Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Isnin

Soaljawab



si A:‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
si B:"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

si A:"Baitullah tu apa?" ...
si B:"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

si A:"Allah ada dalam tu?"
si B:"Tak....."

si A:"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
si B:"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

si A:"Kamu sembah apa?"
si B:"Saya sembah Allah swt"

si A:"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
si B:"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

si A:"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
si B:"Ginilah...Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

si A:"Pernah... selalu.."
si B:"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

si A:"Tengok perlawanan bola la.."
si B:"Di mana?"

si A:"Dalam tv la..."
si B::"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..."

si A:"Memanglah tak ada... tapi itukan gambarnya ada"
si B:"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu"

si A:"So..?"
si B:"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

si A:"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
si B:"Peliknya.."

si A:"Sebab apa pulak pelik?"
si B:"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

si A:"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
si B:"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

si A:"Ya.. tak pelik.."
si B:"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Insyaallah :)
perkongsian dari: Facebook/Markaz Perjuangan Islam

0 teguran membina:

Catat Ulasan