Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Isnin

2013

   Hαppψ Nεω Yεαr
….…11. 12 .1……
…:10. .. I ……2…
…:9 . .. @……3…
… :8………. . .4…
……..7. .6…5…….
…☆….2๏13…☆…


▄▄▄▄──▄▄▄▄
─███▄▄███─██▀█ ██▀█ ██▀█ ██─██
─███──███─██▀█ ██▀▀ ██▀▀──██
▄███──███▄██─█ ██── ██────██
▄▄▄▄▄─▄▄▄ ────▄▄────▄▄ ▄▄▄─▄▄▄
─████─███ ██▀▀─█─██─█ ──██─██ ██▀▀ ██▀█ ██▀█
─███─████ ██▀▀─██████ ───███ ─██▀▀ ██▀█ ██▀▄
─███──███ ██▄▄─██──██ ───███─ ██▄▄ ██─█ ██─█
████─▄██▄─ ▄██ ████▄
───█ ██─██──██ ▄▄▄██
█▀▀▀ ██─██──██ ▀▀▀██
█▄▄▄─▀██▀ ──██ ▄▄▄█▀



¸.o•°`~☻~`°•o.˛¸˛.o•°★°•o.˛¸˛.o•°`~☻~`°•o.˛
•(¯`•★•´¯)•╔═══╦═══╗╔╗╔═══╗╔╦╦╗•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•║╔═╗║╔═╗╠╝║║╔═╗║║║║║•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•╚╝╔╝║║║║╠╗║╚╝╔╝║║║║║•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•╔═╝╔╣║║║║║║╔╗╚╗║╚╩╩╝•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•║║║╚╣╚═╝╠╝╚╣╚═╝║╔╦╦╗•(¯`•★•´¯)•
•(¯`•★•´¯)•╚═══╩═══╩══╩═══╝╚╩╩╝•(¯`•★•´¯)•
˛¸.o•°`~☻~`°•o.˛¸˛.o•°★°•o.˛¸˛.o•°`~☻~`°•o.˛


۰̮̑●̮̑۰★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★۰̮̑●̮̑۰
░░░█████░█████░░███░█████░░░
░░░█░░██░██░██░████░█░░██░░░
░░░░░░██░██░██░░░██░░░░██░░░
░░░░░██░░██░██░░░██░░░██░░░░
░░░░██░░░██░██░░░██░░░░██░░░
░░░██░██░██░██░░░██░██░██░░░
░░░█████░█████░░░██░█████░░░
۰̮̑●̮̑۰★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★۰̮̑●̮̑۰


──────█─█ █▀█ █▀█ █▀█ █─█─────
──────█▀█ █▀█ █▀▀ █▀▀ ▀█▀─────
──────▀─▀ ▀─▀ ▀── ▀── ─▀──────
█▄─█ █▀▀ █─█─█──█─█ █▀▀ █▀█ █▀█
█─██ █▀▀ █─█─█──▀█▀ █▀▀ █▀█ ██▀
▀──▀ ▀▀▀ ─▀▀▀────▀─ ▀▀▀ ▀─▀ ▀─▀


▐▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▌
▌▄▀▀▀▄─▄▀▀▀▄─▄▀▌─▄▀▀▀▄▐
▌─▄▀▀▀─▌───▐───▌───▀▀▌▐
▌▀▄▄▄▄─▀▄▄▄▀──▄▌─▀▄▄▄▀▐
▐▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▌



Rabu

Relex minda



Selasa

Dah Setel dah :)

Alhamdulillah, malware dah dapat di delete dari blog ni...
hehehe bukan guna anti virus tapi caranya aku tuko gambo yang sebelum ni aku upload guna freeimagehosting kali ni aku upload guna blogger image hosting....

Hmmm lama jugak baru dapat tido lena ni :)

:: (berpeluh jugak ketiak nak cari gambo yang aku upload guna imagehosting ni dalam html,
maklum aje le aku bukan pakar web).



Doktor Online?

