Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Selasa

Mengantuknya


Jumaat

Jerebu 21 Jun 2013

Semalam aku sibuk cari face mask kat kedai-kedai yang aku pasti sebelum ini ada jual benda ni tapi malangnya semua tulis kat counter "Sorry! Face Mask - Sold Out"...hancus...
La ni orang mula sibuk bercerita pasal Jerebu, masalah yang tidak pernah selesai dari dulu lagi dan punca kehadiran habuk bakar ni adalah dari pembakaran terbuka, pelepasan asap industri yang tidak dikawal dan asap kenderan. 

Menurut apa yang tertulis di Sinar Online: 
"Jabatan Kesihatan Negeri Johor menerusi kenyataan medianya, memberitahu jerebu yang berterusan boleh menyebabkan kesan buruk kepada orang ramai terutamanya golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan orang tua.


Antara tanda dan kesan jerebu termasuklah terasa gatal pada bahagian kerongkong dan batuk, sukar bernafas, mata pedih dan berair, kerap bersin, sakit dada dan menyebabkan kegatalan pada kulit.



Orang ramai yang mengalami tanda-tanda di atas dinasihatkan mendapatkan rawatan segera dan dapat nasihat dari doktor berhampiran."

Tu dia, hati mula gundah-gulana, mengenangkan Abah di kampung, risau...perlu ditanya khabar beliau nanti. Anak dan Isteri yang menghidapi lelah, walaupun bukan jenis yang kronik, tapi dengan keadaan udara tercemar seperti ini, langkah-langkah pencegahan perlu diambil kira...

Semakkan di www.doe.gov.my menunjukkan nilai IPU di Kota Tinggi dan Pasir Gudang meningkat diparas bahaya.

Kota Tinggi dekat ngan rumah Abah manakala Pasir Gudang ni pulak dekat dengan tempat aku bekerja.

Apakah tidak ada tindakkan yang dibuat untuk mengatasi jerebu ni?, tak silap aku pada 2002... 7 anggota ASEAN ada menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan ni, tapi malangnya jerebu tetap berulang dan ianya berpunca dari pembakaran hutan yang tidak dikawal di Sumatera (tempat yang sama kerap melakukan pembakaran terbuka pada 2005, 2006 dan tahun ni 2013)...Kita pernah buat bantahan dahulu tapi kita pulak disalahkan, la ni singapore bising...dan singapore pulak disalahkan hehehe...apakebendatah...

Okey, pada mereka yang sentiasa berada diluar, anda disarankan:
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

-eeerrr nak buat pembakaran terbukalah...