Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Isnin

2013

   Hαppψ Nεω Yεαr
….…11. 12 .1……
…:10. .. I ……2…
…:9 . .. @……3…
… :8………. . .4…
……..7. .6…5…….
…☆….2๏13…☆…


▄▄▄▄──▄▄▄▄
─███▄▄███─██▀█ ██▀█ ██▀█ ██─██
─███──███─██▀█ ██▀▀ ██▀▀──██
▄███──███▄██─█ ██── ██────██
▄▄▄▄▄─▄▄▄ ────▄▄────▄▄ ▄▄▄─▄▄▄
─████─███ ██▀▀─█─██─█ ──██─██ ██▀▀ ██▀█ ██▀█
─███─████ ██▀▀─██████ ───███ ─██▀▀ ██▀█ ██▀▄
─███──███ ██▄▄─██──██ ───███─ ██▄▄ ██─█ ██─█
████─▄██▄─ ▄██ ████▄
───█ ██─██──██ ▄▄▄██
█▀▀▀ ██─██──██ ▀▀▀██
█▄▄▄─▀██▀ ──██ ▄▄▄█▀



¸.o•°`~☻~`°•o.˛¸˛.o•°★°•o.˛¸˛.o•°`~☻~`°•o.˛
•(¯`•★•´¯)•╔═══╦═══╗╔╗╔═══╗╔╦╦╗•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•║╔═╗║╔═╗╠╝║║╔═╗║║║║║•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•╚╝╔╝║║║║╠╗║╚╝╔╝║║║║║•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•╔═╝╔╣║║║║║║╔╗╚╗║╚╩╩╝•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•║║║╚╣╚═╝╠╝╚╣╚═╝║╔╦╦╗•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•╚═══╩═══╩══╩═══╝╚╩╩╝•(¯`•★•´¯)•
˛¸.o•°`~☻~`°•o.˛¸˛.o•°★°•o.˛¸˛.o•°`~☻~`°•o.˛


۰̮̑●̮̑۰★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★۰̮̑●̮̑۰
░░░█████░█████░░███░█████░░░
░░░█░░██░██░██░████░█░░██░░░
░░░░░░██░██░██░░░██░░░░██░░░
░░░░░██░░██░██░░░██░░░██░░░░
░░░░██░░░██░██░░░██░░░░██░░░
░░░██░██░██░██░░░██░██░██░░░
░░░█████░█████░░░██░█████░░░
۰̮̑●̮̑۰★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★۰̮̑●̮̑۰


──────█─█ █▀█ █▀█ █▀█ █─█─────
──────█▀█ █▀█ █▀▀ █▀▀ ▀█▀─────
──────▀─▀ ▀─▀ ▀── ▀── ─▀──────
█▄─█ █▀▀ █─█─█──█─█ █▀▀ █▀█ █▀█
█─██ █▀▀ █─█─█──▀█▀ █▀▀ █▀█ ██▀
▀──▀ ▀▀▀ ─▀▀▀────▀─ ▀▀▀ ▀─▀ ▀─▀


▐▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▌
▌▄▀▀▀▄─▄▀▀▀▄─▄▀▌─▄▀▀▀▄▐
▌─▄▀▀▀─▌───▐───▌───▀▀▌▐
▌▀▄▄▄▄─▀▄▄▄▀──▄▌─▀▄▄▄▀▐
▐▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▌



Rabu

Relex minda



Selasa

Dah Setel dah :)

Alhamdulillah, malware dah dapat di delete dari blog ni...
hehehe bukan guna anti virus tapi caranya aku tuko gambo yang sebelum ni aku upload guna freeimagehosting kali ni aku upload guna blogger image hosting....

Hmmm lama jugak baru dapat tido lena ni :)

:: (berpeluh jugak ketiak nak cari gambo yang aku upload guna imagehosting ni dalam html,
maklum aje le aku bukan pakar web).



Doktor Online?

