Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Khamis

Level 1 Selesai

Khas buat anak ku Nabil Hakimi, 
Tahniah kerana telah berjaya melepasi Level 1 dengan cemerlang (Ayah bangga dan terharu), ingat anak ku, perjalanan mu masih jauh, masih ada lagi onak dan ranjau untuk di redah, bergunung cabaran perlu di daki., pelbagai rintangan perlu di tempuhi...Teguhkan keimanan, perbanyakkan kesabaran, ingat anak ku hanya pada ALLAH kita berserah, di waktu senang mahupun susah.
Teruskan kecemerlangan zahir dan batin.

Selasa

Banner Aidil Adha


Sempena Aidil Adha yang hampir tiba ni, aku cuba korbankan sedikit masa aku untuk reka Banner bagi kegunaan Masjid Taman Kobena. Aku buat secara santai dan simple aje. Harap-harap diaorang terima salah satu design tu.


Banner yang ni pulak dah digunakan itu hari, ok lah diaorang tak kata apa-apa...

4hb Sept 2014:
Perubahan pada banner.







Isnin

Tip menghadapi musibah kebakaran

Pagi tadi kat ofis ada buat penerangan berkaitan kebakaran dan cara menghadapi dan menangani musibah ni.
Aku nak cerita secara terperinci rasanya tak dapat sebab aku mudah lupa...hehehe.
Sebelum aku cerita tip-tip yang boleh diguna pakai ketika kebakaran dan cara menyelamatkan orang yang terbakar tubuh badan, terlebih dahulu aku bagi nombor yang amat berguna untuk menghubungi Bomba:

Tip 1.
Kalau guna talian biasa, cuma hubungi 999 (semua orang tahu ni) manakala nombor 911, 992 dan 994 dah tidak digunakan lagi.
Handphone, rasanya hampir 90 % ada handphone sekarang ni. pastikan handphone anda ada bateri yang masih boleh digunakan, tak de sim card, tiada line atau tiada baki kredit>>tiada masalah asalkan hayat bateri tu ada, kalau kecemasan sila dail 112 (tiada tambahan * mahupun #, hanya 112)

Tip 2.
1: Sekiranya ketika kebakaran berlaku dan ada mangsa yang terbakar tubuh badan dia.
pastikan jangan menggunakan air untuk memadamkan api di badan mangsa kerana ia akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan yang lebih parah.
2: Jangan gunakan pasir kerana akan menyebabkan mangsa mengalami jangkitan bakteria kerana pasir sukar untuk dibersihkan.
3. Jangan guna kain/blanket kerana akan meyebabkan kulit yang melecur tersebut melekat di kain/blanket tersebut.
4. Cuba guling-gulingkan mangsa ke kiri dan ke kanan diatas lantai sehingga api padam (cara ini tidak sesuai untuk ibu hamil)
Cara yang paling berkesan, semburkan kearah mangsa dengan "fire extinguisher", gunakan yang jenis "ABC" << ni biasa ada di permis perniagaan atau pun kilang.

Ok 2 tip dahulu sebab aku lupa yang lainnya, nanti kalau aku ingat aku tulis lagi,
yang paling utama dalam kebakaran, pembunuh utama bukan api tetapi asap, elakan dari menhidu asap kebakaran kerana ianya bertoksik dan paling panas, ramai mangsa mati kerana terhidup asap.

Peringatan untuk diri sendiri.
Kalau kita mampu beli perabut mahal-mahal atau gajet mahal-mahal kenapa kita tidak mahu membeli peralatan pencegahan kebakaran dan sediakanya dirumah....hmmm
Perkara yang perlu ada dirumah.
1. Fire Extinguisher (dapatkan yang hanya seberat 2kg, ini mudah dikendalikan oleh kanak-kanak, orang dewasa yang kurang upaya...yang 14kg pun perlu jugak)
2. Smoke Detector, beli yang jenis menggunakan bateri bukan yang menggunakan aliran eletrik rumah kerana jenis bateri lebih baik apabila aliran letrik di rumah terputus. Smoke detector ini juga berguna sekiranya kebakaran berlaku diwaktu malam kerana ketika tidur deria bau akan kurang berfungsi dan deria dengar akan menjadi paling sensetif.

