Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Rabu

Gambar ke Sketch

Gaussian Blur
Ok..seperti yang pernah aku janjikan dulu. Bagaimana cara menjadikan gambar asli (Photo) ke sketch (Pensil)...terdapat pelbagai cara dan teknik...daripada yang kelihatan seperti real sketch ke yang paling mudah seperti yang ingin aku terangkan disini.
Untuk tutorial ni aku ambil gambar Diana Krall (sebab aku suka lagu dia..relaxxxx) cuba dapatkan yang High reso punya supaya kita dapat hasil yang menarik.
Langkah 1:
Buka gambar dan buat salinan (duplicate background) caranya pergi ke Layer - New - Layer via Copy atau pergi ke Layer - Duplicate Layer pun boleh juga dan rename dia menjadi Layer1.
Sekarang kita dah dapat 2 layer iaitu Background dan Layer1
Langkah 2:
Jadikan gambar di layer1 tu grayscale, caranya Image-Adjustments-Desaturate
Langkah 3:
Duplicate Layer1 yang telah kita Desaturate tadi namakan dia Layer2. Kini kita mempunyai 3 layer : Background, Layer1 (Desaturate) dan Layer2
Langkah seterusnya kita main di layer2 ni
Langkah 4:
Dengan memilih Layer2, pergi ke Image - Adjustments - Invert, gambar akan menjadi seperti negative film seterusnya kita tukar dia punya Blending Mode ke Color Dodge. Ketika ni kalau gambar tersebut menjadi 90% putih pun jangan panik (kalau panik juga pergi minum kopi dulu..hehehehe)
Langkah 5:
Pergi ke Filter - Blur - Gaussian Blur, bila dialog box keluar mulakan gerakkan slider (Radius Slider) dia sehingga kehujung sebelah kiri kemudian gerak sikit-sikit ke kanan sehingga terhasil gambar sketch yang kao nak...(jangan sampai abis ke kanan nanti jadi gambo asal). Aku slide kan sampai 10.0 aje kat sini. (rujuk gambar rajah Gaussian Blur)

Sampai sini kita dah nampak sketch picture yang kita nak kan...oleh itu kita save dulu ke save as PSD (tujuannya untuk rujukkan akan datang..tak nak save as psd pun tak pe).

Langkah Akhir yang tak berapa akhir:
Setelah berpuas hati dengan hasil sketch kita tu maka process Flatten Image pun dilakukan. Langkah seterusnya ialah memasukkan stroke..disini aku menggunakan Filter Crosshatch.
Filter - Filter Gallery - Brush Storkes - Crosshatch (setkan Stoke Length: 6 Sharpness:12 & Strength:1..kao orang boleh setkan mengikut kesesuai kao orang).
Akhir sekali gunakan level untuk adjust dia punya keterangan gambar tersebut.


::Nota Keyboard: anda juga boleh membuat pelbagai experiment dengan setting dia tu seperti guna motion blur atau radial blur ke dan sebagainya.

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.



2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati


25 tip untuk Jantung yang sihat

Selasa

Conteng-conteng



:: Teknik pencil & colour pencil...acah aje



::Kedua-dua gambo tersebut bukan lukis dengan pencil tapi aku buat menggunakan photoshop CS2...tapi tu la..lupalak step-step dia..nanti kalau aku ingat balik aku buat dia punya tutorial.... InsyaAllah

Isnin

Selamat Hari Raya Aidul Adha.


Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami sekeluarga.

Alhabib Islamic Greeting Card

Jumaat

Khasiat Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Khamis

1 Malaysia

Ni Artwork dah 2 bulan ni.