Assallammualaikum,
Pernah dengo perihal doktor online tak?...Pernah?...Wah bagus lah, sebab aku saja aje letak tajuk tu hehehe.Ok, alkisahnya malam tadi masa aku cuba lungsuri blog aku guna google chrome, masalah timbul,
tak sampai sesaat keluar warning! "Danger: Malware Ahead!". Dah sudah, apa kehal telah berlaku kat blog ni...so aku cuba selidiki apa masage yang hendak disampaikan oleh En. Google ni...
   Ohh!!! rupanya terdapat "content from www.freeimagehosting.net, a known malware distributor...bla-bla-bla" hmmm,

    ::: gambar macam ni yang muncul semalam.

Arrgghhh! tension betul, dan malam tu aku tutup internet dan terus tido main game Age Of Mythology sebab aku dah malas main game FB.

Hari ni 18hb Dis, pukul 3:14pm, baru aku teringat nak masuk blog ni, kat opis aku guna Safari, eh eh boleh masuk pulak...aku masih curiga, so aku cuba google laman web freehosting yang bermasalah tu, ini hasilnya:
Ha...kalau ikut apa yang tertera kat situ, ia mengatakan website tersebut masih mengandungi malware/virus, tapi apa sal blog aku ni boleh dilungsuri pulak hari ni? ke aku guna safari hari ini bukan google chrome seperti malam tadi?...Alhamdulillah, dapat idea untuk cek guna Malware Scan Online. Atas bantuan En. Google dapat le aku buat temujanji dengan beberapa doktor online ni.

Mula-mula aku guna: Sucuri Site Check: http://sucuri.net/



Kerana rasa kurang pasti, aku guna yang ni pulak: http://scanurl.net/ 




Biasalah kan (err biasa ke?), aku ni jenis tamak haloba kiasu tak cukup satu?!
Aku cuba yang lain pulak: http://onlinelinkscan.com/ .



Alhamdulillah, semuanya bagi jawapan yang positif, ni yang dapat buat catatan ni...cuma satu aje yang aku tak buat, Google suruh aku verify apa ke benda yang dia bagi malam tadi, tapi aku tak buat...haru betul.
Ok rehat dah abis, sambung kerja :)

Jumaat

Batang pisang | Gunting | Klamp | Laser

As Salam, 
Nampak macam anehkan tajuk kat atas tu, tapi bagi mereka yang tahu pasti dah dapat agak pun apa yang aku nak ceritakan kat sini. Hmm...apa lagi cerita yang sensasi pada hujung tahun ni le selain dari cuti-cuti malaysia dan mendirikan masjid, kalau bukan majlis untuk anak-anak lelaki.

"Apa kaitannya dengan batang pisang pulak, Ayah?" Tanya anak aku tiba-tiba. (Cheh bila masa pulak budak ni duduk kat sebelah aku ni),
"Batang pisang tu merupakan salah satu alat yang digunapakai masa zaman atuk-atuk kita dulu kalau nak berkhatan ni" Aku jawab dengan penuh yakin (macam la aku ni tahu segalanya)
"Macam mana tu?" Tanya anak aku lagi (Hah jawab...soalan cepumas ni)
"Hmm...gini batang pisang ni digunakan untuk budak-budak lelaki duduk atasnya bagi memudahkan Tok Mudim menjalankan kerja dia, selain tu batang pisang ni jugak digunakan untuk mencucuk alat-alat berkhatan beliau dan bla...bla...bla" Aku berceloteh panjang lebar (Tah betul ke tak aku tak tahu sebab aku tak pernah tengok pun, cuma dengo orang-orang tua bercerita aje.)
"Ohhh..." Ringkas aje jawapan dia. rasa dia dah faham le tuuu.


Zaman aku budak-budak pulak peralatan yang digunakan untuk proses memotong tu antaranya Skapel, Tweezer,  gunting, bandage untuk pembalut dan ada le beberapa alat lagi yang aku tak kenal. 

Zaman anak sulung aku pulak, dah guna Smartklamp, masa ni aku rasa dah macam canggih sangat teknologi yang diaorang gunakan untuk proses berkhatan, sebab dah tak perlu balut dengan bandage lagi dah tapi digantikan dengan klamp le pulak, lagi satu 5 hari aje dah kering...proses penyembuhan dah kurang azab dah.