::Ok cukup setakat ini dahulu, kita jumpa lagi nanti In Shaa Allah

Khamis

KD: Remember MH370 | MH17 | GAZA



Kertas dinding Ogos ( diambil dari TM :D )



Ahad

Jalan-jalan raya

Dailog seminggu sebelum raya.
Anak: Ayah...kat mana kita nak berjalan raya taun ni?
Aku: Kampung...(sambil terus main Candy Crush).
Anak: Itu sudah semestinya tapi lepas tu kita nak kemana? cuti ada satu minggu aje ni...
Aku: ...cuba kao tanya mak kao...(mood tengah stress, level 43 pun tak lepas...ceh)
Anak: Mama...raya ni kita nak kemana selain balik kampung?
Mak: Kita makan strawberry nak? (Sambil senyum)
Anak: Makan strawberry? kat mana?
Mak: Cameron Highlands

Di hari kejadian...mak ai penat seh, kena redah 5 negeri...dari JB ke Melaka>N9>Selangor>Perak>Pahang Adoiii, tapi tak pe lah asalkan dia orang semua rasa puas hati. tido satu hari aje kat Cameron.

Antara gambo yang diambil (maaf tak leh tunjuk semua, 3 gambo sudah le yek)

Ladang Teh kat Cameron Valley


Membelek anggur di Big Red Strawberry Farm
(Sumpah ni first time aku pegang anggur masih lagi kat pokok, jakun seh aku)


Alisah tido, Abang Amir jadi cameraman...ok le tu

Gambor makan strawberry tak nak upload sebab nanti terliur bak makan strawberry lagi

Kbai..

Selasa

Tetinggal flight-Banner Ramadhan




Ni banner yang Pihak Pengurusan Masjid mintak aku buat untuk bulan puasa tahun ni, masalahnya diaorang jumpa aku pada 23hb ketika aku akan berangkat ke KL keesokkan harinya untuk menghadiri Training selama 3 hari...jadik mana ada masa bro...aduiiii...okeylah kalau masih ada lagi kesempatan le ni, aku bagi yang simple, kalau nak le...maafffffffff....aduiiiiii...

Rabu

Jom join and win at brazil.com

Korang nak melancung secara percuma ke Machau atau rio atau london?
Kalau nak... jom join contest kat sini---- brazil.com-world-cup-2014

Aku dah join, kumpulan mata setakat ni cuma:


Sikit tu, sebab aku lambat join, tapi harapan masih mengunung selagi world cup ni lum abis dan peraduan ni masih barjalan lagi, so apa lagi jom join...suka-suka aje, manalah tau boleh menang...
aku cuma nak gajet aje, aku tak nak melancung hehehehe. Mana lah tahu boleh dapat hadiah salah satu yang ni.
Jadi le....




KD: June World Cup 2014




:: Samba juneeeeeee ale ale ale ale


Selasa

KD: Jun 2014 - Salam Ramadhan


:: Ok harapan masih ada untuk Liga Super ngan Premier...kalau tak dapat juga...maka tunggu le musim depan.JDT
:: Salam Ramadhan :)

Khamis

Ruginya bila kita mengumpat...


Monolog: Sia-sia aje aku mengumpat dan mengadu domba...

Selasa

Khas untuk kaum hawa


Berhati-hati bila menggunakan tandas awam...


Isnin

Buletin PKK 2014


Alhamdulillah, akhirnya berjaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan oleh Penduduk dan Pertubuhan Khairat Kematian (PKK) Taman Kobena, Johor Bahru... kini terpulang kepada pihak PKK untuk menerbitkan dan mencetakkannya bagi di edarkan kepada ahli mereka. 
Alhamdulillah...rasa lega yang tak dapat digambarkan...
Cuma kini hanya tunggu respon ahli PKK mengenai layout dan isi kandungan aktikal buletin...harap-harap dia orang berpuasthati...

Cerita yang tertangguh :)

Assalammualaikum...
Lama dah tak bercerita kat blog, fb dan laman sosial yang lainnya...
alasan?...tak de alasan :)
Jadik, aku kumpulkan sebahagian cerita yang berlaku sepanjang aku tak update blog ni antaranya:

1) Ini sebenonya aku nak fokuskan kat kasut tu (baby crochet shoe) hasil sulaman Miss Shila Nget
Terima kasih Shila. Alisha pun suka belek kasut tu...bestttt!!


2) Desktop wallpaper untuk bulan Mei...hahaha lambat keluar


3) Miss Alisya berselfie...eerr


4) Dapat basikal baru (4 buah basikal) bagi kemudahan meronda pada waktu awal pagi (Skim Rondaan Sukerela).Terima kasih pada KRT Taman Kobena kerana meluluskan dan menyediakan peruntukkan untuk membeli basikal ni (tertunai salah satu kertas kerja yang aku kemukakansebelum ni. Alhamdulillah)


Hmmm...ok, rasanya kita sambung selepas iklan ni, jangan kemana-mana...
(berkurun le gamaknya nak sambung nanti...maaf sekali lagi)

Ahad

KD: april 2014



......

