Tip ni aku dapat dari Forum yang selalu aku masuk...www. sifoo.com
pertamanya...
kita kena tahu size majalah yg menjadi target kita utk kita menghantar karya kita (j ika di terima) ada beberapa saiz plak dlm majalah tu utk berbagai kolum...contoh dlm majalah ujang.
1- saiz kartun lawak antara bangsa
ni kartun jenis lawak semuka ( 1 muka surat )
2- saiz kartun bersiri ( drama) atau kartun 4 muka surat.
saiz kartun ni berbeza dgn kartun lawak antarabangsa
( lawak bersiri ini tidak di galakan pada pelukis baru)
macamana nk buat....
beberapa syarat yg perlu di patuhi semasa pembikinan kartun ini....
bila saiz sudah di kenal pasti....kami galakan pelukis baru terutamanya, membesarkan sedikit saiz dari saiz asal sebanyak 20%-30% mengikut skala yg betul.
kira penuhkan kerta A4 tu amat la ok....
bila anda mula melakar kartun...pastikan hanya cerita/watak itu saja yg perlu penggunaan pen/dakwat hitam yg bersesuaian di atas sehelai kertas putih yg bersih....
pastikan stroke anda kelihatan kemas dari anasir pensil... panel/kotak yg terdapat pada kartun anda tidak perlu di hitamkan dgn pen (ini kerja grafik artis) biarkan sahaja bekas pensil anda sebagai guide.
teks / dialok....
kebanyakan org yg menghantar kartun disertakan sekali dgn dialok pada sehelai kertas yg sama dgn kartun beliau!....... ini amat la salah...(kompom kene rejek)
kartun yg di hasilkan perlulah di asingkan dialoknya... maknanya, klip kan sehelai kertas yg berasingan di atas kartun anda tadi kemudian tulis kan dialok itu.....
dialok yg anda tulis itu seelok eloknya menggunakan pensil sahaja..(memudahkan kerja editor utk mengedit mana yg perlu)..... tulisan anda mestilah jelas boleh dibaca.....tentang dialok anda berbentuk lonjong / bulat /empat segi atau apa pun !!! itu adalah tugas grafik artis....sbb setiap majalah ada konsepnya tersendiri.
MACAMANA NAK HANTAR !.....
anda boleh hantar sendiri ke mana2 penerbit kartun..pastikan ada telah mendapat keizinan atau temujanji pada mana2 editor yg di tugaskan.... ini jalan yg terbaik ..
sebab anda boleh bertanya sendiri apa yg kurang pada karya anda.... berbanding penghantaran secara pos.....
ingat....
sebelum menghantar apa2 karya anda.....sila buat salinan dahulu (potostat).
pihak penerbit selalunya akan menyimpan karya asal anda utk penapisan dan segala macam hal.... andaikata ia di terima oleh penerbit, salinan tadi sebagai bukti utk anda menuntut bayaran atau imbuhan (jika ada ).... sila bawa salinan (potostat) karya anda serta karya anda yg sudah di siarkan dlm majalah tersebut sebagai tuntutan.......
detail tentang diri anda perlulah di berikan pada pihak penerbit (tulis je kat belakang artwork tu....hehehe)