Hmmm :)
skip to main |
skip to sidebar
Apa cer...
"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua
Rabu
Selasa
Timeline Facebook : Ramadhan1
Timeline Facebook aku sepanjang bulan ramadhan tahun ni...
Opp! ari ni satu aje kot..
...nantilah buat yang lain..
Isnin
Ahli Baru: 23 minggu 3 hari
Mak ai diam tak diam isteri telah berada dalam fasa kedua mengandung.
Terdapat 3 fasa -
Fasa pertama: Minggu pertama hingga ke 12,
Fasa Kedua: Minggu ke13 hingga ke 28 dan
Fasa Ketiga: Minggu ke 29 hingga bayi lahir iaitu Minggu ke 40
Ketika ini isteri dalam minggu ke 23,
Semalam, tanpa dirancang kami telah ke Klinik Biosucinas di UDA
untuk scan baby dalam kandugan, scan 4D katanya...hmmm...
ok ni aku baru tau, selama ni yang aku tahu hasil scan dalam 2D aje (Hitam-Putih)
Malangnya doktor kata, kalau nak tengok hasil lebih menarik kena tunggu kandungan masuk 7 bulan.
Ok tak pa, nak tengok kat monitor aje :)
Hasil imejan 4D lebih kurang macam gambar bawah ni.
Seronok juga tengok kat monitor gambar anak dalam kandungan :)
Dalam usia janin masuk minggu ke 23 ini.
Proses pembangunan paru-paru janin mula bertambah.
- Paru-paru bayi akan membangunkan surfactant (bahan yang akan membantu untuk mengembangkan paru-paru selepas kelahiran)
- Kuku sepenuhnya terbentuk dan tulang di bahagian tengah telinga mula mengeras
Apakah kesan pada ibu mengandung?:
KEJANG KAKI
- Ibu mengandung mungkin akan mengalami kejang kaki (simpul biawak) di waktu malam, terutama jika terdapat kekurangan kalsium dalam badan. cara mengurangkan kesakitan betis kaki. luruskan kaki pelahan-lahan, tegakkan tapak kaki dan tarik jari-jemari kaki, kalau tak sampai disebabkan perut yang membesar, cuba dapatkan pertolongan suami
kalau suami tak nak tolong - hempuk suami dengan bantal, Urut dibahgian betis yang sakit. - Waktu usia janin 23 minggu ini juga, kita boleh lihat pegerakkan perut kerana bayi tengah buat senaman akrobatik di dalam.
*** berita yang amat mengembirakan kami - InsyaAllah kami akan memperolehi baby gegirl***
Ini Aku
Cakar Ayam
Contengan
- Contengle (68)
- Doodle (9)
- Jalan-jalan (6)
- Kertas Dinding (63)
- Khidmat Masyarakat (28)
- Serabut (164)
- Tenang (43)
- Timeline FB (2)
- Transport (5)
- Tutorial and tips (31)
- Urban Design (7)
- zuriat (15)