Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Selasa

Kata-kata mutiara IMAM SYAFII


Ni aku amik dari Facebook, orang yang anto ni kata:
Assalamualaikum, Satu perkongsian di petang Sabtu untuk teman-teman fb yang saya kasihi. PLEASE SHARE. Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad www.tengkuasmadi.com www.facebook.com/drasmadi
Dah dia kata "Please Share", jadik aku share le kat sini ^_^

Rabu

Berurusan dengan KWSP kini lebih mudah dan cepat

5 tahun yang lalu aku ada berurusan dengan KWSP, menguruskan pengeluaran wang akaun ke 2 untuk bayaran bulanan pembiayaan perumahan (Ha kao banyaknya penggunaan imbuhan...hahaha).Masa tu aku rasa macam susah beno nak keluarkan duit KWSP ni, tapi aku tetap berurusan setiap tahun sehingga le pada 2011, aku stop sebab dah malas nak isi borang bagai, tapi tahun ni aku kena buat semula pengeluaran wang KWSP ni kerana dah ada penambahan bajet dalam jurnal akaun aku, so aku menghubungi Bank dan diaorang telah menyediakan satu surat Pengesahan Baki Pinjaman.

Aku: Err surat ni aje ke Encik?, surat pengesahan jual beli tak perlu ke?
Bank: Sekarang dah tak perlu Encik, sebab Encik pun bukan sekali ni buat pengeluarankan?
Aku: A.a.a betul le tu
Bank:Nanti Encik cuma tunjuk surat ni aje kat KWSP (sambil senyum)
Aku: Aaa Ok (Masih blur)

Esoknya (21hb Januari 2014)

Aku: Assalammualaikum.
KWSP: Waalaikummussalam
Aku: Boleh saya dapatkan borang pegeluaran wang untuk pembiayaan rumah?
KWSP: Encik ada bawa surat Pengesahan Baki Pinjaman Bank?
Aku: Ada...(sambil hulur surat dari bank)
KWSP: (belek-belek surat dan tekan nombor giliran) Ok, Encik duduk dulu tunggu nombor giliran dipanggil (senyum)
Aku: (Blur) Err tak pelu isi borang ke?
KWSP: Tak perlu Encik, tunjukkan surat ni aje kat kaunter nanti (Senyum lagi)
Aku: Terima Kasih (dalam hati...betul ke ni)
KWSP: Sama-sama

Lebih kurang 10 minit, nombor dah dipanggil walaupun agak ramai orang yang berurusan kat KWSP pada hari tu, dan tak sampai 10 minit urusan dah selesai...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Tahniah KWSP.


Khamis

KD:Febuari 2014

Salam,
Hehehe...aku sebenonya tak tau apa nak isi dalam blog aku ni, so aku main muat aje lah tahapaapa...layannn
Calender 2014 bulan Febuari punya pulak...ada dua versi satu sakura dan satu lagi teratai...gambo macam biasa celok kat internet...aku cuma cut and paste aje (^o^)



Isnin

KD: Kalender 2014-Januari

Salam,
Lama betul tak buat kertas dinding untuk desktop kat blog ni...
sapa-sapa yang sudi nak gunakan kertas dinding ni silakan ya...
kali ni simple aje :)

Ahad

Nak Duit?

Sapa-sapa nak duit?,
jom join ni:
TheWeeklyPay.com

kalau kao orang tanya aku...
aku pernah dapat ke duit dari laman web tu...
Tentulah belum pernah...ni yang aku nak cuba ni...
tapi kao orang kena klik kat link tu dululah...

:)

Sunday Rock vs Monday Blues

Alahai...tak sangka pulak mulai masuk tahun baru ni aku kena kerja hari Ahad....
pasrah...