Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Selasa

Planner 5D: "Cellular Outlet"


Project menggunakan software Planner 5D
Asalnya hanya suka-suka tapi ada yang nak beli...
dan dah terjual, Alhamdulillah

Jumaat

S | A | B | A | R


Letih rasanya ni, pagi tadi elok aje tugasan dibuat, semua berjalan dengan lancar, upload gambo dalam internet pun smooth aje...la ni bila balik dari semayang jumaat boleh pulak tak boleh upload, saiz beso sangat kata dia, padahal aku buat dah ikut standard apa?...arghhhhh
Pagi tadi boleh, masuk petang dah tak boleh pulok?, cam ne ni
.
.
.
.
Balik lah...
.
.
.
.
4 artwork aje dapat buat ari ni...hmmmmm
Abaikan je....

Khamis

Waktu untuk membaca

Selesai sudah membaca buku "Art of Deception" tulisan Jerry D Gray.
"Deadly Mist" pula akan menyusul...



Ulasan?...nak tahu baca sendiri (._.)
hahahaha

::sebenonya aku tak reti nak ulas...hampasss betul...
dan terima kasih Nabil sebab bagi ayah pinjam buku ni.

Jumaat

Print Screen / screenshot - iPhone

Khamis, 11.05 malam. kedengaran deringan Handphone dari dalam rumah, suara seperti Adam Sandler berkata-kata. "Ma, sapa punya HP yang berbunyi tu, tak bermoral betul guna ringtone macam tu" Aku bersunggut dari luar rumah."Tu kan HP ayah, ringtone handphone sendiri pun tak kenal ke?" Isteri aku menjawap dengan suara manja."Ohh ya ke, hehehe sorry" Aku cuba cover malu dan bergegas masuk rumah.

Aku          : Assalalmualaikum, Halooo
Member  : Waalaikummusalam Bro!
Aku          : Ya, ada apa-apa boleh saya bantu?
Member  : Bro, macam mana kao boleh buat screenshot hanphone kao tu eak?
Aku          : Screenshot handphone? (Aku blur sekejap)
Member  : La, macam yang kat blog kao tu lah, entry semalam...
Aku          : Ohh tu ke? hahahaha
Member  : Apa hal nak ketawa pulak, kao sihat ke tak ni?
Aku          : Sihat...sihat...
Aku lagi   : Ginilah esok aku buat entry baru pasal screenshot ipone pulak, kao baca kat situ le
Member  : Bagi tau terus kat aku sekarang tak boleh ke?
Aku          : Boleh tapi aku malas nak terangkan satu-satu, rumit prosessnya tu bro hehehe
Member  : Yelah yelah, ok Asslammualaikum dan selamat malam
Aku          : Waalaikummusalam.
*Teet*

Susah beno ke?, mana ada, tak susah mana pun, mudah aje...
Caranya cuba lihat gambarajah kat bawah ni, sekali tengok dah faham punya.

Kalau nak buat screenshot atau print screen guna iphone, tidak perlu menggunakan apa-apa application atau software sebab iphone dah sediakan cara mudah membuat print screen ni, caranya:
  1. Mula-mula tekan "Power/Sleep Button" (jangan lepas)
  2. Kemudian tekan "Home Button" dan lepaskan serentak dengan "Power Button" tadi.
  3. Screen akan bertukar putih dalam 0.5 saat dan bunyi "Klick" kedengaran seperti mengambil gambar.
  4. Semak di image folder (Photo Folder) - gambar screen terdapat didalamnya
  5. Siap
Anda juga boleh mengambil gambar screen anda dengan cara sebaliknya iaitu tekan "Home Button", tunggu dan picit "Power Button" lepas kedua-duanya...setel

**hehehe kalau aku terus tunjukkan caranya kan lebih afdal dari aku bercerita tah apa-apa ni kan....kan...

Khamis

Release Tension


Terus terang, aku bukan nak menunjuk-nunjuk, 
cuma setiapkali aku tension/stress
aku akan baca sms ni...


baca...senyum...pejam mata...zzz (sambil berzikir dalam hati)