meter lagi mudah untuk tahu sama ada dah masuk neutral atau tak.Untuk permulaan sememangnya agak sukar.

Tanpa Nama berkata...

selalu di simpang atau trafiklaik kena guna gear berapa

Mohzam berkata...

Kalau berhenti di simpang / lampu isyarat, Freekan gear dan mulakan dengan gear 1 bila bergerak semula. Satu cara yang lebih elok, apabila hampir saja dengan simpang atau trafik light (dalam jarak 50 meter),turunkan gear ke gear 2, standby untuk menukar gear seterusnya...
kalau waktu tu tiada kenderaan lain (di simpang) atau lampu telah bertukar hijau mudah menukar gear yang lebih tinggi dan bergerak terus.

Tanpa Nama berkata...

setiap gear kena tekan klac ke?

Mohzam berkata...

Ya, setiap gear kena tarik klac, tarik dan baru masuk gear, klac ni tujuannya bagi melancarkan setiap penukaran gear.

Tanpa Nama berkata...

Cmne kite nk taw..lau gear tu da neutral atau tak...

Tanpa Nama berkata...

Makna nya dari gear 6..tak boleh terus neutral la..kne turun kn gear dlu bru bole dpt neutral.. ( neutral di antara gear satu dan gear dua )

Tanpa Nama berkata...

kereta lain sikit..sbb dari gear 5 boleh trus ke neutral...moto beza nya kne turunkn gear dlu bru boe dpt neutral nye kn

Tanpa Nama berkata...

Klau bwk moto..di trafik light...turunkan gear spai gear satu..tak perlu neutral...tapi kne tahan klac kn ( bgi yg malas nk tuko gear neutral ) betul tak..lau sy salah..tegur sy

Mohzam berkata...

Cara untuk mengetahui sama ada gear telah neutral ialah kita perlu tolak kehadapan sikit motor tersebut tanpa tarik klac, kalau moto tak sangkut-sangkut maknanya dah neutral le tu.
Betul, gear moto tak sama ngan gear kereta :)
Betul jugak, kalau malas nak tuko gear neutral kekalkan ke gear satu dan kita cuma tarik klac aje tapi lenguh sikit le jari jemari nanti...seeloknya biasakan men"neutral"kan gear.

Tanpa Nama berkata...

Kena mahir kawal klac je konfem motor tak mati.

Mohzam berkata...

Ya betul, mahir kawal klac tu penting, caranya kena selalu le bawa motor ber klac ^_^

Unknown berkata...

Kalau mcm nk trunkan gear sme mcm ni msuk gear kan,trik n lpas slow2?

Unknown berkata...

Kalau nak naik banggol ke,klau nk change gear same mcm tambah gear kan,trik n lpas slow2

Mohzam berkata...

Ya betul achik nani, tapi kalau dah biasa tak akan terasa, yang penting yakin dan percaya diri

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya gear 2 selalunya biasa untuk jalan biasa kan? Gear 3 untuk yang berbukit ke?

Unknown berkata...

banyakk tanya pulak dia nih -_-

PesaLTheStOry berkata...

tolong ajar... xpandai la nk bawak.

Mohzam berkata...

Tanpa Nama (21 april): Gear 2 dan 3 (gear rendah) sesuai digunakan ketika keluar simpang dan menaiki bukit...sekiranya beban yang dibawa berat dan bukit yang dinaiki curam maka gunakan aje gear satu, kalau jalan rata lebih baik guna gear tinggi (4,5 atau 6)
Zarif Farhan: tak pe :) rajin bertanya kan bagus untuk kesihatan
PesaLTheStOry: Kena pergi driving school, dia orang lebih berkelayakan untuk mengajar...

PesaLTheStOry berkata...

teringin nk bwk moto 125.. tp xtau psl gear lg.. msh confius.. huhu

Mohzam berkata...

Gear moto ni mudah dikendali #PesaLTheStOry, cuma kita perlu berani mencuba dan belajar cara menyeimbangkan pengunaan klac dengan gear. Motosikal kapcai 125cc menggunakan klac emparan automatik bagi membolehkan penunggang menukar gear dengan mudah tanpa perlu menghadapi masalah enjin hampir mati akibat masalah kurang cekap menggunakan klac.

Tanpa Nama berkata...

Klau naek 125 bwk dkat highway nk main long gune gear brape

Mohzam berkata...

#Tanpa Nama 1 Jun: Kalau kita bawa motor di Highway (maknanya long distance lah ni yek-kalau salah maksud minta maaf ), guna gear tinggi = gear 5 atau gear 6 (bagi Yamaha 125zr), hanya tukar ke gear rendah apa bila hendak memotong atau menaiki bukit curam.

Tanpa Nama berkata...

Sy nk tnye..klau di traffic light..moto da benti..bole tak trus guna gear dua?

Mohzam berkata...

#Tanpa Nama 3:30: Boleh tapi moto tak cukup power untuk gerak (silap-silap boleh termati enjin) oleh itu guna gear satu lebih baik, bila dah lajak sikit (dalam 10 meter) baru masuk gear dua dan seterusnya.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sensei berkata...

salam'alaikum tuan..sy nk tanyew kl0 125zr nyh naik n trun gear x tekan clutch bolehkan..??sebab suami saya biasa bawak x tekan clutch p0wn..sy plek jgak..huhuhu

Mohzam berkata...

#Puan Sensei: Puan kena tanya suami puan kenapa tidak perlu tarik Klac bila masuk gear, mungkin suami puan lebih arif dengan keadaan motor beliau. Klac di pasang bertujuan bagi memudahkan dan melancarkan penukaran gear pada motor.

Tanpa Nama berkata...

sebelum tiba da di simpang traffic light...buat persediaan awal tukar gear dua..sblum berhenti...btol tak?...dari gear dua nk free kn gear..hnya tekan separuh..betol tak? mohon penjelasan...hnya utk kepastian dari anda

Mohzam berkata...

Betul betul betul :)

Tanpa Nama berkata...

Motor kapcai clutch boleh mati tak kalau lepaskan tak tarik clutch masa nk brhenti?

Mohzam berkata...

Boleh :)

Tanpa Nama berkata...

susah jugak ke kalau nk tkar gear motor clutch ?? sbb sy mau blajar guna motor clutch ..sy tkut sy trsalah masuk gear dn terus berlaku kmalangan .. sy rasa awk bleh explain dr awl utk sy .. cara - cara mnggunakannya ..gmbar rajah di ats sy tk fhm .. bleh explain kpd sy tk ?? kalau awk rajin explain .. Oh lagi satu , sy guna motor LC mx135 clutch .. bru beli .. sama jgak ke gear motor nie di dlm gmbar trsebut ??

Tanpa Nama berkata...

Nk tnye...klau moto mati enjin tapi gear msih ade lgi..nk hidup kn semula enjin moto..cmne..bole tak kalau sy..pegang klac lepas tu hidupkn enjin cm bese la "start guna di tmpat kaki tu"...cm kete sy buat jadi...

