Entry kali ini aku ambil dari FB: Fitri Mohd Rashid
Aku share kat sini supaya dapat kita amalkan bersama. InsShaAllah.
Untuk hafazan bukan fulltime. Iaitu part-time, hati kena kuat. Mesti pandai bahagikan masa dengan baik dan wajib sabar. Orang dulu-dulu kata, 'pelan-pelan kayuh".
Minima hafazan sehari 1 baris. Maxima 3 baris sehari. Jangan lebih.
Cara dia senang, kita sehari-hari akan tunaikan kewajipan kita sebagai muslim yang taat. Hamba Allah yang sujud. Ambil peluang selepas solat untuk buka quran dan baca quran.
5 waktu solat.
Kita mula pada waktu isya'.
Waktu Isya'.
Baca 1 baris sebanyak 20 kali bacaan.
Baca 1 baris sebanyak 20 kali bacaan.
1 baris bersamaan 10-20 saat sahaja. Insha Allah sekejap je.
Waktu subuh.
Mula proses hafazan. Potong ayat hafazan kepada beberapa bahagian yang senang untuk kita hafal.
Mula proses hafazan. Potong ayat hafazan kepada beberapa bahagian yang senang untuk kita hafal.
Sebagai contoh, kita potong ayat menjadi 3 bahagian.
Satu bahagian ulang sebanyak 10 kali dengan tengok. 10 kali tanpa tengok.
Kemudian teruskan ke bahagian seterusnya. Bila dah berjaya bahagian B. Kita baca kembali bahagian A dan gabungkan dengan bahagian B tanpa tengok. Ulang kaedah sampai selesai 1 baris.
Waktu zuhur.
Baca terjemahan ayat hafazan 1 kali. Yang penting kita faham makna ayat hafazan kita.
Baca terjemahan ayat hafazan 1 kali. Yang penting kita faham makna ayat hafazan kita.
Kemudian baca dengan menggambarkan ayat hafazan dalam minda kita tanpa tengok al quran. Ulang 20 kali.
Seandainya, waktu ni ada terlupa, tengok quran dan baca kembali dari permulaan ayat hafazan kita.
Waktu asar.
Baca ayat hafazan sambil menggambarkan ayat hafazan kita dalam minda. Ulang sebanyak 20 kali. Waktu ni, boleh baca sambil memandu pulang ke rumah. Hehehe.
Baca ayat hafazan sambil menggambarkan ayat hafazan kita dalam minda. Ulang sebanyak 20 kali. Waktu ni, boleh baca sambil memandu pulang ke rumah. Hehehe.
Waktu maghrib.
Waktu ni untuk dengarkan hafazan kita pada rakan atau suri hati atau pada imam surau/masjid taman rumah kita.
Waktu ni untuk dengarkan hafazan kita pada rakan atau suri hati atau pada imam surau/masjid taman rumah kita.
Selamat mencuba.