Rabu

Bendera berombak




Langkah demi langkah menjadikan bendera rata kepada berombak. Untuk tutorial ini anda memerlukan gambar bendera lah ye..cari le kat internet kalau tak ada dalam simpanan anda.
Langkah 1: Buka gambar bendera dan unlockkannya dengan cara klik di layer bendera tersebut 2 kali kemudian boleh le di tukar nama.
Free image hosting at imagecave.com
Langkah 2: Buat 1 layer baru namakannya "ombak" dan letakkan dibawah layer bendera tadi.
Layer ni kena le di resizekan sikit dan "Fill"kan dengan warna putih.
Pilih layer "Bendera" kurangkan "opesiti" dia sebab bagi memudahkan proses contengan nanti.
Langkah 3: Pilih layer "Ombak" sekali lagi dan mulakan menconteng dengan
menggunakan "Brush" Tool dengan saiz yang sederhana besar. Conteng sampai puas...
tapi jangan terlalu over pulak..lihat gambar rajah
Langkah 4: Bila dah puas conteng maka kena le apply gaussian blur.
Menu - Filter - Blur - Gaussian Blur
Apply mengikut kesesuaian blur tersebut.
Langkah 5: Copy layer "Ombak" keseluruhannya
(Ctrl+a kemudian Ctrl+c dan paste ke atas "New Document")
New document ni kena le dijadikan "Deplacement Map" dengan cara
mula-mula flatten kemudan tukar mode ke grayscale, dan "save as psd".
Bila dah siap boleh lah ketepikan New Document ni buat sementara waktu.
Langkah 6: Di document yang asal. duplicate layer "Ombak" kemudian
"emboss"kannya. caranya Menu - Filter - Stylize - Emboss
Langkah 7: Highlight layer "Bendera" kemudian apply map yang dah kita save
tadi. Menu - Filtter - Distort - Displace.
Hasilnya
Free image hosting at imagecave.com
Langkah 8: Pergi ke layer "Ombak Copy" letak diatas layer "Bendera" dan
displace 2 kali
Free image hosting at imagecave.com
Langkah 9: Duplicate Layer "Ombak Copy" dan namakannya "Bebayang"
adjust kecerahannya guna "Level" lepas tu merge layer antara "ombak copy"
dan"Bebayang". Buatle ikut suka hati anda.
Langkah Separuh Akhir: Layer ombak dibawahnya fillkan dengan warna hitam.
Free image hosting at imagecave.com
Langkah Akhir : Save as PSD supaya boleh dibuat rujukan akan datang
kemudian flattenkannya dan save seperti biasa atas nama lain.
Hasil sebeno: Kalau nak delete background pun boleh..
:: Nota Keyboard..cuba le, sorry le kalau aku punya penerangan kurang
mantap dan sukar untuk difahami.

Realistic photo print

Author: Edvard Erlandsson
Categories:
Photo effects, Design
By using just a
few simple effects you can turn your digital images into realistic photo prints.

Credits: This tutorial is an adoption of Photo-Realistic Fireworks tutorial from SixThings.

Step 1:
First we create the thin border of the photograph.
Use the
Rectangular Marquee Tool to draw a rectangle the shape of a photo.
Create a new layer and call it frame, fill the selection with a gradient going from
white to beige (#F7F2E7) like in the picture bellow.
Step 2: Create a new layer and call it mask, with the selection still active shrink the selection by 4px (Alt + S + M + C).
Fill the selection with whatever color you like, we will use this layer as a layer mask for our real picture in the next step.

Step 3: Insert the image you want to use to create this realistic photo, make sure the image is in a layer above the mask layer.
Hold down the Alt button and position the mouse between the mask layer and the picture layer, the mouse pointer should look like the on in the picture to the left, now left click.
Your image should now only be visible inside the rectangle you created in the
mask layer.
Now you can resize and move the image as you like inside this rectangle.
layer mask mouse pointer

Step 4: Create a new layer and call it white gradient, set the foreground color to white, select the gradient tool and open the gradient editor.
Select the gradient called "Foreground to Transparent" which should be in your presets list.
Click the left
Opacity stop and set the opacity to 50% as demonstrated in the picture bellow.
Phtoshop gradient editor
Step 5: Draw a gradient from the bottom right corner towards the upper left corner as demonstrated in the image bellow.
Change the foreground color to black and create a new layer and call it black gradient now create the same gradient but in the opposite corner.
corner shadows
Step 6: Select all layers except the bottom layer by ctrl clicking all the layers and press ctrl + T.
Now you can rotate the photo a bit by dragging the corner handles in any direction.