Tanpa Nama berkata...

Buat pengetahuan semua apa yang penting dalam belajar menunggang motosikal berklac ni ialah keberanian. Seboleh bolehnya belajar dahulu cara menunggang motosikal biasa untuk memastikan memperolehi cara keseimbangan motosikal. Apabila dah biasa ngan motosikal biasa, saya rasa tiada masalah untuk menunggang motosikal berklac. Tips paling penting semua pergerakan dalam pengerakan motosikal adalah klac. Daripada permulaan sehingga berhenti klac menjadi nadi dalam tunggangan. Sebelum masuk gear klac kena ditarik habis, sama juga keadaannya bila mahu merendahkan gear. (maksudnya daripada gear 1 ke 2 dan seterusnya serta sebaliknya). Serta pastikan bila klac ditarik minyak bukan dalam keadaan rem yang tinggi.

Mohzam berkata...

#TanpaNama 4/8:12:05 >>soalan telah dijawab oleh TN 5/8:11.33 (Terima kasih TN 5/8:11.33, tips yang amat membantu). Kedudukan gear motor sama bagi semua jenis motor termasuk Motor LC mx135 clutch.

#Tanpa Nama 4/8:1:49 >> Sebaik-baiknya freekan gear dahulu sebelum menghidupkan enjin terutama apabila hendak menghidupkan enjin guna starter tendang ini kerana kalau sekadar menarik klac ketika hendak start dikhuatiri klac terlepas dari gengaman tangan dan mungkin boleh mencederakan penunggang.

Tanpa Nama 5/8:11.33 >> Terima Kasih atas tips tersebut :D

Tanpa Nama berkata...

#Tanpa Nama 5/8:11:33 >> saya sokong 100 % ..

Muhd berkata...

Skrang saya dah pndai bawak motor clutch .. terima kasih kpd mohzam dan yg lain-ii kerana beri tips-ii yg penting.. jasa anda amat dihargai .. :)

Mohzam berkata...

#Muhd: Alhamdulillah, Tahniah Muhd.

Muhd berkata...

Mohzam , Sama-ii :)

Unknown berkata...

Bro. Klau tgh motor bergerak. Kita tekan clutch tanpa lps kannya antara gear 2 dan 3. Boleh ke? Mcm kita sentiasa tkn clutch masa tgh bergerak.

Mohzam berkata...

#Yoezonroew YzR...boleh tapi untuk apa ya? :)
sebab clutch ni keguanaannya untuk memudahkan penukaran gear, kalau ditarik sentiasa gear tak akan dapat masuk sebab gear dalam keadaan "Free" ketika clutch ditarik.

Unknown berkata...

nk tnye sikit..bile nk buang gear nk tarik clutch jgk ke..

Unknown berkata...

gear 2,3,4,5 nk masuk kene congkih kn bile nak buang tekan jer kan..

Mohzam berkata...

#kimi boys: untuk soalan pertama, Ya kena tarik clutch sebab cluth ni tujuannya "free"kan gear bagi memudahkan penukaran.
Soalan dua: Ya tepat sekali

zikri berkata...

Assalamualaikum .. nk tanye kalau dkt trafik light , stay dkt gear 1 .. moto tk mati kn ?

Tanpa Nama berkata...

Cmne cara yg btol nk tukar gear utk motor kapcai? Mohon pnjlsn..

Mohzam berkata...

@zikri saya dah email jawapan :)
@TanpaNama 1Okt: sama aje caranya cuma Kapchai (kalau yg tanpa cluth) cuma guna tumit kaki dan jari kaki untuk penukaran gear.

Tanpa Nama berkata...

kalau sy nk bwk moto kapcai round jln kg je, penggunaan gear brapa yg patutnye ye? boleh ke dgn gear tinggi wlaupon bwk slow? dan kalau kat jln rya, klu nk masuk simpang sy kena tukar gear 2 ke?

Tanpa Nama berkata...

cuba jelasksan cara masukkan gear rxz plak?? tlong saya bru nk blajar

Mohzam berkata...

@TN 8 Okt: kalau dalam kampung walaubawak slow guna aje gear tinggi, moto tak mati pun kalau moto tanpa klac tapi kalau motor ada klac pastikan klac sentiasa standby untuk ditarik.
@TN 15 Okt: gear RXZ sila rujuk gambar rajah "Penukaran Gear Motor" diatas. Untuk secara detail dapatkan tenaga pengajar disebelah anda :) sebab ianya lebih memudahkan anda mempelajari cara yang betul menukar gear motor berklac seperti RXZ ni.

Unknown berkata...

assalam saya nak taw bole ke klo kite dri gear 2,3,4,5,6 trus ke gear N? klo nak trun gear tekan kan ?

Unknown berkata...

n saye x berapa taw nak masuk ke gear neutral hope abg bole tlg

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah sy da pndai bwk moto 125zr....bwk jln kmpung...kne jln slalu..insyallah mahir...Amin

Tanpa Nama berkata...

klau modenas kriss 110 masuk gear songket ada side effect x?? klau boleh nk masukkan hand klac skali..

Mohzam berkata...

Setahu saya tak ada side effect, sebab kedudukan gear tetap sama :)

Tanpa Nama berkata...

Nk tnya moto 125zr ni biasa guna 2t berapa ringgit dan jenama 2t apa yg bgus dan lagi satu 2t satu botol tu tahan berapa hari serta kat mana 2t tu boleh beli tq.. hihi

Mohzam berkata...

Maaf tanpa nama 2 Disember sebab saya tidak dapat memberi jawapan dengan tepat harga, jenama yang paling baik dan berapa lama minyak 2T ini boleh bertahan kerana Ianya bergantung pada kekerapan kita menggunakan motosikal tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Kalau enjin motor mati sebab masuk gear lupa nak tekan clutch. Macammane nak start ye? 125zr

Mohzam berkata...

Tanpa Nama 9 Dis: Mula-mula pastikan gear dalam keadan "Free Gear", kemudian halakan suis ke "ON" dan mula start guna starter tendang/enjut seperti biasa.

Tanpa Nama berkata...

mcm mne nk tuka gear honda ex5?

Tanpa Nama berkata...

Nk tnya ni perlu ke kita panas kan enjin moto 125 sbab ada mitos ckp hnya perlu pAnaskn 30 saat je...bukan ke jangka hayat moto pendek jika x panaskn

ajiq berkata...

macammane nak freekan gear 125??? kenape x boleh? suis dkt on, signal semua boleh je menyala je, tapi lampu gear 'n' x kluar... bila nak start,motor ke depan nape x boleh nak 'n' kan gear??nak start pun x boleh...... time tengok abang kluar boleh pulak bawak mcm biase... tapi time nak curi2 bawak x leh pulak

Mohzam berkata...

TN 10: cara menukar gear dari gear ex5?, dari rendah ke tinggi (gear 1-5) tekan depan nak turun ke rendah tekan belakang, sekarang ni tak susah sebab dah ada guide di meter motor, tengok kat situ kita dah boleh tahu gear berapa kita guna...cuba la.

