Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Selasa

Detik | 2014

Taman Molek, 31hb Disember 2013, Jam menunjukkan pukul 5:07 PM, diluar hujan masih turun renyai-renyai...Di radio, DJ berceloteh berkaitan pelbagai rancangan menjelang hadirnya tahun baru 2014 yang tinggal beberapa jam sahaja lagi.
2014, ahhhh cepatnya masa berlalu, ke aku yang lambat mengorak langkah meyusuri tahun 2013.
Aduiii...kenapa tiada lagi rasa ghairah untuk aku sambut Tahun Baru kali ni, tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Adakah kerana usia aku yang semangkin menigkat tua atau aku yang semangkin pelupa.
Ohhh esok akan bermulanya sesi sekolah 2014, 1hb Januari 2014 dan akan bermula sesi sekolah pada hari Ahad sepertimana sewaktu aku muda remaja dahulu...nostalgia hmmm

::Ahhh biarkan kenangan itu berlalu...

Jumaat

Ohhh macam tak percaya

Di pejabat, rasa mengantuk dan bosan sebab tak de tugasan yang perlu disiapkan,
terubat pada petangnya, bila balik disambut dengan senyuman manis Alisha


Ahhhhh...hehehehe manisnya senyuman puteriku ini...hilang rasa penat...
kemudian ditambah dengan hadiah yang amat berharga dari anak sulung...
Maaf, ayah rasa seperti tidak percaya walaupun slip yang dihulur jelas dan nyata tertera...
Aduiii masih lagi Ayah mu ini menyemak dihalaman web rasmi KPM...


Tahniah Amirin, anda telah berjaya melepasi Level 2 dengan cemerlang, teruskan usaha pada Level 3 pada tahun 2015 nanti, dan level-level seterusnya, teruskan momentum, jangan lalai walau sepincing pun...

Ayah bangga dengan anda :)

Selasa

Jom baca "Manga"

Bagi merehatkan minda, biasanya aku akan membaca Manga On line...ini pun atas sebab aku dah tak dibenarkan lagi beli "Manga" (errr bukan Majalah Mangga ye)...atau lebih mudah macam cerita Dr. Slump atau Dragon Ball tu, maknanya komik keluaran jepun le ni.

Ni antara tempat terdapatnya komik jepun secara online yang sedang aku ikuti perkembangan ceritanya:
http://www.mangahere.com/directory/ 

Dan antara cerita yang amat menarik untuk dibaca:

  1. Silver Spoon
  2. 21st Century Boys
  3. Zetman
  4. Uchuu Kyoudai
  5. Eyeshield 21
....waktu untuk lelap sebentar....