Step 7: Instead of applying a basic drop shadow we will create a more realistic shadow.
Start by creating a new layer called shadow and place the shadow layer bellow the frame layer, ctrl click the frame layer preview.
Right click the selection and select Make work path, set the tolerance to 10.

Step 8: Select the Path selection tool and add an anchor point on the right and bottom side of the path, to add an anchor point you simply right click the path and select Add anchor point.
Move the anchor points so that your path looks something like the one bellow.
shadow path
Step 9: Right click the path and select Make selection to transform it back to a selection. Fill the selection with black and deselect by hitting ctrl + D, set the layer opacity to 50% and apply a gaussian blur (Filter > Blur > Gaussian blur) with about 6px in radius.
realistic photo print

Selasa

Kantoi - Zee Avi

Lirik Lagu Kantoi - Zee Avi (Kokokaina)

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy...

8 Tip berjaya dan bahagia


8 Tips Berjaya Dan Bahagia

Untuk kebanyakan manusia, agak sukar untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan sekaligus. Ada orang bahagia sekalipun mungkin kehidupannya sederhana, dan ada orang berjaya dalam hidup dari sudut karier tapi tidak bahagia. Tetapi tak mustahil untuk dapatkan kedua-duanya sekali. Mungkin sedikit pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan kejayaan dan kebahagiaan yang indah untuk anda.

Tip 1: Mula kembali
Andai berusaha tetapi tidak berjaya, jangan berhenti di situ. Mula kembali. Kalau orang Barat cakap “When things are not going right or you get knocked down, bounce right back again.” Selidik punca kegagalan. Dan kemudiannya mulakan langkah baru. Lekuk yang berlaku kerana disebabkan air, bukan kerana setitik air yang meniti itu terus membentuk lekukan tersebut. Malahan titisan tersebut jatuh berulang dan berulang sehingga membentuk lekuk tersebut. Anda juga boleh!

Tip 2: Komitmen 100%
Bagaikan tidak ada rasanya dalam kisah kejayaan mereka yang berusaha dan berkomitmen 60% tetapi mendapat hasil 100%. Mustahil melainkan tuah yang Allah SWT berikan. Bermakna nak berjaya dan bahagia anda perlu setiap hari memberikan komitmen kepada misi dan visi hidup anda. Berikan sepenuh tumpuan untuk mencapai apa yang anda inginkan. Bukan melepaskan batuk di tangga atau hangat-hangat tahi ayam. Tetapi buat betul-betul.

Tip 3: Cari penyelesaian bukan alasan
Semestinya dalam karier dan kehidupan akan hadapi banyak sekali cabaran dan masalah. Tetapi kita kadang-kadang terkeliru adakah apa yang kita lakukan itu adalah jalan penyelesaian atau alasan yang akan memburukkan lagi keadaan tersebut. Orang yang dilanda masalah dengan negatif akan mencari alasan. Dan orang yang menghadapi masalah dengan positif akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin walau apa pun caranya.

Tip 4: Bina hubungan dengan orang lain
Nak berjaya dalam karier memang kena banyak kenalan. Lagi ramai lagi bagus. Bak kata pepatah Melayu “Berkawan biar seribu”. Tak kiralah apa jua pekerjaan yang anda ceburi. Part-time atau profesional semuanya memerlukan ramai hubungan untuk berjaya. Begitulah juga jika ingin bahagia. Bina hubungan dengan orang lain sekurang-kurangnya kita dapat mempelajari kehidupan orang lain untuk memperbaiki perhubungan dalam keluarga kita. Ataupun jika kita dilanda masalah kita mempunyai ramai sahabat untuk kita minta doakan kita agar berjaya dan bahagia.

Tip 5: Jaga diri anda
Paling penting sebelum kita jaga orang lain, jaga diri sendiri. Jaga diri anda melalui tiga cara: kesihatan anda, perhubungan anda dengan orang lain dan kerjaya anda. Hilang imbangan ketiga-tiga perkara ini akan memberikan anda tekanan-tekanan yang lain pula. Jangan lupa jaga DIRI ANDA! Apabila kesihatan terganggu anda akan tidak dapat melakukan kerja dan juga tidak dapat membina hubungan dengan orang lain. Begitulah apabila anda hilang kerjaya, sudah pasti tidak ada sesiapa yang ingin membina hubungan dengan anda.

Tip 6: Keluarlah dari kegelapan
Wah! Keluar dari kegelapan bermakna anda mencari cahaya bukan? Memang benar. Nak berjaya, nak bahagia jangan terlalu terikat dengan pemikiran yang lama. Cubalah sesuatu yang baru, lebih kreatif dan dapat meransang diri untuk terus membina kejayaan diri, keluarga dan kerjaya.

Tip 7: Jadilah tangan yang di atas
Jadilah insan pemurah. Mereka yang pemurah akan diberkati Allah. Allah SWT akan mempermudahkan urusannya kerana banyak membantu orang lain dan manusia pula akan terus mendoakannya agar berada dalam kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bayangkan bila semua orang doakan kita. Perasaan tenang dan bahagia mula hadir dalam diri kita.
Menjadi insan pemurah bukan mengharapkan anda memberi derma beribu-ribu baru dianggap pemurah. Memadailah anda seorang yang suka membantu orang lain.

Tip 8: Cari di mana keseronokkan bekerja
Andai sudah hilang rasa seronok untuk bekerja sekarang, jangan terus dalam keadaan demikian. Pastikan apa yang anda perlukan untuk mengembalikan susasana keseronokkan tersebut. Jika anda memerlukan cabaran yang baru, suasana baru dan rakan kerja yang baru tiada salahnya jika itu semua menuntut anda untuk berhijrah ke tempat kerja yang baru.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia,

Tarbiah kanak-kanak dengan lemah-lembut


(Gambar diambil dari http://taskdorcemiri.wordpress.com)<

Sifat rahmat adalah perasaan belas kasihan terhadap sesama makhluk. Rahmat bukan kepada manusia saja bahkan perlu dilaksanakan kepada haiwan dan alam. Sebelum Allah memerintahkan manusia supaya bersifat rahmat, Allah terlebih dulu bersifat rahmat. Firman Allah yang bermaksud: “Dia menetapkan atas dirinya memberi rahmat.” (Surah Al-An’am, ayat 12)

Allah menegaskan, untuk mendapat rahmat Allah, seseorang itu hendaklah bertakwa seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat, ayat 10).

Selepas Allah sendiri bersifat rahmat, Nabi Muhammad SAW menegaskan orang yang tidak merahmati kanak-kanak, bukan daripada golongan kami dan orang yang paling meraikan kanak-kanak ialah Nabi Muhammad SAW.

Daripada Anas Ibnu Malik pernah berkata, aku tidak pernah melihat orang yang paling merahmati kanak-kanak melebihi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga merahmati kanak-kanak dan memerhati keadaan mereka walaupun ketika Nabi sedang menunaikan sembahyang.

Daripada Syaddad Ibnu Al Had, Nabi Muhammad keluar untuk berjumpa dengan kami kerana hendak menunaikan solat Maghrib atau Isyak, Nabi Muhammad ketika itu mendukung cucunda baginda sama ada Hassan atau Husain, Nabi pun ke depan kerana hendak mengimamkan kami, maka Baginda meletakkan cucunda di depan kemudian Baginda bertakbir untuk memulakan sembahyang. Dalam sembahyang, ketika salah satu sujud Rasulullah memanjangkan sujud. Tatkala selesai sembahyang, ada sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau memanjangkan sujud engkau sehingga kami menyangka sudah berlaku sesuatu perkara ke atas engkau, atau kami sangka wahyu turun, maka berkatalah Nabi Muhammad SAW: Semuanya itu tidak berlaku, akan tetapi sebenarnya cucunda aku bermain di atas belakangku ketika aku sujud, maka aku tidak sampai hati untuk bangun dari sujudku melainkan selepas dia selesai.

Pada kejadian lain, Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah, kemudian Nabi turun kerana rahmatnya Baginda kepada kanak-kanak. Daripada Buraidah Ibnu Al Husaib, suatu hari Rasulullah SAW berkhutbah kepada sahabat Nabi, tiba-tiba cucunda Baginda bernama Hassan dan Husain datang berlari-lari anak, sedang memakai baju panjang warna merah, jatuh bangun jatuh bangun, maka Nabi pun berhentikan khutbah lalu turun dari mimbar mendukung kedua-duanya lalu dinaikkan mereka berdua atas mimbar, kemudian Baginda bersabda benarlah firman Allah yang bermaksud, sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jugalah pahala yang besar. Aku melihat dua orang cucunda aku ini dan aku tidak sabar kalau tidak mendukungnya. Kemudian Baginda menyambung semula khutbah.

Sifat Baginda ini tidak khusus kepada ahli keluarga saja, bahkan boleh dikatakan kepada semua kanak-kanak di Madinah. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang menjadi imam dan aku ingin sekali memanjangkan sembahyang, tiba-tiba dalam sembahyang aku mendengar kanak-kanak menangis, lalu aku pun memendekkan sembahyang kerana aku takut ibunya merasa susah.”

Nabi Muhammad SAW juga sentiasa bergurau dengan kanak-kanak. Daripada Jabir Ibnu Samurah: “Suatu hari aku bersembahyang bersama Rasulullah, selepas selesai Baginda keluar melawat ahli keluarga Baginda, aku pun ikut sama. Tiba-tiba datang sekumpulan kanak-kanak mengerumuni baginda, lalu Nabi Muhammad SAW menggosok pipi kanak-kanak itu seorang demi seorang, adapun aku, maka Nabi juga menyapu pipi aku, maka aku dapati tangan Nabi sejuk lembut dan ada bau wangi semacam baru keluar dari botol minyak wangi.”

Jika seseorang tidak mencium kanak-kanak atau tidak merahmati mereka, Nabi menganggap sebagai tanda keras hati yang mesti diperbaiki. Daripada Aisyah, “Datang seorang Arab Badwi berjumpa Nabi Muhammad SAW, maka lelaki itu bertanya kepada Nabi Muhammad, adakah engkau mencium kanak-kanak? Maka Nabi Muhammad menjawab: Adakah aku mampu menyekat dan menghalang daripada ketentuan Allah yang akan mencabut rahmat daripada hatimu? Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: Tidak akan dicabut rahmat melainkan daripada orang yang ada tanda kecelakaan.”

Khalifah Umar Ibnu Al Khattab ada mengkhabarkan, sesiapa yang tidak merahmati kanak-kanak, tidak layak memegang jawatan mengurus hal ehwal masyarakat dan masalah, kerana mereka yang tidak merahmati kanak-kanak akan memutuskan hukuman berdasarkan keras hati dan kepala batu mereka.

Daripada Abu Uthman An Nahdi ada berkata: “Umar ada memberi jawatan kepada seorang lelaki dari Bani Asad mengurus hal ehwal masyarakat, maka lelaki itu pun datang berjumpa Umar hendak mengambil surat pelantikannya, tiba-tiba datanglah beberapa orang anak Umar lalu Umar pun mencium pipi mereka, lelaki itu bertanya kepada Umar, adakah engkau mencium anak-anak kamu? Maka Umar menjawab: Ya, saya menciumnya, kenapa? Umar menyambung lagi, maka engkau kalau begitu sangat kurang merahmati orang ramai, kanak-kanak pun engkau tidak merahmatinya, kembalikan semula surat pelantikan kamu itu, aku tidak akan memberikan kamu apa-apa jawatan pun selepas ini selama-lamanya.”

Perasaan rahmat dan lemah lembut dalam memberikan tarbiah kepada anak amat diperlukan. Cara mentarbiah anak dengan cara ini lebih selamat, lebih teguh pendirian, lebih berjaya dan lebih memberikan kesan kepada anak kecil daripada mentarbiah dengan cara kasar dan keras.

Hati mereka sudah difitrahkan untuk merasa mesra dan manja sementara cara keras dan kasar adalah cara orang lain yang dijajah masuk ke dalam agama kita. Tarbiah dan pendidikan cara kasar adalah cara asing yang tidak dipersetujui oleh Allah, Nabi Muhammad dan agama Islam yang suci.

Wallahu a'lam...

Nota keyboard: catatan ini diperolehi dari email seorang rakan.