Mohzam berkata...

TN 11-12: Kalau waktu pagi, biasanya saya akan panaskan enjin sekejap, sebelum bergerak (anggaran dalam 1 minit 2 gitu) mengenai jangka hayat enjin saya kurang pasti, cuba tanya pada yang lebih pakar.

Mohzam berkata...

Ajiq, tu namanya tak berkat tu, jangan curi-curi bawak motor abang, nanti kalau berlaku apa-apa susah keluarga nanti :), cuba minta abang ajarkan, In Sha Allah dia akan ajarkan :)

n gage forever berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
n gage forever berkata...

salam bro...kalau dr gear 2 nak turun ker gear 1 perlu buat apa???tekan atau cungkil????

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

..

Mohzam berkata...

# n gage forever: sila rujuk gambar rajah di atas. kalau guna gear songket: gear 2 ke gear 1, kena tekan kebawah.
# tanpa nama 2 Jan: Maaf, saya terpaksa keluarkan komen anda sebab komen anda agak kurang sopan pada saya.

Tanpa Nama berkata...

Bro Mohzam , camana kalau nak turunkan gear motor clutch ni ? Boleh tunjuk ajar dokk ? Hee sorry . Nak sangat tahuu .

Mohzam berkata...

Tanpa Nama 6 Jan: Soalan agak keliru..."nak turunkan" (tanggalkan) gear atau "nak turunkan" (tukar gear) gear?, Kalau nak tanggalkan kena le saudara rujuk kat pomen sebab diaorang lebih mahir tapi kalau tukar gear dari rendah ke tinggi atau sebaliknya.Entry ni dah jelaskan dengan agak terprinci, yang penting saudara perlu ada orang yang dah biasa guna motor kat sebelah, :)

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana nak turun kan gear 6 hingga ke neautral? 125 .

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum .. nak tanya mcm mana nk guna motor LC 135 yg ada clucth .. tlng tunjuk ajar ye

Mohzam berkata...

Tanpa Nama 8 jan & 9 Jan: rasanya ada diterangkan dalam entry dan komen yang terdapat disini. :)

Tanpa Nama berkata...

bolehke saya stay ke gear 3 di moto klac kalau nak jalan kampung tanpa turun atau naikkan gear?

Tanpa Nama berkata...

Kalau gear neutral ke Gear 1 kene lepaskan klac perlahan² sambil memulas minyak sehingga motor sudah berjalan dengan lancar barulah lepaskan klac kan?kalau gear 1 ke gear 2 perlu ke lepaskan klac perlahan² atau lepaskan sahaja terus?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, nak tanya sikit.. Suzuki belang adalah motor klac ( saya percaya belang tak keluarkan model biasa — tanpa klacc) tapi saya perasan ada pedal turunkan gear mcm motor2 kapccai yg lain..dan bukan pada belang shj, motorr2 berrkuasa tiinggi yg lain pun ada. apa sebenarnya fungsi pedal tu?

Mohzam berkata...

Tanpa nama 19 Jan 5.38ptg: kalau jalan tu terlalu teruk kenale guna gear rendah (3 atau 4) tapi bukan sentiasa guna gear rendah tapi seelok-eloknya sekali sekala masuk gear tinggi bila jumpa jalan yang lebih rata (penat enjen kalau sentia guna gear rendah)
Tanpa Nama 19 Jan 5.45ptg: Gear 1 ke gear 2, boleh lepaskan terus sebab motor masa tu dah berjalan.
Tanpa Nama 6 Feb 5.33ptg: Suzuki Belang 150R, fungsi pedal tu untuk memudahkan penukaran gear, tak perlu songket, untuk low gear cuma tekan guna tumit kaki macam motor kapcai tanpa klac.

Mohzam berkata...

Tanpa Nama 6 Feb 5.33ptg: itu cuma pendapat aku aje sebab aku kurang faham maksud soalan tu.(maaf kalau aku salah beri penerangan)

Tanpa Nama berkata...

Sama je ke cara pemanduan moto klac mcm RG, Belang, Lc yg ada klac??? Klau nak masuk gear 1 tekan klas pastu tekan kebawah kan baru lepas klas slow2 kan? Nak masuk gear 2 tekan klas songket pastu lepas klas terus kan? Nak freekan gear dari gear 1 ke gear N tekan klas songket keatas sikit kan? Klau dari gear 2 nk free gear tekan klas pastu tekan kebawah sikit ja kan? Konfius ni

Tanpa Nama berkata...

salam abam..tk tnya mcm mne nk bwak mtor klac modenas dinamik120 dan penukaran gear nya??

Unknown berkata...

Masa gear 2 tu kena tekan klac ke supaya moto x gerak??

Tanpa Nama berkata...

Mohzam...macam mana nak lok stering ye?dan jugA carA buka nya

Tanpa Nama berkata...

tolong terang kan beza klac pedik dan panjang??

Mohzam berkata...

Woit lama tak masuk dan update blog. maaf kepada yang bertanya dan belum mendapat jawapan.
Tanpa nama 16 Feb 3.03 pg: Semua jenis motor bergear sama so cara pengunaannya pun sama yang membezakanya cuma sama ada menggunakan klac atau tak.Dan YA kalau nak tukar ke N dari gear 2, tarik klac dan tekan kebawah sikit.
Tanpa nama 17 Feb: Setiap motor samacara penukaran gearnya
Shukri Yi: Penggunaan klac sebagai cara nak freekan gear tanpa meletakkan gear ke N.
Tanpa Nama 10 Mac: Guna lock yang tersedia pada motor, sama ada dibawah steering atau tersedia pada suis motor...caranya halakan steering ke kanan dan guna kunci untuk lock :)
Tanpa nama 12 Mac: yang ni kena tanya makenik, sebab saya kurang arif :)

Unknown berkata...

Assalam..bro mohzam..kalo nk naek banggol, kene guna gear brape?

Mohzam berkata...

Waalaikumusallam Muhammad Hilman: gear 2 atau 3 dah mencukupi dengan clutch and throttle control...tapi kalau naik bukit kecuraman lebih 45 darjah maka kena guna gear satu le.

Unknown berkata...

Bro mohzam , kalau kite berhenti, moto akn mati ke tak klo gear 2 kite tekan clutch? Misalnya, saye berhenti di traffic, sye stanby gear 2 and mse tu tekan clutch, motor akn mati x?

Tanpa Nama berkata...

Nk tnya moto 125zr rpm berapa baru boleh tukar gear..dan apa beza petrol 97&95 sbab sy skrang guna petrol 97 utk 125zr

Unknown berkata...

nk tanye gear rendah tu mcm mne ??

Unknown berkata...

nk tanye gear rendah tu mcm mne ??

Unknown berkata...

