Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Rabu

Download Percuma?



Satu minggu lagi hari persekolahan? Hmmmm patutle, otak dan poket ni pening semacam aje.
kalau otak pening, biasalahkan bagi ibubapa memikirkan soal penyediaan anak-anak bersekolah nanti.. Tapi kalau poket pening? kenapa pulok ye...la dah tentu disebabkan pengaliran tunai yang tidak boleh dikawal. Aku tak terkecuali mengalami sindrom hujung tahun ni..tapi.. Alhamdulillah, hampir 80% keperluan persekolahan dua orang anak aku dapat disediakan (itupun atas bantuan
isteri tersayang..hehehehehe). 20% lagi tu melibatkan yuran persekolahan untuk sekolah Agama dan kebangsaan, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar.
Opp! melalut apa pulak aku ni...
Ok, berbalik pada tajuk entry. Download percuma?..ya, aku nak senaraikan laman web yang menyediakan download percuma, tapi bukan dari laman web yang 18sx atau download benda yang tak bermoral ya..dan buka dari blog aku ni..hehehehe
Apa yang aku senaraikan kat sini merupakan laman web yang biasa aku masuk dan ambil dari diaorang (jadi ni kira ucapan terima kasih aku kat diaorang le ni). So far hasil download tiada yang menyebabkan komputer aku jadi sakit (maknanya tiada melware, adware, spyware, H1N1 atau segala jenis virus yang boleh memudaratkan komputer pen"download"), tapi kalau kaoorang kena jugak...bukan salah aku ya, "Segala muat turun atas tanggung jawab sendiri"
Senarainya..10 aje cukuplah ya..hahahahaha (tak disusun dengan teratur..harap maafkan kami..)

::Nota keyboard..kalau diikutkan banyak lagi laman web yang memberi vector art secara percuma ni..tapi masa tak mengizinkan aku senaraikannya kat sini..hahahahahaha




illustrator: frame dan bebayang



Tutorial kali ini ada persamaan dengan tutorial sebelum ini, cuma kali ini saya menggunakan illustrator bukan photoshop. Saya cuba menerangkannya dengan cara yang mudah dan senang difahami.
Langkah Pertama:
Pilih gambar yang hendak di tambah Frame, gunakan Rectangle Tool (boleh juga guna jenis box tool yang lain) untuk membuat kotak pada gambar, pastikan ianya bersesuaian.

Tujuan perletakan kotak ini ialah bagi memudahkan pembentukkan Frame dengan cara "Masking"; highlightkan kotak dan gambar klik tetikus sebelah kanan dan "Make Clipping Mask".
Langkah 2:

Bila dah Masking maka bolehlah kita besarkan dan warnakan Stroke bagi membentuk Frame yang kita mahukan. Disini saya menggunakan Stroke warna biru laut dan size stroke 5pt. (Bila kita masking, mudah untuk menambah size stroke dan kedudukan gambar tidak terganggu)
Langkah 3:
Buat satu lagi kotak di luarnya dengan saiz yang lebih kurang sama. Fill kan dengan gardient.
Masukkan Gardient: Gray;20% Black;100% gray;20%.Type;Linear seperti gambar rajah diatas.
Langkah 4:
Kotak yang bergardient tersebut perlulah dilengkungkan dengan cara: Object - Envelope Destort - Make With Warp (Alt+Shift+Ctrl+W). Pilih Style: "Arc", Aktifkan pada "Horizontal" dan Bend 10%
yang lainnya biar 0%.



a
Langkah 5:
Cuba suaikan dengan gambar berframe tadi. Bila rasa ok maka Flatternkan kotak tersebut: Object - Flattern Transparency- Rester/Vector balance: 100 Vector. Kemudian potong sisi kiri dan kanan kotak Gardient tersebut menggunakan Pathfinder.

Langkah 6:
Bila dah potong, letak ke belakang gambar berframe dan suaikan dengan betul.
:: untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik..Kotak gardient tersebut hendaklah ditambah Feather: Effect - Stylize - Feather letaklah dalam 0.13

Dan Hasilnya:


::Nota keyboard: Hantam sajela hehehehehe.

Sabtu

Positif hadapi kritikan


Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal, inikan pula kita manusia.

Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah kepada mereka (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 119)

“….Dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertobat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi.” (Surah at-Taubah [009], ayat 74)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apakah tidak menarik hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan daripadaku caci maki dan kutukan orang Quraisy? Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedangkan aku orang yang terpuji.” (Hadis riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas, dapat kita fahami ada dua sifat yang bertentangan iaitu :
1. yang terpuji (mahmudah) dan
2. yang tercela (mazmudah).

Rasulullah SAW adalah manusia yang terpuji. Meskipun ditentang, dimusuhi, mula-mula dengan kata-kata, kemudian dengan makian, penghinaan, ancaman dan akhirnya pembunuhan namun baginda tidak pernah membalas kejahatan tersebut. Baginda tidak pernah marah dan bertindak keras bahkan bersikap tenang dan tidak pernah berputus asa. Nama baginda mencerminkan akhlak baginda yang sekaligus melontar kembali setiap tohmahan dan keburukan yang dilemparkan kepada yang mengutuk itu sendiri iaitu musuh-musuh baginda sama ada dari kaum kafir atau pun dari kalangan kaum munafiqin hingga akhirnya mereka melihat kebenaran yang dibawa baginda dan memeluk Islam.

Bukankah Allah SWT telah memberi peringatan kepada Rasulullah SAW tentang betapa manusia akan lari dan menjauhkan diri sekiranya baginda bersikap keras dan kasar. Sedangkan melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran.

Jadi, berwaspadalah terhadap kritikan dan cemuhan. Kuatkan jiwa untuk mendengar apa yang mereka katakan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik. Usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.

Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.

Rabu

Pen Tool cheat-sheet

Apa yang terpapar diatas adalah basic techniques penggunaan Pen Tool dalam Photoshop, Illustrator dan InDesign. Juga perbezaan symbol dan fungsinya.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, anda bolehlah Downloadnya di Pen toll cheatsheet

Selasa

Aku dan Senarai Blog

Assalammualaikum, Setelah berkurun memikirkanya..akhirnya aku senaraikan juga beberapa blog yang aku anggap menarik untuk dibaca dan dilawati. Sebelum ni aku menggunakan Blog Cik Kala untuk aku lawati laman blog kao orang (kerana aku suka baca blog Cik Kala dan blog kao orang yang tersenarai tu). Tapi ada beberapa blog lagi yang aku tak senaraikannya walaupun aku suka baca sebab takut pemilik blog tu marah...hehehehehe
Seandainya ada yang memasuki blog aku kali ni dan mendapati senarai "Yang aku suka lawati",
terdapat blog kao orang dan kao orang rasa tidak mahu aku senaraikannya maka sila beritahu aku melalui email atau ruangan comments kat bawah tu dan aku akan buangkannya dari senarai selepas itu... Bagaimana mengisi ruangan Comments tu: kao orang cuma perlu klick kat nombor Comments tu ="(0)".
Selain daripada tu kalau kao orang rasa blog aku ni menarik maka sila le Follooowww, nanti aku Folloooowwww kao orang pulak..dan kalau ada FB dan merupakan peminat "FarmVille" sila add aku sebagai jiran boleh...

Blur pulak hari ni, tak tahu nak tulis lagi..hmmm
Ok lah Chow chin chow..
Wassalam
p/s: pecah kaca becah gelas, habis baca harap balas..