Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Selasa

Hanya 10 Minit untuk cegah denggi


Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes; kitaran hidup nyamuk Aedes mengambil masa 7 hari dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa.
Periksa Rumah Kita seminggu sekali sekurang-kurangnya 10 minit dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah; anda boleh memutuskan kitaran hidup Nyamuk Aedes ini.


Pastikan tiada tempat pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah anda dengan memeriksa dan membubuh bahan pembunuh jentik-jentik:

Dalam Rumah
  • Talam Peti Sejuk; Berus dan cuci setiap minggu 
  • Pelapik Rak Pinggan; Buang air yang bertakung atau jangan menggunakan pelapik
  • Perangkap Semut; Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
  • Pam Tandas; kalau rosak segera perbaiki, tutup dengan rapat 
  • Mangkuk Tandas Yang Rosak; Baiki segera dan tutp dengan rapat
  • Baldi; Cuci setiap minggu, telangkup (terbalikkan) dan tutp dengan rapat sekiranya menggandung air simpanan
  • Bekas Jambangan; gantikan dengan kapas atau kertas basah
Luar Rumah
  • Tong Drum yang berisi air; Cuci setiap minggu atau  telangkupkan supaya tidak menakung air atau tutup dengan rapat sekiranya diggunakan untuk menyimpan air.
  • Tempayan; guna cara seperti tong drum
  • Pasu Bunga; pastikan pasu bunga tidak menakung air
  • Alas Pasu Bunga; cuci setiap minggu atau tidak menggunakan alas pasu yang boleh menakung air siraman.
  • Pelbagai  Jenis Tin dan Bekas air; lupuskan dengan sempurna atau letak ditempat yang terlindung dari hujan
  • Tayar terpakai; letrak di tempat yang terlindung dari hujan atau susun dan tutup dengan rapat dibahagian atasnya (pereksa dengan kerap bagi memastikan tayar tidak menakung air.
  • Takungan Hidroponik; bubuh bahan pembunuh jentik-jentik secara berjadual
  • Kanvas dan semua jenis plastik; buang air yang bertakung, lipat dan letakkan di tempat terlindung daripada hujan
  • Bekas minuman binatang peliharaan; cuci dan tukar airnya secara kerap
  • Bekas makanan polisterin; kutip dan buang dengan sempurna
  • Longkang; cuci dan bersihkan setiap minggu serta pastikan air mengalir dengan lancar
  • Salur Air Hujan (Gutther); Pastikan tidak tersumbat dan perbaiki yang rosak

0 teguran membina:

Catat Ulasan