Alhmdulilah sy da pndai bwk motor 125zr...sy de pngalamn bwk moto...kalau dari gear 5 enjin mati di tengah jln...hihi..dgn keadaan kete yg lalu kiri dan kanan...kelam kabut neutral kn gear...hihi

Tanpa Nama berkata...

motor mati dalam gear xsmestinya kene cari gear nuetral baru start balik..gear 1 ke gear 2 dh boleh..cuma kena tekan clutch sambil start motor,.

Tanpa Nama berkata...

gear rendah tu macam gear 1,2,3..untuk bawak slow or untuk kawasan berbukit..

Tanpa Nama berkata...

Salam... "Lepaskan klas secara pelahan berserta pulas minyak sedikit-sedikit" memang kena buat mcm ni ke ? kalau tak buat motor mati ? atau ni just utk clucth panjang .. clucth pendek kna jgak ke ?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Kalau gear 2 nak free kan gear tkan sparuh ke atau sungkit srparuh

Tanpa Nama berkata...

Assalam abng mohzam,mcm mne nak check minyak motor rxz ye,SBB meter moto saye x brfunsi .. Saya mglmi ksukaran utk priksa minyan motor rxz says ...

Tanpa Nama berkata...

Saye nak tanye..kalau kat bukit dah berhenti untuk turun..kene gune gear berape??

Tanpa Nama berkata...

Motor yg menggunakan clucth ye..

Tanpa Nama berkata...

Perghh bkan nk mnipu gw pown bru ja bli 125zr msa mla2 nk gna tu mmg payah tokey kdai smpai srabut kpala nk ajar aq gna moto tu trirama nya nk free gear.. dlm otw nk bwak moto tu blik rumah, mau malu jgak la kan.. 6,7 kali jgak la moto tu mati dkat traffic light.. mmg gw malu ooo skarang nie da tragak2 nk gna moto tu.

Khairul Anuar Bin Khairuddin berkata...

Salam..clucth ni bertindak memutuskan sambungan gear dlm gear box bile clucth ditarik, klu di lepaskan clucth akn bersambung balik dgn gear box..sistem manual ini juga bertindak untuk menjaga gearbox bertahan lama.. berikut beberapa gambaran sistem enjin 4 stroke dan 2 stroke,bila ejin di hidupkan tak kira piston berada pada posisi apapun ia akan bermula dari lejang isap~lejang mampatan~lejang kuasa n lejang buang.. evolusi ini akan berterusan selagi enjin hidup..sistem ini juga dipanggil sistem enjin pembakaran dalaman..sistem ini pula dimana terdiri dari piston, silinder block,head block,rod,Crankshaft,Gearbox,clucth,final drive(spoket dan tayar)..bayangkan sistem yg bergerak ini dlm kelajuan yg berubah-ubah dan kurang kecekapan untuk megendalikannya akan menyebabkan kerosakan yg parah. cth last gear dlm kelajuan 80kmp RPM6000(rxz)tarik clucth dan buang semua gear dan lepaskan clucth pada posisi gear 1st mmg akan menakibatkan stress pada enjin dan akan rosak.. lg satu klu 1st gear anda pakai clucth dan next gear tekan gear tampa tarik clucth takde masalah untuk waktu terdekat,untuk waktu yg panjang mmg akan memberi masalah..salah satu sbb cara pengendalian sebegitu rupa adalh untuk mendapatkan pickup dlm pecutan(contranya plate clucth cpt haus dan gigi gear haus),dan bg motor yg cable clucthnye putus..sekian...

Khairul Anuar Bin Khairuddin berkata...

Bagi anda seorang "rider" yg memiliki motosikal yang laju jangan perasan yg anda hebat..selagi anda tak bertemu seorang "bikers" yang handal dalam menekses power motosikal walaupun standart,pakar menentukan power bank gear berada di rpm berapa,handal mengambil selekoh terutama coner naik bukit dan turun bukit,dan katam kitab Conering of since..

Unknown berkata...

Ape kelemahan dan kebaikkan cluth panjang dan cluth pendek...

Khairul Anuar Bin Khairuddin berkata...

clucth panjang lambat nk tuil gear,clucth pendek cepat nk tuil gear(@ cepat nk engage kn gear) panjang pendek tiada beza klu dah cekap.. ni apa cita clucth panjang clucth pendek? kubis sangat ke?

Unknown berkata...

Bro ...klau motor yg ade cluth sedang dibawa dengan laju ,adakah perlu untuk kita menarik cluth atau terus masuk gear yg lain.ada yg ckap kena dan ade yg cakap x...

Hahaha berkata...

Kalau motorsiKal biasa macam ex5 masuk gear perlu tutup pemulas minyak?

Unknown berkata...

Yg jenis hang bagitau gear 1 jungkit ke ataih smpai gear 5-6.... Drop gear tekan bawah sampai free tu modified sndiri.. Suzuki RG SPORT AUTO CLUTH bnyak la orang dok buat forrest up bagai... Klau 125ZR, LC135,RXZ dan NAKED BIKE dan SUPERBIKE keatas.. Gear dia 1 tekan bawah, 2 ke 6 semua jungkit.. Klau nak drop pulak 6-5 sampai 1 tekan kebawah lepas tu nak NEUTRAL GEAR hang jungkit balik GEAR tu SETENGAH..... Hang paham ka??

Unknown berkata...

Yg jenis hang bagitau gear 1 jungkit ke ataih smpai gear 5-6.... Drop gear tekan bawah sampai free tu modified sndiri.. Suzuki RG SPORT AUTO CLUTH bnyak la orang dok buat forrest up bagai... Klau 125ZR, LC135,RXZ dan NAKED BIKE dan SUPERBIKE keatas.. Gear dia 1 tekan bawah, 2 ke 6 semua jungkit.. Klau nak drop pulak 6-5 sampai 1 tekan kebawah lepas tu nak NEUTRAL GEAR hang jungkit balik GEAR tu SETENGAH..... Hang paham ka??

Unknown berkata...

Haaaa betul la tu susunannya

Unknown berkata...

Kena turun satu satu gear lah kot

Unknown berkata...

Klu nak brek kan kne tekan clutch juga ke?

Unknown berkata...

Klu nak brek kan kne tekan clutch juga ke?

Tanpa Nama berkata...

kalau motor asal ade klac tangan..boleh ke kite nk buang klac tu...sbb sy xminat gune klac..huhuhuhu

Unknown berkata...

Saya menaiki motosikal y15zr (LC150) ...apabila sampai diselekoh....saya tarik clucth dan brek sedikit....dan seterusnya drop gear .....apabila saya berada dalam posisi gear dua....motor sudahpun melepasi selekoh....saya lepas clutch sedikit demi sedikit....tetapi moto still lagi bunyi macam nak mati....adakah kelajuan sewaktu membelok diselekoh mengikut kelajuan moto ketika membelok??????

Tanpa Nama berkata...

semua motor klas pakai gear mcm tu ke ?

kristana berkata...

