Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itu rahsia orang bijaksana
Ia anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan
Berikanlah tenaga
Untuk bangsa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu
Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu kepada keharmonian negara
Kau katakan pada aku sekarang jua
apakah pendapat kau atas kewajiban mudi dan muda...
Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...
Dan bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajibanku
Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.
Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang menrugikan diri
Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah hai seorang pujangga
Hanya sekadar penyanyi biasa
:: Lagu yang aku minat sejak aku kecil lagi sampai le sekarang ni, hayati liriknya yang penuh dengan makna. Aku bukan nak bercerita pasal politik kat sini, cuma aku nak mengingatkan generasi muda sekarang ni yang kelihatan terlampau taksub inginkan perubahan, kononnya nak rasa corak pemerintahan yang baru, walau sepenggal...hmmm sedih betul...Pernah tak terfikir walau seketika, selama mereka hidup di bumi bertuah ni, mereka tak makan... tak mendapat pendidikan... hidup dalam ketakutan kerana negara tak aman?.
Jangan sampai menang sorak negara tergadai,,,sudah terhantuk baru terngadah...waktu tu rasanya dah terlewat...fikir-fikirkanlah.
Belajar sampai Universiti tapi tiada jati diri, tiada rasa sayang pada pertiwi....Astaghfirullahalazim