La ni masa anak bongsu aku berkhatan (Sabtu lepas 24 November), dah lagi canggih proses berkhatan ni rupanya. diaorang guna sejenis alat yang dikenali sebagai Elektrocautery (yang kitaorang sangka laser tu). Tujuannya untuk menggurangkan pendarahan ketika proses berkhatan dan kanak-kanak yang berkhatan akan cepat sembuh (kerana tiada pembalutan diperlukan selepas berkhatan)




Khas buat Nabil, ayah cukup berbangga dengan anda sebab keberanian yang Nabil tunjukkan sepanjang hari-hari sebelum berkhatan, ketika majlis berlangsung, semasa proses berkhatan dan sehingga hari ini. Nabil tidak pernah bersungut. Terima Kasih Nabil :)
Apalah aku melalut ni...Ok...
Sebenarnya aku nak cerita apa yang berlaku keatas anak aku ni yang buat aku bangga sangat, 
Pertama: beliau sempat bermain game FIFA (iphone) semasa proses berkhatan keatasnya dijalankan dan dengan bangganya dia cakap..."Ayah, dah 3 gol ayah" Selamba aje muka dia. "Err Nabil tak sakit ke?"Aku bertanya ragu-ragu. "Tak :)" jawab Nabil sambil tersenyum (Aku tahu anak aku ni cuba mengawal rasa takutnya...bagus lah :I
Kedua: Percaya atau tidak Nabil berkhatan dua kali dalam masa tak sampai 1 jam dengan dua orang Doktor sebabnya Doktor pertama yang mengkhatankan Nabil tidak potong keseluruhan kulit lebihan dengan alasan kulit lebihan tu tebal, kerana rasa kurang yakin penjelasan Doktor tu, aku pun tanya lah kalau dalam masa nak mencuci dengan ubat kuning (rasanya iodin) tu ada masalah atau selepas sembuh ianya kulup balik macam mana?...Dia jawab: "Encik boleh rujuk kepada Doktor tu" dia tunjuk pada seorang lagi doktor, Aku tanya "boleh bagi nombor talipon?", dia kata boleh nanti dia bagi, hmm...ok (walaupun rasa macam tak aje), selepas selesai menjahit, dia benarkan kami pulang, tapi tak sampai 15 minit ada member menyusul ke rumah minta aku bawa Nabil ketempat berkhatan semula sebab Doktor yang kedua nak tengok...hasilnya Nabil kena khatan semula sebab kulit masih ada lebihan dan pasti akan kulup semula katanya. Doktor yang pertama kena panggil dan ditunjukkan paras mana yang sepatutnya dia potong.
    
  Ok...masa ni muka aku dah tak terukir senyum lagi tapi Nabil kelihatan tenang dan hanya menyebut perkatan "Allahu Akbar" berkali-kali kerana menahan sakit...(bayangkan kawasan yang dah luka di injit...adoiiii)...maaf Nabil, kerana ayah tak bertegas dengan Doktor yang pertama tu walau ayah dah terasa sangsi kerjanya tidak sempurna.(moral of the story: Pastikan anda berada disisi anak anda ketika dia berkhatan dan juga pastikan yang Doktor tu adalah pakar dalam kerjayanya).

  Walaubagaimana pun, cara berkhatan ketika ini, terutama yang menggunakan "laser" tersebut adalah yang paling kurang sakit dan yang paling cepat sembuh InsyaAllah (3-5 hari luka sudah kering dan anak anda dah boleh pakai seluar) cuma pastikan anda mengawal jenis pemakanannya (berpantang...bukan pantang nampak ya).

::kes macam anak aku ni rasanya 1:1000 so tak perlu dirisaukan lah ya :), asalkan anak kita selamat, Alhamdulillah.






Selasa

Timeline Header


Ini akan menjadi Timeline Header aku yang terbaru, tapi aku kena tunggu malam hari lah untuk aku upload ke dalam Facebook sebab waktu siang ni aku tak dapat login ke facebook...kena block dan waktu kerja beb...tak boleh curi tulang :)...sekarang ni waktu rehat (15minit), boleh le aku update blog dan header ni aku buat masa rehat tengah hari tadi :)