Kalu kita nak Belok simpang kena guna gear bape.... saya ni baru nk amik lesen


Mohzam berkata...

maaf kepada yang bertanya kerana lambat untuk menjawap setiap persoalan yang dikeutarakan, kepada yang membantu menjelaskan setiap pertanyaan, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan anda dialu-alukan menyumbang idea disini...sama-sama membantu...terima kasih sekali lagi.

Mohzam berkata...

Q: Klu nak brek kan kne tekan clutch juga ke?
A: Ya, supaya gear dalam kedudukan free dan enjin tak termati secara mengejut
Q: kalau motor asal ade klac tangan..boleh ke kite nk buang klac tu...sbb sy xminat gune klac..huhuhuhu
A: Kalau tak minat guna Klac, tukar motor tanpa klac :)
Q: apabila sampai diselekoh....saya tarik clucth dan brek sedikit....dan seterusnya drop gear ....saya lepas clutch sedikit demi sedikit....tetapi moto still lagi bunyi macam nak mati?
A: Ada dua jawapan disini, pertama: Apabila kita membelok (diselekoh) tak perlu drop gear mahu pun tarik klac, cukup sekadar brek sedikit dan kawal pendikit kerana adanya lajakkan disitu.
Kedua: Kalau masuk sempang baru kena tarik klac, drop gear dan kawal pulasan pendikit.
Q: adakah kelajuan sewaktu membelok diselekoh mengikut kelajuan moto ketika membelok?
A: Ya
Q: semua motor klas pakai gear mcm tu ke ?
A: Ya
Q: Kalu kita nak Belok simpang kena guna gear bape?
A: Guna gear rendah (Gear 2 atau 3)

Unknown berkata...

Assalamualaikum.sya bawa motor bonus110.kalau sya kasi turun gear kan motor tu mcm mau mati.mcm nana tu ya

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya kalau ak dah gear 5 pastu ak lupe dah gear berape..pastu nak agak gear 1 smula cmne...ade tips x...xkan nk kire 1 1 gear

Unknown berkata...

Tarik brek dpn.. pastu henjut² sikit

Unknown berkata...

Motor x gerak la.. Bukan mcm kereta

Unknown berkata...

Motor x gerak la.. Bukan mcm kereta

Mohzam berkata...

Q: Nak tanya kalau ak dah gear 5 pastu ak lupe dah gear berape..pastu nak agak gear 1 smula cmne...ade tips x...xkan nk kire 1 1 gear
A: Situasi 1: Cuba tengok pada meter dashboard setengahnya ada tanda gear berapa kita dah masuk dan tiada cara lain kena tukar satu-satu hingga gear satu :)
Situasi 2: Buat cara Durrani Daud "Tarik brek depan...pastu henjut2 sikit" kalau motor tak bergeraklah
Q: Assalamualaikum.sya bawa motor bonus110.kalau sya kasi turun gear kan motor tu mcm mau mati.mcm nana tu ya
A: Walaikumusallam, biasanya kalau motor mau mati apabila drop gear tandanya ada masalah pada magnet coil tapi walaubagaimana pun cuba hantar pada makenik yang anda yakin boleh bantu...sebab saya buka makenik :)

Tanpa Nama berkata...

Yang soalan lupe gear berape tu kalau motor yg xde paparan gear n time tu tgh atas jalan lg..huhu

Mohzam berkata...

Q: Yang soalan lupe gear berape tu kalau motor yg xde paparan gear n time tu tgh atas jalan lg..huhu
A: Kena turunkan gear satu persatu kemudian pulas Throttle (pendikit minyak), kita boleh rasa penurunan gear apabila enjin mula terasa berat pada gear rendah (enjin mula mengaum tapi motor tak bergerak laju)

wizard berkata...

kalau motor yamaha lc 150cc atau fz 150 jenis yang ade klac tangan..sy nk buang klac tangan tu boleh ke...sy berminat nk beli motor tu..cume klac tangan tu je masalah bg sy...

Mohzam berkata...

Q: kalau motor yamaha lc 150cc atau fz 150 jenis yang ade klac tangan..sy nk buang klac tangan tu boleh ke...sy berminat nk beli motor tu..cume klac tangan tu je masalah bg sy.. - wizard
A: Saya shorkan beli LC 135 auto clutch atau tunggu sikit masa lagi...rasanya akan ada yang auto clutch, kalau nak buang clutch bermakna kena tukar gear box sekali. Perlu difaham fungsi clutch (Klac):
Di dalam transmisi manual, klac mempunyai 3 fungsi utama:-

1. Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi enjin masih hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila kenderaan berhenti.
2. Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin ke roda semasa penukaran gear untuk mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi.
3. Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk mengelakkan enjin daripada terhenti akibat kilasan yang kurang mencukupi semasa kelajuan enjin rendah.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nk bawa moto LC135 cer ajar sikit

Mohzam berkata...

Q: Macam mana nk bawa moto LC135 cer ajar sikit...
A: Caranya sama aje dengan bawa motor cup yang lain cuma perbezaan pada gear aje...LC ada penambahan satu lagi gearkan...itu je :)

Nyeng berkata...

Naik gear motor tekan klac tanpa lepas minyak..dalam kelajuan tinggi selamatke?? Mohon pencerahan sbb kawan sy yg ajar begitu.untuk jangka hayat motor

Tanpa Nama berkata...

Salam..nk tanya jika clutch ditarik gear masuk dan enjin mati ketika clutch masih ditarik knp ye?

Mohzam berkata...

Q: Naik gear motor tekan klac tanpa lepas minyak..dalam kelajuan tinggi selamatke?? Mohon pencerahan sbb kawan sy yg ajar begitu.untuk jangka hayat motor - Nyeng
A: Keselamatan menunggang bergantung kepada pengalaman penunggang itu sendiri, menukar gear dalam kelajuan tinggi tanpa menurunkan pendikit minyak itu biasa dilakukan pada motor yang berklac.(Hati-hati ketika menunggang)
Q: jika clutch ditarik gear masuk dan enjin mati ketika clutch masih ditarik knp ye?
A: Besar kemungkinan terdapat masalah pada Clutch Plate, Clutch tidak dapat mencengkam dengan baik (Clutch Slip)saya syorkan cuba bawa ke makenik yang anda percayai

Unknown berkata...

kalau guna motor yamaha y15zr. mcm mna pula? perlu sungkit ke

Mohzam berkata...

Q: kalau guna motor yamaha y15zr. mcm mna pula? perlu sungkit ke - Lee Juan
A: Kalau di lihat pada bentuk gear y15r, nak sungkit boleh dah tekan bahgian belakang pun boleh bila menukar gear..

Mohzam berkata...

"dan" tekan bah....

Faris Kokoro berkata...

Utk y15zr tukaran gear sama mcm post diatas..tp dia tal boleh tekan bahagian belakang sbb dia hanya single lever.kecuai kalau tukar dr single lever ke double lever baru boleh tekan ke belakang utk tambah gear.