Assallammualaikum,
Pernah dengo perihal doktor online tak?...Pernah?...Wah bagus lah, sebab aku saja aje letak tajuk tu hehehe.Ok, alkisahnya malam tadi masa aku cuba lungsuri blog aku guna google chrome, masalah timbul,
tak sampai sesaat keluar warning! "Danger: Malware Ahead!". Dah sudah, apa kehal telah berlaku kat blog ni...so aku cuba selidiki apa masage yang hendak disampaikan oleh En. Google ni...
   Ohh!!! rupanya terdapat "content from www.freeimagehosting.net, a known malware distributor...bla-bla-bla" hmmm,

    ::: gambar macam ni yang muncul semalam.

Arrgghhh! tension betul, dan malam tu aku tutup internet dan terus tido main game Age Of Mythology sebab aku dah malas main game FB.

Hari ni 18hb Dis, pukul 3:14pm, baru aku teringat nak masuk blog ni, kat opis aku guna Safari, eh eh boleh masuk pulak...aku masih curiga, so aku cuba google laman web freehosting yang bermasalah tu, ini hasilnya:
Ha...kalau ikut apa yang tertera kat situ, ia mengatakan website tersebut masih mengandungi malware/virus, tapi apa sal blog aku ni boleh dilungsuri pulak hari ni? ke aku guna safari hari ini bukan google chrome seperti malam tadi?...Alhamdulillah, dapat idea untuk cek guna Malware Scan Online. Atas bantuan En. Google dapat le aku buat temujanji dengan beberapa doktor online ni.

Mula-mula aku guna: Sucuri Site Check: http://sucuri.net/



Kerana rasa kurang pasti, aku guna yang ni pulak: http://scanurl.net/ 




Biasalah kan (err biasa ke?), aku ni jenis tamak haloba kiasu tak cukup satu?!
Aku cuba yang lain pulak: http://onlinelinkscan.com/ .



Alhamdulillah, semuanya bagi jawapan yang positif, ni yang dapat buat catatan ni...cuma satu aje yang aku tak buat, Google suruh aku verify apa ke benda yang dia bagi malam tadi, tapi aku tak buat...haru betul.
Ok rehat dah abis, sambung kerja :)

Jumaat

Batang pisang | Gunting | Klamp | Laser

As Salam, 
Nampak macam anehkan tajuk kat atas tu, tapi bagi mereka yang tahu pasti dah dapat agak pun apa yang aku nak ceritakan kat sini. Hmm...apa lagi cerita yang sensasi pada hujung tahun ni le selain dari cuti-cuti malaysia dan mendirikan masjid, kalau bukan majlis untuk anak-anak lelaki.

"Apa kaitannya dengan batang pisang pulak, Ayah?" Tanya anak aku tiba-tiba. (Cheh bila masa pulak budak ni duduk kat sebelah aku ni),
"Batang pisang tu merupakan salah satu alat yang digunapakai masa zaman atuk-atuk kita dulu kalau nak berkhatan ni" Aku jawab dengan penuh yakin (macam la aku ni tahu segalanya)
"Macam mana tu?" Tanya anak aku lagi (Hah jawab...soalan cepumas ni)
"Hmm...gini batang pisang ni digunakan untuk budak-budak lelaki duduk atasnya bagi memudahkan Tok Mudim menjalankan kerja dia, selain tu batang pisang ni jugak digunakan untuk mencucuk alat-alat berkhatan beliau dan bla...bla...bla" Aku berceloteh panjang lebar (Tah betul ke tak aku tak tahu sebab aku tak pernah tengok pun, cuma dengo orang-orang tua bercerita aje.)
"Ohhh..." Ringkas aje jawapan dia. rasa dia dah faham le tuuu.


Zaman aku budak-budak pulak peralatan yang digunakan untuk proses memotong tu antaranya Skapel, Tweezer,  gunting, bandage untuk pembalut dan ada le beberapa alat lagi yang aku tak kenal. 

Zaman anak sulung aku pulak, dah guna Smartklamp, masa ni aku rasa dah macam canggih sangat teknologi yang diaorang gunakan untuk proses berkhatan, sebab dah tak perlu balut dengan bandage lagi dah tapi digantikan dengan klamp le pulak, lagi satu 5 hari aje dah kering...proses penyembuhan dah kurang azab dah.


La ni masa anak bongsu aku berkhatan (Sabtu lepas 24 November), dah lagi canggih proses berkhatan ni rupanya. diaorang guna sejenis alat yang dikenali sebagai Elektrocautery (yang kitaorang sangka laser tu). Tujuannya untuk menggurangkan pendarahan ketika proses berkhatan dan kanak-kanak yang berkhatan akan cepat sembuh (kerana tiada pembalutan diperlukan selepas berkhatan)




Khas buat Nabil, ayah cukup berbangga dengan anda sebab keberanian yang Nabil tunjukkan sepanjang hari-hari sebelum berkhatan, ketika majlis berlangsung, semasa proses berkhatan dan sehingga hari ini. Nabil tidak pernah bersungut. Terima Kasih Nabil :)
Apalah aku melalut ni...Ok...
Sebenarnya aku nak cerita apa yang berlaku keatas anak aku ni yang buat aku bangga sangat, 
Pertama: beliau sempat bermain game FIFA (iphone) semasa proses berkhatan keatasnya dijalankan dan dengan bangganya dia cakap..."Ayah, dah 3 gol ayah" Selamba aje muka dia. "Err Nabil tak sakit ke?"Aku bertanya ragu-ragu. "Tak :)" jawab Nabil sambil tersenyum (Aku tahu anak aku ni cuba mengawal rasa takutnya...bagus lah :I
Kedua: Percaya atau tidak Nabil berkhatan dua kali dalam masa tak sampai 1 jam dengan dua orang Doktor sebabnya Doktor pertama yang mengkhatankan Nabil tidak potong keseluruhan kulit lebihan dengan alasan kulit lebihan tu tebal, kerana rasa kurang yakin penjelasan Doktor tu, aku pun tanya lah kalau dalam masa nak mencuci dengan ubat kuning (rasanya iodin) tu ada masalah atau selepas sembuh ianya kulup balik macam mana?...Dia jawab: "Encik boleh rujuk kepada Doktor tu" dia tunjuk pada seorang lagi doktor, Aku tanya "boleh bagi nombor talipon?", dia kata boleh nanti dia bagi, hmm...ok (walaupun rasa macam tak aje), selepas selesai menjahit, dia benarkan kami pulang, tapi tak sampai 15 minit ada member menyusul ke rumah minta aku bawa Nabil ketempat berkhatan semula sebab Doktor yang kedua nak tengok...hasilnya Nabil kena khatan semula sebab kulit masih ada lebihan dan pasti akan kulup semula katanya. Doktor yang pertama kena panggil dan ditunjukkan paras mana yang sepatutnya dia potong.
    
  Ok...masa ni muka aku dah tak terukir senyum lagi tapi Nabil kelihatan tenang dan hanya menyebut perkatan "Allahu Akbar" berkali-kali kerana menahan sakit...(bayangkan kawasan yang dah luka di injit...adoiiii)...maaf Nabil, kerana ayah tak bertegas dengan Doktor yang pertama tu walau ayah dah terasa sangsi kerjanya tidak sempurna.(moral of the story: Pastikan anda berada disisi anak anda ketika dia berkhatan dan juga pastikan yang Doktor tu adalah pakar dalam kerjayanya).

  Walaubagaimana pun, cara berkhatan ketika ini, terutama yang menggunakan "laser" tersebut adalah yang paling kurang sakit dan yang paling cepat sembuh InsyaAllah (3-5 hari luka sudah kering dan anak anda dah boleh pakai seluar) cuma pastikan anda mengawal jenis pemakanannya (berpantang...bukan pantang nampak ya).

::kes macam anak aku ni rasanya 1:1000 so tak perlu dirisaukan lah ya :), asalkan anak kita selamat, Alhamdulillah.






Selasa

Timeline Header


Ini akan menjadi Timeline Header aku yang terbaru, tapi aku kena tunggu malam hari lah untuk aku upload ke dalam Facebook sebab waktu siang ni aku tak dapat login ke facebook...kena block dan waktu kerja beb...tak boleh curi tulang :)...sekarang ni waktu rehat (15minit), boleh le aku update blog dan header ni aku buat masa rehat tengah hari tadi :)

Rabu

KD: Kalender 2013 (1)



:: Pada asalnya aku nak tulis kisah anak bongsu aku berkhatan tempoh hari, tapi ke wallpaper pulak jadinya.
jadi, kisah berkhatan tu aku ceritakan kemudian la yek...hari ni kita layan dulu wallpaper tahapa-apa ni dulu.
untuk pengatahuan aku cuma susun semula layout ni dari pelbagai sumber so bukan 100% aku buat.

Khamis

Stencil Style (cuba aje)


::saja test buat gambo Bret "Hitman" Hart dalam bentuk stencil kat dinding, jadi tak?
Tak jadi eh?...tak pe lah :)


>>ini manipulation guna photoshop ya :)

Isnin

KD: Aidil Adha 2012 (3)



:: lepak-lepak-lepak-lepak...penat pulak rasanya bila dah kurang iklan untuk dibuat hmmm
(macam-macam la kao ni jam)

Jumaat

KD: Aidil Adha 2012



:: silakan lekat di dinding monitor :)

Khamis

Surat dari En. Kacang


::Rehat otak kejab :)

Selasa

KD: Aidil Adha 2012


:: lama tak buat kertas dinding... :)
sempena Aidil Adha ni rasanya nak mulakan semula lah ye...silakan pada mwereka yang sudi ambil, saiz desktop wallpaper (kertas dinding) ni macam biasa lebar 1280 pixels x tinggi 1024 pixels Res: 72 dpi
silakan :)

Khamis

Keep Trying


::Hmm OK :)

200% Kerja keras..Boleh?


::letih sangat sampai tak terdaya dah..arghhhhhh......

Rabu

Mana Lagu Raya Ni?!!

Adoiii....puasa dah masuk hari yang ke 18 hari ni tapi MANA LAGU RAYA ? penat aku tekan-tekan radio ni...ERA, SURIA, SINAR hampe semua...(celoteh dia orang memang best tapi aku nak dengao lagu raya la bukan celoteh-moteh ni Adoiiii) apa da balik-balik lagu sama yang dia orang keudarakan...
Mata dah mengantuk ni, mood kerja dah mula susut sebab tak dapat dengo lagu raya selalu kalau ada pun dia orang perdengarkan 100km satu adoii lemah semangat...hmmm
tak pe, tak pe (sambil angguk-angguk kepala pelahan) tak pe...aku tukar siaran luar negara pulak mana tahu ada...
.
.
.
.

Dah dapat hahaha mood kerja dan berpuasa kembali pulih hahaha
aku tukar siaran ke luar negara...best...Ria 89.7 FM  DJ Fiza O... The 'O' Show
(sila lihat gambo kalau nak kenal)

(Gambo curi kat: www.blogs.mediacorpradio.sg)

Ok lagu raya jarak tak jauh sebatu satu so selama aku berkerja lapan jam ni kira puas hati juga lah dengo lagu raya yang pelbagai...70% lagu raya yang aku rasa baru pertama kali aku dengo...tak kira lah beb, janji lagu raya...GEREK SEH!!!!


::Maaf entry ni bukan nak pelekehkan Radio tempatan tapi sekadar ingin mengingatkan.

Isnin

Berpindah randah


Akhirnya setelah berhempas pulas mengemas masuk kotak dan kemudian mengemas keluar kotak, kini bermakna telah rasmi la tempat aku berkerja berpindah semula ke Taman Molek.

