Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Jumaat

Squabble

Biasalah dekat-dekat mengundi ni, bila dah duduk berkumpul, mula lah masing-masing luahkan apa yang diaorang punya pendapat dan keyakinan. Mula-mula okey aje, tapi bila dah pertengahan mulalah nak bertekak...malas tul aku nak join...please lah, tak setuju pun janganlah nak bengkeng sangat, nak menjerit-jerit segala. Esok lusa bukan kita terus tak jumpa pun, kitakan kawan, seagama dan serumpun,syukurlah negara kita ni aman lagi. Adoiii


Relax le brother...dengo nasihat aku ni
"Kao nak Ubah...ubah lah, aku tak... INI KALILAH kao orang ada peluang so gunakan lah kesempatan yang ada ni sebaik-baik mungkin, undilah party yang kao suka, peluang ni cuma datang dalam pat lima tahun sekali aje"
"Aku mintak maap kalau kata-kata aku ada yang kao tak setuju, aku cuma bagi pendapat dan mempertahankan party yang aku suka dari dulu, kini dan selamanya"

Lapar...


Nak makannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...



Khamis

JOMBERTINDAK

Alhamdulillah, akhirnya terima jugak Kit Jom Bertindak dari PM,
sebenonya benda ni sampai kat rumah pada 11hb itu hari tapi waktu tu kat rumah tak de orang, so aku kena amik kat Pusat Mel Ungku Mohsin le jawabnya.Hmmm...apa lagi bertindak le cepat....


::kepoyosan betul aku ni....

Selasa

Ahli Baru: Telah tercetak

Ok bersabar, berdoa dan bertawakkal

Isnin

Semak Daftar Undi

Kawan: Jam, macam mana nak semak daftar undi, ada cara online tak?
Aku: Err rasanya ada...dah cuba masuk laman web spr?
Kawan: Tu la yang aku tak tau tu...apa alamatnya yek?
Aku: Tak silap aku www.spr.gov.my , kat situ kao bole buat semakan daftar undi, cuba le.
Kawan: Ok-ok thank you



Boleh buat semakan lebih dari seorang :)


Hasil semakan boleh dicetak sebagai simpan peribadi dan bukti kelayakan.



Cara yang lain:

Semak Daftar Pemilih Melalui SMS: yang ni akan dikenakan charge doposen aje

taipkan SPR -jarak- SEMAK -jarak- No. IC 
dan hantarkan ke 15888



Rabu

UNDI bukan AFUNDI




Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara