Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Isnin

Taking the Exam: Adwords Fundamentals

Minggu lepas stress sekejap sebab kena amik exam Google Adwords Fundamentals, nasib baik aku tak "emotionally unstable" terus, hahaha.
Kalau ikutkan tugasan hakiki aku, aku tak perlu amik exam ni sebab dia lebih khusus buat budak-budak sales dan seangkatan dengannya (yang berurusan dengan pelanggan), tapi memandangkan aku ni diaorang nampak banyak mengulo, tu yang kena buat jugak tu.

Q: Apa itu Google Adwords?
A: Pilih cara yang anda mahu menjangkau pelanggan anda. Menggunakan iklan carian berasaskan teks, iklan paparan grafik, iklan video YouTube atau iklan mudah alih dalam apl, anda mempunyai banyak cara untuk menjangkau pelanggan sasaran anda dengan AdWords.

lebih kurang macam tu lah jawapan dia...

Syarat untuk lulus Exam ni, kita mesti perolehi markah 80% keatas dan kalau nak dapatkan sijil Adwords dari Google maka kita perlu lulus Google Adwords Fundamentals berserta salah satu dari 5 exams yang lain, sama ada : Search Advanced, Display Advanced, Mobile Advertising, Video Advertising atau Shooping Advertising Exam. Kalau berminat, sila join Google Partners dulu...cubalah.
Aku baru lulus satu, keputusannya sekadar cukup-cukup makan je, hahaha
Adakah aku akan ambil exam yang lain?, hmmm rasanya tak kot hahaha



Ahad

Setiap hari Ahad


Dah macam Monday Blues tapi ni versi Sunday Blues :)

gambar atas ni aku dapatkan kat SINI

Rabu

Cerita setiap hari rabu


gambar atas ni aku dapatkan kat SINI

Beberapa bulan yang lalu, setiap hari rabu dah macam mimpi ngeri, sentiasa nak update pasal minyak, tapi la ni aku dah malas dah sebab dah menjadi routine aku setiap hari Jumaat mesti kena isi minyak penuh kat kereta, tak kira la minyak naik ke turun ke terpaksa isi minyak jugak kan...cukup le sampai seminggu.
Aaahhhhhh

Debaran...

Selamat datang 2018, kejap beno masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk hari yang ketiga.
Hmmmm...tapi beberapa minggu sebelum tahun baru, banyak benda yang bercelaru dalam pala hotak ni, terutama berkaitan dengan anak bongsu yang tah macam mana boleh pulak nak bersekolah tadika,
tak sangka dah lima tahun dah si Alisya ni.

Debaran bermula:

  1. Dua minggu sebelum buka sekolah, kita orang sebuk cari tadika yang sesuai buat sibongsu ni, konon-konon nak anto kat tadika swasta la, sekali dia bagi rate, mak ai...pengsan pat kali aku dibuatnya...Harga yuran pendaftaran dah sama dengan harga yuran pendaftaran abang dia di IPT...Hahaha gelak sakan wife...Last-last aku kena akur dengan cadangan wife, hantar je kat KEMAS ke, AL-UMMAH ke, PASTI ke...yang berhampiran...setel...
  2. Seminggu sebelum, pikir pulak soal pengangkutan ke sekolah dia, ok pergi tiada masalah sebab emak dia nak hantar cuma waktu balik nanti sapa yang nak amik, pukul 12 tu dia keluar, tentulah aku tak dapat amik, emak dia pulak mustahil dapat amik...sebuk tanya tokei bas sekolah yang aku kenal, nasib baik ada...setel
  3. Urusan pendaftaran selesai...penganggkutan selesai, kini risau dengan ragam si Alisya, sama ada dia boleh hadap setiuasi alam persekolahan ke tak...kalau ikut pengalaman aku, paling payah nak hadap di minggu pertama persekolahan lah. So aku amik cuti dua hari kalau bermasalah aku akan tambah cuti lagi...Hari pertama persekolahan 1.1.2018 pun bermula, Selepas balik dari hantar abang dia kesekolah, tengok si Alisya dah bersiap sedia dengan pakaian seragam sekolah, dengan muka yang ceria. Terasa sedikit kelegaan, aku ngan wife teman dia disekolah tadika, sebab itu janji kami kat dia. Mulalah alam baru bagi Alisya, tengok dia seperti kekok dan malu-malu, dua tiga orang rakan dia ada yang nangis, risau aku dibuatnya, takut berjangkit...1 jam 2 jam ok ketabahan dia masih tinggi, tiada reaksi negatif sehingga waktu balik...Alhamdulillah lega rasanya.
  4. 2.1.2018 Alisya masih bersemangat untuk kesekolah, kalini aku seorang yang hantar dan tunggu dia. Emak dia tak ikut sebab dah naik kerja...dari 8 pagi hingga 12 pagi, tengok tiada ragam yang membimbangkan...waktu balik pukul 12 tu aku perkenalkan dengan tokei bas yang akan bawa dia balik rumah...setel
  5. 3.1.2018 hari ni, aku giliran mak dia pulak hantar di kesekolah, aku dah start kerja, nampak gaya tak perlu amik cuti extra, telefon wife tanya khabar Alisya, wife kata dia OK je, emak dia kata nak balik pergi kerja pun dia balas dengan senyuman manis... Alhamdulillah.
Semoga semangat belajar Alisya berterusan, sebab dia ada bagi tahu kat kita orang, Doa dia masa kat sana dulu, dia nak jadi Doktor...hmmm InsShaAllah...

Khamis

KRT naiktaraf


sekadar menjalankan tanggungjawab sosial...

Selasa

Cara hafazan Al-Quran

Entry kali ini aku ambil dari FB: Fitri Mohd Rashid
Aku share kat sini supaya dapat kita amalkan bersama. InsShaAllah.