Kenapa ada perkataan "berpindah semula" tu?
Nak tau?...hahaha kalau kaorang tak nak tahu pun aku tetap akan cerita jugak kat sini :D (gelak macam ketua perompak).

Kisahnya opis YP pada mula-mula buka kat Johor ni, terletak di Jalan Harimau hujan lebat lah pulak Taman Century pada tahun 1992, kemudian pada 1996 berpindah ke Taman Molek ni iaitu di Jalan Molek 1/8, opis mengadap sungai molek dan jauh dari pandangan umum so 4 kali kena rompak, rompakkan yang last tu abis aku punya komputer Mac kena rembat...lepak oo kena buat semula artwork yang tersimpan kat komputer tu, tak lama lepas tu baru dia orang setuju nak pindah iaitu pada 2002, pindah ke Johor Bahru City Square tingkat 33, pemandangan superb, layout dalaman aku yang buat dan uruskan so pastinya aku letak tempat duduk aku pada view yang menarik :D (gelak lagi)...tapi setelah 10 tahun kat City Square ni, HQ suruh pindah pulak, alasannya banyak-banyak opis YP, opis JB yang paling beso dan nampak seperti mahal, branch lain opis simple aje so kaoorang kena pindah cari Shop Lot macam yang lain,    

Alasan kedua: sewa tiap-tiap tahun selalu naik, tak berbaloi katanya. hmmmm dan beberapa lagi alasan yang digunakan dan kebanyakannya seperti ada nada cemburu(?). Jadi nak taknak kita orang terpaksa akur jugak. Bermula pada awal bulan June proses perpindahan dan lawatan ke opis baru bermula, segala persiapan berakhir pada 30 jun dan seterusnya pada 2 julai 2012, kita orang rasmi berpindah ke Taman Molek ni tapi hanya boleh online pada 13hb Julai, ini bermakna artwork pending tak dapat dibayangkan banyaknya.

Setel...mula buat kerja ya :)

Selasa

Rumah Rakit?


:: Ahhh besttt!!!!! 
(^_^)'

Jumaat

8 & 5 inci Floppy Disk | Cakera Liut


Antara stor simpanan yang aku ada...yang kanan sekali tu yang terbaru (1TB...cukup le untuk simpan artwork dalam pat lima taun lagi)

Masa sibuk kemas workstation tadi terjumpa pulak 1 kotak storage yang pernah aku nampak orang gunakan masa muda-muda dulu (tapi apasal ada dalam simpanan aku pulak?...muskil ni), keadaannya macam baru tapi malangnya dia punya driver mana ada lagi...kalau komputer zaman Tok Kadok adalah gunakan storage ni. Nak tau apa dia?
Ha tengok bawah ni!
.
.
.
.
.
.



Tu dia (gambo ni buka aku punya, tapi yang atas tu ya)...rasanya budak millenium sekarang ni tak kenal apakebenda ni. Tapi benda ni le yang digunakan kakak kerani untuk simpan data. Aku tak ingat aku pernah guna ke tak, rasanya dulu tak kot sebab dari tahun 1990 aku dah guna Mac (Rasanya Macintosh ii ke Mac Plus - lupa sudah) dan storage yang aku guna pada masa tu ialah Diskette (juga dipanggil sebagai Floppy Disk).

Sedikit info berkenanan DataLife/Cakera Liut/Floppy Disk saiz 8 inci ni:

Cakera liut adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.