Btw bro mohzam..sy nubis tak pernah bawak motor manual clutch..kegusaran sy kalau time jam..mcm kt kl ni motor pun kadang2 kene beratur..so pada waktu tu apa yg perlu sy fokus?mohon nasihat..sbb tgh fikir nak angkat 135lc ke y15xr ni..huhu

Unknown berkata...

Nk tanya ni...bila waktu yg selamat nk terus lepaskan tuil klac tu...sbb saya terus lepas je bunyi mcm pelik je bila tukar gear

Unknown berkata...

Nk tanya ni...bila waktu yg selamat nk terus lepaskan tuil klac tu...sbb saya terus lepas je bunyi mcm pelik je bila tukar gear

Mohzam berkata...

Waktu paling selamat bila kita dah masuk gear, baru lepas klac. Bukan sebelum masuk gear, klac ni gunanya untuk free gear sementara dan bagi melancarkan penukaran gear.

Mohzam berkata...

Bro Faris, fokus pada persekitaran anda / keadaan lalu lintas, mahirkan diri dengan klac dan gear. Ketika kita berada dalam kesesakkan lalulintas, pastikan menggunakan gear rendah dan pengawalan klac itu penting supaya enjin motor tidak terhenti mengejut.

Unknown berkata...

kalau mau tekan brek kena tekan clutch juga kh ?

Mohzam berkata...

Q: kalau mau tekan brek kena tekan clutch juga kh ? (Mohd Ramlan)
A: Ya, supaya enjin motor tidak mati mengejut (Fungsi clutch ialah menjadikan gear dalam keadaan free)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikun, bang saya nk tanya apa jadi klau kita pecut sambil tarik clutch

Mohzam berkata...

Q: Assalamualaikun, bang saya nk tanya apa jadi klau kita pecut sambil tarik clutch
A: Enjin motor akan menjadi melahu (tanpa gear), kelajuan jadi berkurangan

Unknown berkata...

Bang . Nk Tanya klau moto brhenti kt lampu isyarat tkpe ke tarik clutch je masa gear satu sbb mlas nk natural gear..mati x moto?

Mohzam berkata...

Q: Bang . Nk Tanya klau moto brhenti kt lampu isyarat tkpe ke tarik clutch je masa gear satu sbb mlas nk natural gear..mati x moto?
A: Arif, boleh aje tarik clutch tanpa natural kan gear (enjin tak mati) tapi gengaman tangan kiri tu ke stady lah agar tak terlepas clutch...penat wo, kalau lampu isyarat lambat nak hijau...

Unknown berkata...

Bley x ajar saya cara naik 125zr dri A smpai Z...pliss

Mohzam berkata...

Q: Bley x ajar saya cara naik 125zr dri A smpai Z...pliss - Akmal mal
A: Boleh Akmal tapi masalahnya tak boleh ajar melalui online, Akmal kena cari rakan2, abang atau ayah yang sudah biasa dengan motor untuk ajar secara terus atau pergi ke mana2 pusat latihan kenderaan dan belajar disana , itu lebih berkesan dari belajar secara online.

Mohd Abry berkata...

Assalamualaikum bro , nak tanya kalau dari gear 1 tukar ke gear 2 cam mane

Mohzam berkata...

Q: Assalamualaikum bro , nak tanya kalau dari gear 1 tukar ke gear 2 cam mane - Abry Fast
A: Walaikummusalam Abry Fast, bergantung pada jenis motor sama ada yang berklac atau tidak, bagi motor yang berklac maka kena tarik klac dan songkit gear ke atas. Manakala untuk motor tanpa klac hanya perlu songkit, pada entry diatas ada saya ceritakan semuanya.

Unknown berkata...

salam bro, saya baru lepas overhaul motor member. ex5. tapi bila siap pasang baru perasan tak boleh free gear..almaklum buat tgh malam, lupa nk check betul2..kat mana sangkut tu rasa-rasanya ye?

Tanpa Nama berkata...

Bro perlu tak kita pulas minyak sikit lepas tekan clutch dan masuk gear sbb tkut mati enjin

Tanpa Nama berkata...

Atau x perlu?

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi kalau lepas tekan clutch perlu pulas minyak tak sebab takut enjin mati jugak

Mohzam berkata...

Q1: salam bro, saya baru lepas overhaul motor member. ex5. tapi bila siap pasang baru perasan tak boleh free gear..almaklum buat tgh malam, lupa nk check betul2..kat mana sangkut tu rasa-rasanya ye? - Man Bakor
A1: Cuba periksa kotak gear, manalah tahu ada kerosakan syaf penukar gear atau komponen kotak gear haus.

Q2: Bro perlu tak kita pulas minyak sikit lepas tekan clutch dan masuk gear sbb tkut mati enjin atau x perlu?
A2: Perlu dan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

Q3: Satu lagi kalau lepas tekan clutch perlu pulas minyak tak sebab takut enjin mati jugak
A3: Tak perlu pulas minyak sebab ketika tarik klac bermakna enjen dalam keadaan free dan melahu tapi kalau nak lebih pasti pulas sekali sekala boleh aje

Unknown berkata...

Bro kalau kita nak slow motor kena tarik clucth tak?

Mohzam berkata...

Q: Bro kalau kita nak slow motor kena tarik clucth tak? - Nazirul Amin
A: Ya, bagi memastikan enjen motor tidak mati secara mengejut.

Bijoe berkata...

assalamualaikum...nk tnya...ada beza x klac 125cc dgn 250 cc untuk pemanduan

Mohzam berkata...

Q: assalamualaikum...nk tnya...ada beza x klac 125cc dgn 250 cc untuk pemanduan - zainal yunos
A: Tiada beza

Tanpa Nama berkata...

boleh tak dari gear 6 nak masuk free gear songket ke atas je?

Tanpa Nama berkata...

nak tanya jgk kalau dah masuk gear 4,5,6 tu klac kena lepas slow2 lagi ke lepas laju2 terus?

Unknown berkata...

Assalamualaikum...Sye nk tnye ni...mcm mne nk bwk moto ...sye bru nk bljr tunggang moto ky kampung...tolong jwb pliss

Mohzam berkata...

Q: boleh tak dari gear 6 nak masuk free gear songket ke atas je?
A: Tak boleh

Q: nak tanya jgk kalau dah masuk gear 4,5,6 tu klac kena lepas slow2 lagi ke lepas laju2 terus?
A: Lepas laju pun boleh sebab enjen motor sedang bergerak pantas

Q: Assalamualaikum...Sye nk tnye ni...mcm mne nk bwk moto ...sye bru nk bljr tunggang moto ky kampung...tolong jwb pliss - A. Usamah Azizi
A: Minta rakan-rakan atau ahli keluarga yang dah pandai bawa motor ajar dan pantau sebab ianya lebih praktikal, saya tidak dapat mengajar secara maya, maaf :)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.. nak tanya berkaitan clutch/klac

1) Ketika mengurangkan kelajuan motor, contohnya di selekoh.. tuil clutch/klac kena tarik habis atau sedikit saja utk elak enjin mati?