Selasa

MH370


............

Rabu

Kertas kerja Der


Antara kertas kerja yang dapat disiapkan pada hari ini, untuk manafat penduduk Taman Kobena (kalau peruntukkan diluluskanlah). Saje aje curi masa kerja untuk buat benda ini...ahhh dapat relese tension kejap hehehe...


::Akan ada lagi kertas kerja yang akan menyusul selepas ini (selagi masih ada idea ni)...
Setuju ke tak setuju belakang kira, janji kita dah cuba, ye tak 
:) dah boleh gelak sikit hehehehe

Isnin

facebook timeline header





Nak tuko FB timeline header gambo ni pulak :)
oopp dah pukul 2 dah...ishh tak sempat pulak, esok aje lah

Rabu

KD: Mac 2014




سيلاكن امبيل كالاو سودي

Khamis

:)


~ Zara Alisha Safiya ~

Selasa

Kata-kata mutiara IMAM SYAFII


Ni aku amik dari Facebook, orang yang anto ni kata:
Assalamualaikum, Satu perkongsian di petang Sabtu untuk teman-teman fb yang saya kasihi. PLEASE SHARE. Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad www.tengkuasmadi.com www.facebook.com/drasmadi
Dah dia kata "Please Share", jadik aku share le kat sini ^_^

Rabu

Berurusan dengan KWSP kini lebih mudah dan cepat

5 tahun yang lalu aku ada berurusan dengan KWSP, menguruskan pengeluaran wang akaun ke 2 untuk bayaran bulanan pembiayaan perumahan (Ha kao banyaknya penggunaan imbuhan...hahaha).Masa tu aku rasa macam susah beno nak keluarkan duit KWSP ni, tapi aku tetap berurusan setiap tahun sehingga le pada 2011, aku stop sebab dah malas nak isi borang bagai, tapi tahun ni aku kena buat semula pengeluaran wang KWSP ni kerana dah ada penambahan bajet dalam jurnal akaun aku, so aku menghubungi Bank dan diaorang telah menyediakan satu surat Pengesahan Baki Pinjaman.

Aku: Err surat ni aje ke Encik?, surat pengesahan jual beli tak perlu ke?
Bank: Sekarang dah tak perlu Encik, sebab Encik pun bukan sekali ni buat pengeluarankan?
Aku: A.a.a betul le tu
Bank:Nanti Encik cuma tunjuk surat ni aje kat KWSP (sambil senyum)
Aku: Aaa Ok (Masih blur)

Esoknya (21hb Januari 2014)

Aku: Assalammualaikum.
KWSP: Waalaikummussalam
Aku: Boleh saya dapatkan borang pegeluaran wang untuk pembiayaan rumah?
KWSP: Encik ada bawa surat Pengesahan Baki Pinjaman Bank?
Aku: Ada...(sambil hulur surat dari bank)
KWSP: (belek-belek surat dan tekan nombor giliran) Ok, Encik duduk dulu tunggu nombor giliran dipanggil (senyum)
Aku: (Blur) Err tak pelu isi borang ke?
KWSP: Tak perlu Encik, tunjukkan surat ni aje kat kaunter nanti (Senyum lagi)
Aku: Terima Kasih (dalam hati...betul ke ni)
KWSP: Sama-sama

Lebih kurang 10 minit, nombor dah dipanggil walaupun agak ramai orang yang berurusan kat KWSP pada hari tu, dan tak sampai 10 minit urusan dah selesai...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Tahniah KWSP.


Khamis

KD:Febuari 2014

Salam,
Hehehe...aku sebenonya tak tau apa nak isi dalam blog aku ni, so aku main muat aje lah tahapaapa...layannn
Calender 2014 bulan Febuari punya pulak...ada dua versi satu sakura dan satu lagi teratai...gambo macam biasa celok kat internet...aku cuma cut and paste aje (^o^)



Isnin

KD: Kalender 2014-Januari

Salam,
Lama betul tak buat kertas dinding untuk desktop kat blog ni...
sapa-sapa yang sudi nak gunakan kertas dinding ni silakan ya...
kali ni simple aje :)

Ahad

Nak Duit?

Sapa-sapa nak duit?,
jom join ni:
TheWeeklyPay.com

kalau kao orang tanya aku...
aku pernah dapat ke duit dari laman web tu...
Tentulah belum pernah...ni yang aku nak cuba ni...
tapi kao orang kena klik kat link tu dululah...

:)

Sunday Rock vs Monday Blues

Alahai...tak sangka pulak mulai masuk tahun baru ni aku kena kerja hari Ahad....
pasrah...