    Cakera liut, juga dikenali sebagaifloppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti Apple II, Macintosh, Commodore 64, Amiga, dan IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ia sistem proprietari, CP/M, atau kemudiannya, DOS.
Pada awal 1990-an, saiz perisian yang semakin meningkat bererti kebanyakan perisian diedarkan melalui set cakera liut. Pada akhir 1990-an, pengedaran perisian beransur-ansur ditukar kepada CD-ROM, dan format sokongan isipadu lebih tinggi (higher-density) diperkenalkan (contohnya, pemacu ZipIomega. Dengan ketibaan capaian Internet umum, Ethernet murah, dan pemacuUSB, cakera liut tidak lagi diperlukan bagi pemindahan data lagi, dan cakera liut digantikan. Salinan pukal (mass backups) kini dilakukan kepada pita bermagnet (magnetic tape) seperti DAT atau streamer, atau ditulis kepada cakera padat (compact disc) - CD atau DVD. Salah satu cubaan yang gagal (di pasaran) pada akhir 1990-an untuk meneruskan cakera liut adalah SuperDisk(LS120) dengan kapasiti 120 MB sementara pemacu serasi mundur dengan cakera liut 3½-inci piawaian.
Bagaimanapun, pengilang keberatan untuk menyingkir pemacu cakera dari PC mereka, untuk keserasian mundur, dan kerana kebanyakan jabatan teknologi maklumat syarikat menghargai mekanisma pemindahan fail dalaman yang sentiasa berfungsi dan tidak memerlukan pemacu peranti (device driver) untuk berfungsi. Syarikat Komputer Apple merupakan pengilang komputer secara pukal yang pertama meninggalkan pemandu cakera daripada model komputer sepenuhnya, dengan penngeluaran modeliMac pada 1998, manakala Dell meletakkan pemandu cakera liut sebagai pilihan dan model mereka bermula 2003. Walau bagaimanapun, sehingga kini cakera liut masih lagi menjadi peranti utama untuk menyimpan dan bertukar data.
Terdapat juga pemacu cakera liut yang berdasarkan USB untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu cakera liut, dan ia berfungsi di mana-mana mesin komputer yang menyokong USB.
Cakera liut dirujuk secara universal di dalam ukuran imperial (imperial measurement), walaupun di negara yang menggunakan sistem metrik [Nota: Di dalam rencana ini, penggunaan "KB" adalah merujuk kepada "KiloBait" (1,024 Bait).]


Format cakera liut
Tahun diperkenalkanKapasiti storan
8-inci197180 KB
8-inci1973256 KB
8-inci1974800 KB
8-inci dwi-belah19751,000 KB
5¼-inci1976110 KB
5¼-inci DD1978360 KB
5¼-inci QD19841,200 KB
3-inch1984?360 KB
3-inci (DD)1984?720 KB
3½-inci DD1984720 KB
2-inci1985?720?KB
3½-inci HD19871,440 KB
3½-inci ED19912,880 KB


Sejarah turutan format cakera liut, termasuk format terakhir yang diterima pakai secara meluas (ubiquitously adopted) (3½-inch HD).
DD = Double Density; QD = Quad Density; HD = High Density; ED = Extra High Density.


:)

Dah ranum hmmmm...


Hmmm. dah masak ranum, dah boleh dituai..Alhamdulillah, walau tak berbuah sepenuh pokok
tapi masih tetap mendatangkan hasil...syukur :)

Khamis

Semangat ke?

Assalam...Selamat Sejahtera,

Pagi tadi bila lepas sembahyang subuh, hati aku menyimpan tekad untuk siapkan segala kerja periklanan yang tertangguh...kononnya nak setelkan semuanya dengan cepatlah...nak taip laju-laju, nak hasilkan artwork yang best-best...kira boleh meletop de boom lah...
Gambaran kepantasan menaip dan mereka artwork macam gambo kat bawah ni lah kiranya...


Tapi...
Bila sampai kat Opis aje...
tengok senarai artwork yang perlu disiapkan panjang menjela.
.
.
.
Aku rasa macam...


ahhh... buat esok aje lah...hari ni aku tak de mood :)
Bai-bai-adios amigos yo

Rabu

Ronda di Pangkor


Pangkor Island / Pulau Pangkor sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan). Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal.
>> Sumber:  Pulau Pangkor


Nota keyboard: 2 hari 1 malam rasanya tak cukup untuk menikmati keindahan pulau ni, lebih-lebih lagi bila drive dari JB ke Lumut pergi dan balik...hmmmm penat woooo so tak dapat nak cerita banyak :D

Jumaat

KD: Waktu Layu


Hmmm, lepas balik sembahyang Jumaat tadi rasa macam nak curi tulang pulak buat kertas dinding.
Pikir punya pikir macam ahli pikir apa tema yang aku perlu buat terlintas pulak dalam kota pikiran aku ni nak buat tema Ramadhan + curi tulang = "Jadilah tah apa-apa kertas dinding ni"...
Okey le tu....agaknya :)

Isnin

Bahaya Benzene?




JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…



" jika anda sayangkan keluarga & rakan-rakan anda ,Jangan malu-malu mau share,copy paste kerana info ini milik kita semua Yusran Yusup. 
Untuk info-info lebih lanjut sila lawati blog: www.yusranyusup.blogspot.com

Khamis

New Storage - 2012

Yes! dapat storage baru tambahan (usb flash drive 32gb)  + 1tb external hard disk...
kopak RM280.00 hmmm... okey le tuuu.


* beza-tara external hard disk aku yang dah lama jadi tukun tiruan di bandingkan dengan flash drive aku yang baru...dah macam apa dah...akan datang pasti flash drive ada yang jejak 10tb ke atau lebih....



Rabu

Tenang | Sabar | Reda'



Hadapi Dengan Senyuman

[Verse 1:]
Hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi, biar terjadi
Hadapi, dengan tenang jiwa,
semua, ‘kan baik baik saja

[Verse 2:]
Bila ketetapan Tuhan,
sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada, yang bisa merubah,
dan tak ‘kan, bisa berubah

[Reff:]
Rela, kanlah saja ini,
bahwa semua, yang terbaik
Terbaik, untuk kita semua,
menyerahlah, untuk menang

[Verse 1] ~~ [Verse 2] ~~ [Reff] ^
[Verse 1] ~~ [Verse 2] ~~ [Reff] ^ (female vocal)


Isnin

Autobot..transform!


::Setelah difikirkan masak-masak...akhirnya aku terpaksa akur...hmmm :(
bertukar untuk kebaikan...

Khamis

FB Category

Antara perangai pengunjung FB mengikut Klas...err klas ke?
hantam aje la labu :)


:: Rasanya aku dalam kategori: Gamer & Liker aje...adoiiii
bahan rujukkan > www.lulzshirts.com



Jumaat

100% di tempat kerja


Ok, aku dah beri 100% tumpuan dalam tugasan yang di amanahkan 
sepanjang minggu tapi kenapa masih tak nak bagi bonus...adoooiii.

يرجى نفهم أن فعلت أفضل ...


:: hehehehe :D terbaik sangat! hmmm 


Khamis

Komen | Tak Komen Hmmm

Note Keyboard: Ishhh selalu aku macam ni...tu yang jadi pembaca senyap aje bila dalam facebook dan blog
Maaf, bukan tak nak komen tapi tak tau apa yang nak di komen dan khuatir disalah ertikan :)

Rabu

Puteri-puteri Pelayar Internet

Kalaulah Internet Browser ni digambarkan sebagai gadis-gadis cantik, agaknya macam ni le.

hasil kerja:  Moie Preisenberger sepertimana yang terdapat di http://www.arethemost.com

Selasa

Seni Tangan (Hand Art)

Tenangkan fikiran sekejab: seni tangan yang menarik.











Khamis

Ini bukan Moto Kapchai :)



Swordfish Motorcycle Concept

Icare Bike Motorcycle Concept

Ferrari Motorcycle Concept

Mach Ness Motorcycle Concept

Rae Motorbike Concept

Ghost Motorcycle Concept

Magic Tricycle Motorcycle Concept

ENERGYA Motorcycle Concept

Dodge Tomahawk Motorcycle Concept

Scarab Motorcycle Concept

Jaguar M-Cycle Motorcycle Concept

Halbo Future Duo-Wheel BMW Motorcycle Concept


Laman web rujukan: http://www.xoxobook.com

nota keyboard: yang last ni aku suka :)