2) Adakah enjin akan mati serta merta jika tiba2 emergency brek/brek secara mengejut, contohnya ketika mengelak kemalangan/berlanggar dgn kenderaan lain.. tetapi terlupa menarik clutch/klac disebabkan keadaan kelam kabut? (maklumlah biasa bawak auto je)

3) Pedal gear jenis single pada motor manual yg perlu sungkit utk tukar gear ni boleh ke kalau ditukar ke jenis double macam motor auto tu? boleh guna tumit dan depan tapak kaki?

Mohzam berkata...

1) Ketika mengurangkan kelajuan motor, contohnya di selekoh.. tuil clutch/klac kena tarik habis atau sedikit saja utk elak enjin mati?

A: Tarik habis lagi selamat kerana mudah untuk menukar gear atau menarik brek jika diperlukan ketika itu.

2) Adakah enjin akan mati serta merta jika tiba2 emergency brek/brek secara mengejut, contohnya ketika mengelak kemalangan/berlanggar dgn kenderaan lain.. tetapi terlupa menarik clutch/klac disebabkan keadaan kelam kabut? (maklumlah biasa bawak auto je)

A: Bergantung pada kedudukan gear tinggi atau gear rendah, kalau gear rendah biasanya enjin akan mati mengejut, oleh itu biasakan menarik klac setiap kali ingin berhenti, mengurangkan kelajuan enjin motor atau menukar gear

3) Pedal gear jenis single pada motor manual yg perlu sungkit utk tukar gear ni boleh ke kalau ditukar ke jenis double macam motor auto tu? boleh guna tumit dan depan tapak kaki?

A: Boleh kalau rod gear bersesuaian

Unknown berkata...

Assalamualaikum, bro klau nk turun bukit perlu tarik clutch jugak ke?

Mohzam berkata...

Q: Assalamualaikum, bro klau nk turun bukit perlu tarik clutch jugak ke? - Muhammad Shufadhli

A: Walaikumusallam Bro,Tak tarik boleh nak tarik Klac pun boleh, ikut keselesaan penunggang dan kesesuaian gear motor.

Unknown berkata...

apa jadi kalau kita tgh bawak laju,and kita naik gear tanpa tekan klac.contohnya motor 125

Nu'man berkata...

Sy newbie, blh ke gear N cungkil terus ke gear 2?

Mohzam berkata...

Q: apa jadi kalau kita tgh bawak laju,and kita naik gear tanpa tekan klac.contohnya motor 125? - Alim Azmi
A: kalau motor tanpa klac, tak ada masalah tapi kalau motor berklac dikhuatiri akan merosakkan gigi gear...biasakan tarik klac sebelum masuk gear.

Q: Sy newbie, blh ke gear N cungkil terus ke gear 2? - Nu'man
A: Boleh

Unknown berkata...

Gmbar rajah diatas tu basic move jer...bleh x jlaskan lbih trperinci pasal gear songket ni...apa jadi klau gear 1 kita songket abis??? gear 6 nk jdi neutral trus bleh x??? Pstu penggunaan tekan sparuh...ada gna x??? Bila??

Tanpa Nama berkata...

Moto modenas dinamik ade clutch tapi yg pelik nya dia bukan tekan atau songkit mcm superbik , padel gear die mcm ex5 ...kalau nak turun gear same je la dgn masuk gear berklac..ha lagi satu modenas dinamik ni sampai gear 6...kalau gear 6 terus ke gear n boleh ? ke kene turun kan

Tanpa Nama berkata...

ha lagi satu , susunan gear modenas dinamik ni cane ?
6
5
4
3
2
1
n

ATAUPUN

6
5
4
3
2
n
1

Mohzam berkata...

Q1: Gmbar rajah diatas tu basic move jer...bleh x jlaskan lbih trperinci pasal gear songket ni...apa jadi klau gear 1 kita songket abis??? gear 6 nk jdi neutral trus bleh x??? Pstu penggunaan tekan sparuh...ada gna x??? Bila??
Q2: Moto modenas dinamik ade clutch tapi yg pelik nya dia bukan tekan atau songkit mcm superbik , padel gear die mcm ex5 ...kalau nak turun gear same je la dgn masuk gear berklac..ha lagi satu modenas dinamik ni sampai gear 6...kalau gear 6 terus ke gear n boleh ? ke kene turun kan
Q3: ha lagi satu , susunan gear modenas dinamik ni cane ?

A: Aku cuba jawab ketiga-tiga soalan ni secara apa yang aku faham, tapi seandainya tidak memenuhi perfahaman anda aku minta maaf.
Mula-mula kita perlu tahu, jenis teransmisi motorsikal adalah dari jenis transmisi manual berjujukan (seperti yang digunakan pada motosikal dan kereta perlumbaan seperti Formula Satu) yang hanya membenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan (gear lebih rendah atau lebih tinggi).Kebanyakan motosikal moden menggunakan transmisi manual sekitar 4 ~ 6 kelajuan hadapan.
Corak penukaran yang paling lazim bagi sesebuah motosikal adalah seperti berikut:-

6
5 ┘
4 ┘
3 ┘
2 ┘
N
1

Kebanyakan motosikal menggunakan tuas gear dengan satu sahaja tangkai, di mana penunggang menekan tuas gear dengan kaki kiri untuk menurunkan gear mengikut turutan serta apabila menukar dari gear neutral ke gear 1. Untuk menaikkan gear, penunggang menyungkit tuas gear tersebut mengikut turutan sehingga gear tertinggi. Gear neutral terletak antara gear 1 dan gear 2, maka dari gear 1 penunggang menyungkit sedikit untuk ke gear neutral dan menyungkit sepenuhnya untuk ke gear 2. Ia agak sukar sedikit dilakukan oleh penunggang baru, maka setiap motosikal dilengkapi lampu penunjuk gear neutral pada papan pemuka sebagai panduan.

Penukaran gear motosikal kapcai pula sedikit berbeza; kebanyakan motosikal kapcai dengan klac emparan automatik mempunyai tuas gear dengan 2 tangkai, maka penunggang menekan tangkai hadapan tuas gear dari gear neutral ke gear teratas dan menekan tangkai belakang untuk menurunkan gear dari gear teratas ke ke gear neutral. Corak penukaran tersebut direka kerana 2 sebab utama - untuk mengelakkan masalah menukar gear neutral bagi penunggang yang kurang berpengalaman, serta kerana lebih daya diperlukan untuk menyungkit tuas gear (tuas gear motosikal kapcai juga turut mengendalikan klac). Sesetengah motosikal kapcai seperti Honda Wave mempunyai corak penukaran "rotari", yang membolehkan penunggang menukar terus ke gear neutral dari gear teratas, tetapi hanya boleh dilakukan semasa motosikal berhenti atas sebab keselamatan. Sesetengah model turut dilengkapi lampu penunjuk bagi semua kedudukan gear pada papan pemuka.

Tanpa Nama berkata...

1) Kalau pedal depan belakang mcm moto ex5 boleh ke tukar jadi gear songket ? ade kesan lain ?

2) kalau moto dah laju , kene tarik clutch tak mase naik gear

Mohzam berkata...

Soalan:
1) Kalau pedal depan belakang mcm moto ex5 boleh ke tukar jadi gear songket ? ade kesan lain ?

2) kalau moto dah laju , kene tarik clutch tak mase naik gear

Jawapan:
1) Bagi motor Kapchai seperti EX5 sewajarnya tidak perlu tukar jadi gear songket...gear 2 tangkai tu lebih mudah mengandalikanya.
2) Bagi motor ber"clutch" setiap kali ingin menukar gear perlu menarik clutch walau motor ketika itu dalam kelajuan tinggi,anda perlu menarik clutch dan menukar gear hampir serentak dan cepat.

Unknown berkata...

Nak tanya sikit..knpa ramai pengguna 125z(termasuk abg sepupu aku)..gear die ade 2 tangkai..pelik gak..abg aq punye ade 1 je tangkai..and..modenas dinamik pon same aq tgok..boleh terangkan x..ape kegunaan penambahan tangkai gear tu kat 125z..and dinamik tu aq x tahu lah cam mne nk tukr gear..

Mohzam berkata...

Q: Nak tanya sikit..knpa ramai pengguna 125z(termasuk abg sepupu aku)..gear die ade 2 tangkai..pelik gak..abg aq punye ade 1 je tangkai..and..modenas dinamik pon same aq tgok..boleh terangkan x..ape kegunaan penambahan tangkai gear tu kat 125z..and dinamik tu aq x tahu lah cam mne nk tukr gear..(Syaffiq Ownz)
A: Aku rasa aku dah jawab kot kat atas tu, tapi tak pe aku ulang sekali lagi :)
"kebanyakan motosikal kapcai dengan klac emparan automatik mempunyai tuas gear dengan 2 tangkai, maka penunggang menekan tangkai hadapan tuas gear dari gear neutral ke gear teratas dan menekan tangkai belakang untuk menurunkan gear dari gear teratas ke ke gear neutral. Corak penukaran tersebut direka kerana 2 sebab utama - untuk mengelakkan masalah menukar gear neutral bagi penunggang yang kurang berpengalaman..."
Modenas Dinamik, guna gear songket, cara penukaran gear seperti dibawah ini:
Corak penukaran yang paling lazim bagi sesebuah motosikal adalah seperti berikut:-

6
5 ┘
4 ┘
3 ┘
2 ┘
N
1

Tanpa Nama berkata...

Boleh x masa penukaran gear clutch sentiasa ditarik tanpa dilepas apabila mahu turunkan gear dari gear 5 ke gear 2..maksudnya sepanjang penurunan gear 5 ke gear 2 clucth ditarik dlm 1 masa..

Mohzam berkata...

Q: Boleh x masa penukaran gear clutch sentiasa ditarik tanpa dilepas apabila mahu turunkan gear dari gear 5 ke gear 2..maksudnya sepanjang penurunan gear 5 ke gear 2 clucth ditarik dlm 1 masa..

A: Boleh dan itu yang sepatutnya dilakukan

Tanpa Nama berkata...

Oh..jd sy boleh tarik clucth dan tekan pedal gear utk turun kn gear misalnya gear 5 ke gear 2 dlm sekaligus..x perlu nak tarik lepas clucth setiap penurunan gear seperti dari gear 5 sy tarik clucth dan turun gear ke gear 4 dan lepas tu lepas kn clucth..lepas tarik clucth lg utk turunkn gear 3 dn lepaskn clucth..xperlu lah kn tuan.. sy boleh tekan cluch sekali sja dn terus turunkn gear dr 5 hingga 2..

Mohzam berkata...

Q: Oh..jd sy boleh tarik clucth dan tekan pedal gear utk turun kn gear misalnya gear 5 ke gear 2 dlm sekaligus..x perlu nak tarik lepas clucth setiap penurunan gear seperti dari gear 5 sy tarik clucth dan turun gear ke gear 4 dan lepas tu lepas kn clucth..lepas tarik clucth lg utk turunkn gear 3 dn lepaskn clucth..xperlu lah kn tuan.. sy boleh tekan cluch sekali sja dn terus turunkn gear dr 5 hingga 2..

A: Ya, sebab fungsi menarik klac tu untuk jadikan gear dalam keadaan melahu (free gear)

Unknown berkata...

salam bro, baru tadi lepas cuba fz kawan, saya hairan sebab memang betul fz tu klac panjang tapi bila saya dah lepas stngah dan tarik throttle skit tapi masih tak bergerak, kawan saya kata kena lepas smpai hujuing2 sikit baru dapat gerak, minta penjelasan .

Mohzam berkata...

Q: salam bro, baru tadi lepas cuba fz kawan, saya hairan sebab memang betul fz tu klac panjang tapi bila saya dah lepas stngah dan tarik throttle skit tapi masih tak bergerak, kawan saya kata kena lepas smpai hujuing2 sikit baru dapat gerak, minta penjelasan. (Hazrul Suffian)

A: Walalikumusalam Hazrul, dah betul lah tu apa yang kawan kao cakap tu, itu moto dia, dia lebih tahu so tak tahu aku nak jelaskan macam mana...tapi kalau kao tanya apa kelebihan klac panjang, salah satu jawapannya ialah mudah free gear terutama kalau kat trafik light, satu lagi boleh tarik separuh aje time nak memotong dan kena drop gear rendah...seronok wow, tapi terpulang pada individu pemilik motor le.

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,
Boleh bro terangkan perbezaan klac pendek n klac panjang? Dan...
Terangkan perbezaan penggunaan klac pendek dan klac panjang?

Unknown berkata...

Nk tanya,,kalau lepaskan minyak(contoh turun bukit,selekoh tajam),,kne tarik clutch ke?

Mohzam berkata...

Q: Salam bro,
Boleh bro terangkan perbezaan klac pendek n klac panjang? Dan...
Terangkan perbezaan penggunaan klac pendek dan klac panjang?
A: Maaf, sukar untuk saya menjawapnya sebab ia lebih kepada keserasian dan keselesaan penunggang dalam mengendalikan klac tersebut.


Q: Nk tanya,,kalau lepaskan minyak(contoh turun bukit,selekoh tajam),,kne tarik clutch ke? : Ahmad Irfan
A: Ya,kena tarik klac sebab bila pendikit (trottle) dilepaskan maka kuasa enjin akan berkurangan...untuk mengelakkan enjin motor tiba-tiba mati.

Unknown berkata...

Mcm mne nk mnukar gear netrual ke gear 1 y15zr?

Unknown berkata...

Mcm mne nk mnukar gear netrual ke gear 1 y15zr?

«Lebih lama ‹Lebih lama   1 – 200 daripada 245   Terbaru› Baru»

Catat Ulasan