Untuk hafazan bukan fulltime. Iaitu part-time, hati kena kuat. Mesti pandai bahagikan masa dengan baik dan wajib sabar. Orang dulu-dulu kata, 'pelan-pelan kayuh".
Minima hafazan sehari 1 baris. Maxima 3 baris sehari. Jangan lebih.
Cara dia senang, kita sehari-hari akan tunaikan kewajipan kita sebagai muslim yang taat. Hamba Allah yang sujud. Ambil peluang selepas solat untuk buka quran dan baca quran.
5 waktu solat.
Kita mula pada waktu isya'.
Waktu Isya'. 
Baca 1 baris sebanyak 20 kali bacaan.
1 baris bersamaan 10-20 saat sahaja. Insha Allah sekejap je.
Waktu subuh.
Mula proses hafazan. Potong ayat hafazan kepada beberapa bahagian yang senang untuk kita hafal.
Sebagai contoh, kita potong ayat menjadi 3 bahagian.
Satu bahagian ulang sebanyak 10 kali dengan tengok. 10 kali tanpa tengok.
Kemudian teruskan ke bahagian seterusnya. Bila dah berjaya bahagian B. Kita baca kembali bahagian A dan gabungkan dengan bahagian B tanpa tengok. Ulang kaedah sampai selesai 1 baris.
Waktu zuhur. 
Baca terjemahan ayat hafazan 1 kali. Yang penting kita faham makna ayat hafazan kita.
Kemudian baca dengan menggambarkan ayat hafazan dalam minda kita tanpa tengok al quran. Ulang 20 kali.
Seandainya, waktu ni ada terlupa, tengok quran dan baca kembali dari permulaan ayat hafazan kita.
Waktu asar.
Baca ayat hafazan sambil menggambarkan ayat hafazan kita dalam minda. Ulang sebanyak 20 kali. Waktu ni, boleh baca sambil memandu pulang ke rumah. Hehehe.
Waktu maghrib.
Waktu ni untuk dengarkan hafazan kita pada rakan atau suri hati atau pada imam surau/masjid taman rumah kita.
Selamat mencuba.

Khamis

Cerita yang tertangguh...& tip serba sikit

Assalammualaikum, maaf kerana lambat upload, setiap kali nak masukkan entry ni, timbul rasa khuatir didalam hati, takut menimbulkan riak...

Niat aku cuma nak beri tip kepada jemaah baru pertama kali ke Makkah dan menyimpan sedikit memori indah ketika disana...tak banyak tip yang boleh aku bagi, cumu sekadar 3 ni aje, tapi kalau ada tip yang lain Ins Sha Allah akan aku kongsi sama nanti...

Tip 1:



 Tip 2:

Tip 3:


Banyak lagi aku nak ceritakan sebenarnya, sama ada di Makkah atau pun di Madinah, tapi seperti yang aku katakan diawal entry ni...kao orang kena alaminya sendiri, keseronokan yang tiada tandingan...

...(tak dapat nak meneruskan cerita ni)...
😂😂😂


Ahad

Program Mesra



Anak mintak tolong, kita tolong le

Isnin

Pandu Cermat di Hari Raya


Khamis

Boss suruh buat


Aku tangguh dulu cerita yang aku nak up sebelum ni sebab
 boss dah Tanya T-Shirt design dah siap lum untuk bulan 8 ni....

So, macam biasa aku buat simple je...boleh ya boss..

Dah sebulan lebih ni...

Niat nak cerita tapi tak tahu macam mana nak mula cerita...tunggulah nanti kalau dah datang idea, baru boleh cerita...cuma nak bagi tahu, cerita tu nanti bukan niat nak riak tapi cuma nak berkongsi pengalaman dan idea, Ins Sha Allah

Rabu

Futsal Remaja Kobena

Ok, kelulusan telah dipersetujui sebulat suara...

Selasa

Berdebar

Ya Allah, permudahkan urusan aku dan keluarga ketika berkunjung ke Rumah Mu Ya Allah.
Tabahkanlah hati ku dan kuatkanlah imanku Ya Allah,
...

Terasa lambat masa berlalu...14 hari... lagi Ins Sha Allah

Rabu

Kena pindah...




* Ringkas aje ruang pejabat baru ni, suruh pindah tapi bajet kurang hahahahaha

Khamis

Langkah keselamatan di Tahun Baru Cina


Mana tahu ianya berguna...kan :)

Isnin

Maulidur Rasul S.A.W


Poster A3


Banner 16' x 6'


Backdrop 8' x 7'



Banner 9'x x 4'

Khidmat Masyarakat, Jemput hadir :)

Khamis

T-Shirt KRT


Design logo buat KRT Taman Kobena T-Shirt

Rabu

Banner KRT


Malam ni punya cerita...

Selasa

Terjah cuti sekolah :)






24hb Nov 2016ajak family pergi ronda-ronda di PD, singgah semalam di Lexis Hibiscus
Stay kat EXECUTIVE POOL VILLAok tempat ni menariklah jugak, kalau untuk santai-santai dan merehatkan otak...sebab dia ada private pool dan sesuai untuk keluarga 4 dewasa 1 kanak2...harga berpatutan...Si puteri pun suka...

        25hb Nov 2016, check out, kemudian ronda KL, singgah Ikea...wife teringin nak tengok Ikea katanya...ronda-ronda dalam ikea dekat 3 jam tapi yang dibeli cuma bantal baby dan BAGIS hanger hahahaha, Balik ke selatan ditemani hujan renyai-renyai, dari KL sampai ke JB...lepak wow drive waktu ujan.

Khamis

Dengar je...











Tengah khusyuk dengar Bajet 2017 Johor.