Akhirnya setelah berhempas pulas mengemas masuk kotak dan kemudian mengemas keluar kotak, kini bermakna telah rasmi la tempat aku berkerja berpindah semula ke Taman Molek.
Kenapa ada perkataan "berpindah semula" tu?
Nak tau?...hahaha kalau kaorang tak nak tahu pun aku tetap akan cerita jugak kat sini :D (gelak macam ketua perompak).
Kisahnya opis YP pada mula-mula buka kat Johor ni, terletak di Jalan Harimau hujan lebat lah pulak Taman Century pada tahun 1992, kemudian pada 1996 berpindah ke Taman Molek ni iaitu di Jalan Molek 1/8, opis mengadap sungai molek dan jauh dari pandangan umum so 4 kali kena rompak, rompakkan yang last tu abis aku punya komputer Mac kena rembat...lepak oo kena buat semula artwork yang tersimpan kat komputer tu, tak lama lepas tu baru dia orang setuju nak pindah iaitu pada 2002, pindah ke Johor Bahru City Square tingkat 33, pemandangan superb, layout dalaman aku yang buat dan uruskan so pastinya aku letak tempat duduk aku pada view yang menarik :D (gelak lagi)...tapi setelah 10 tahun kat City Square ni, HQ suruh pindah pulak, alasannya banyak-banyak opis YP, opis JB yang paling beso dan nampak seperti mahal, branch lain opis simple aje so kaoorang kena pindah cari Shop Lot macam yang lain,
Alasan kedua: sewa tiap-tiap tahun selalu naik, tak berbaloi katanya. hmmmm dan beberapa lagi alasan yang digunakan dan kebanyakannya seperti ada nada cemburu(?). Jadi nak taknak kita orang terpaksa akur jugak. Bermula pada awal bulan June proses perpindahan dan lawatan ke opis baru bermula, segala persiapan berakhir pada 30 jun dan seterusnya pada 2 julai 2012, kita orang rasmi berpindah ke Taman Molek ni tapi hanya boleh online pada 13hb Julai, ini bermakna artwork pending tak dapat dibayangkan banyaknya.
Setel...mula buat kerja ya :)